05 | UPSIDE DOWN

24 8 16
                                    

► LISA POV

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

► LISA POV

Badanku terasa terapung di dalam kegelapan itu. Aku merasakan satu perasaan aneh yang menggelikan. Entah bagaimana aku boleh berakhir di dalam kegelapan ini. Otakku mengimbas kembali memori sebelum aku hilang kesedaran sepenuhnya. Aku teringat tentang mak cik misteri itu.

Aku tidak faham isi yang cuba disampaikan. Saat aku tenggelam dalam kebingungan, aku melihat suatu cahaya kecil. Tanpa berfikir dua kali, aku terus berlari ke arah cahaya tersebut. Jarakku semakin dekat dan tiba-tiba aku merasakan sesuatu yang ganjil berlaku pada tubuhku.

Alangkah terperanjatnya aku apabila melihat tubuhku perlahan-lahan lenyap menjadi debu. Debu tersebut bergerak ke arah cahaya itu. Cahaya itu ibarat vacuum yang menyedut debu-debu tubuhku.

Aku tahu ia tidak masuk akal tetapi itulah yang terjadi padaku. Kejadian ini berlaku sekelip mata.

Aku bahkan belum sempat mengeluarkan suara jeritanku. Aku ikut tersedut di dalam cahaya itu. Cahaya itu amat menyilaukan mataku sehingga aku terpaksa memejamkan mata. Sejurus itu, aku  berasa rasa pening yang amat kuat.

Aku membuka mataku sebaik sahaja pening itu hilang. Aku bangun daripada posisi baring sambil tercungap-cungap menyedut udara. Aku mengusap wajahku yang basah dengan keringat dingin. Aku melingas sekeliling. Aku terkebil-kebil setelah sedar berada di hospital.

Aku memegang kepalaku yang terasa berat tiba-tiba.

"Auchhh..." Ringisan terkeluar di bibirku. Serentak dengan itu, langsir yang menutupi katilku diselak. Muncul wajah Manager Jang yang jelas menunjukkan riak kerisauan. Dia segera bergegas menghampiriku.

"Kau ada sakit kat mana-mana tak?" Dia mengepit kedua-dua pipiku menjadikan mulutku seperti ikan. Aku mengeluarkan kata-kata tidak jelas. Aku tidak dapat menjawab kerana perbuatan berlebihannya.

"Aigoo~ Apa yang aku nak cakap dengan YG pasal kau ni, Jennie." Aku mengerutkan dahi tidak mengerti. Baru sahaja manager Jang memanggilku Jennie. Apakah?

"Eonnie, ini Lisalah." beritahuku. Dia terpegun. Matanya membulat menatapku.

"Doktor! Kenapa dengan otak artis saya?" Dia terus berteriak memanggil doktor. Wajahnya runsing menunjukkan dia berada dalam tekanan. Aku segera mencapai pergelangan tangannya sebelum dia berjalan.

"Eonnie, Lisa tak amnesialah. I am Lisa." Manager Jang menyentak tanganku kasar. Aku mundur ke belakang.

"Doktor!" Suaranya memetir seperti halilintar. Dia kelihatan amat terkejut sehingga memecut laju meninggalkan pintu wad terbuka.

"What just happens?" Aku bertanya pada diriku. Aku menggaru kepalaku yang mula gatal.

"Aahhh!" Suara jeritan mengejutkan. Aku hampir terlompat daripada katil. Jeritan nyaring itu datang di sebalik langsir bersebelahanku. Aku terus menyelaknya.

macaroon ; blackpinkWhere stories live. Discover now