04 | MACAROONS

31 10 14
                                    

Rosé memerhatikan daun pintu yang terkuak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Rosé memerhatikan daun pintu yang terkuak. Muncul Lisa di sebalik pintu masuk ke dalam bilik. Rosé masih berasa pening jadi dia beristirehat di dalam bilik ini.

Rosé mencuri pandang Lisa yang berjalan ke meja solek. Daripada pantulan cermin, Rosé dapat melihat dengan jelas kesan merah di pipi Lisa. Rosé tidak syak lagi memang kesan tamparan.

Dia mahu bertanya keadaan Lisa namun suaranya tersekat di kerongkong. Dia kembali berperang dengan mindanya.

Mengapa dia perlu prihatin tentang Lisa? Hubungan mereka cuma sebatas business.

Rosé memilih untuk diam. Matanya kadang-kadang mencuri pandang Lisa.

Lisa kala itu dikuasai perasaan sedih. Dia tidak menghiraukan keadaan sekelilingnya. Dia hanya fokus menutup kesan tamparan di wajahnya.

"Sstt..." Lisa berdesis sewaktu meratakan foundation di wajahnya. Mata Lisa bertaut dengan Rosé di cermin.

Rosé tersentak. Dia segera mengalihkan pandangannya ke arah berlainan. Dia memekik memaki kesal di dalam hati kerana perbuatannya yang memalukan.

"Rosé." panggil Lisa.

"Nae?" Rosé menjawab. Dia terus menegakkan tubuhnya sambil memandang Lisa tepat di wajah.

Rosé mengukir senyuman canggung ketika Lisa meneliti wajahnya. Otaknya ligat memikirkan dalih yang sesuai.

"Are you okay?" tanya Lisa. Riak wajahnya menunjukkan dia risau. Rosé terkedu sejenak. Dia menjadi bingung seketika.

"Hah?" kata itu keluar spontan daripada mulut Rosé.

"Manager kata kau kena panic attack. Kau okay tak?" Lisa menanyakan keadaan Rosé lagi. Perasaan malu terus menyerbu diri Rosé. Rosé membasahkan bibir bawahnya sambil mencari jawapan yang sesuai.

Dia berasa malu apabila Lisa tahu tentang kejadian tadi. Sebenarnya, dia juga tidak pernah membayangkan terkena serangan panik di khalayak ramai.

Semuanya berpunca daripada Jennie. Dia sengaja mencelarukan fikiran Rosé dengan mengungkit komen-komen negatif berkaitan dengannya. Malah Jennie dengan angkuh memberikan cadangan pada Rosé untuk mengundurkan diri daripada BLACKPINK.

►  FLASHBACK ON

Ketika itu, Manager Jang dan para staf sedang sibuk mencari Lisa. Setelah mencari di seluruh bangunan namun hasilnya nihil. Lisa masih tidak dijumpai.

Anggota kumpulan yang lain pula meminta diri untuk beristirahat. Jisoo bersama stylist Cho sedang menempek solekan di wajahnya yang mulai luntur kerana keringat yang mengalir.

Rosé duduk di sebuah kerusi sambil membetulkan pernafasannya yang semakin melaju. Kedua-dua tapak tangannya juga basah kerana peluh. Kepalanya terasa pening.

macaroon ; blackpinkWhere stories live. Discover now