03 | THE REAL DEVIL

24 10 13
                                    

"Yaaa!" Jennie berteriak kesal saat melihat Lisa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Yaaa!" Jennie berteriak kesal saat melihat Lisa. Dia terpaksa menunggu lama untuk bersiaran langsung kerana kehilangan anggota kumpulannya. Amarah membuak-buak di dalam dirinya selepas Lisa menampakkan batang hidungnya.

"Kau fikir kerja ni main-main ke? Suka hati je hilang. Kalau hilang terus takpe, ini menyusahkan orang nak pergi cari kau." Jennie meluahkan kemarahannya pada Lisa. Lisa menunduk memandang bawah. Tak dinafikan, dalam hal ini memang dia salah tetapi dimarahi di khalayak ramai tentu sahaja merupakan pengalaman memalukan bagi Lisa.

Suara Jennie yang meninggi itu berjaya menjadikan mereka pusat perhatian. Lisa membongkokkan sedikit badannya tanda meminta maaf.

"Mianhae, eonnie." ucapnya ikhlas. Jennie berdecih tidak puas hati. Dia melangkah ke arah Lisa lalu mendorong bahunya kasar. Lisa terundur ke belakang. Dia mengangkat wajahnya berjaya menautkan pandangan mereka berdua. Pandangan Jennie selayaknya helang memerhatikan mangsanya. Diam-diam Lisa berasa gerun.

"Eonnie? Siapa eonnie kau, shibal!" Jennie menjerkahnya tepat di hadapannya. Lisa sampai harus memejam mata sejenak kerana suara tinggi Jennie. Jennie menaikkan tangannya bersedia untuk menyerang pipi mulus Lisa.

"Geumanhae." Jisoo menahan tangan Jennie. Jennie merenung rakannya tajam. Jisoo membalas pandangan tak kalah tajamnya. Perhatian berpusat pada mereka.

"Malu sikit orang tengok." bisik Jisoo perlahan sebelum melepaskan tangan Jennie. Jennie memerhati sekeliling. Dia mengetap bibirnya menahan malu tatkala sedar dirinya sedang menjadi perhatian orang ramai. Dia akur lalu berlalu menjauhi Lisa. Jelingan sinis dia lemparkan apabila dia sengaja melanggar bahu Lisa.

Lisa hampir terjatuh jika Jisoo tidak cekap menahan tubuhnya.

"Be careful." pesan Jisoo kuat selepas Lisa menyeimbangkan badannya. Lisa menggangguk sambil mengucapkan terima kasih. Jisoo hanya tersenyum manis sambil tangan mengusap-usap bahu Lisa.

"Manager, boleh panggilkan stylist Lisa tak? Make up dia macam cairlah." pinta Jisoo pada Manager Jang. Tanpa menunggu masa yang lama, kelibatnya hilang mencari stylist tersebut. Orang-orang mula bersurai meninggalkan tempat itu. Tinggallah Jisoo dan Lisa berdua di ruang tersebut.

"Arghh... Jinjja! Kau dah basuh tangan ke belum ni? Apasal tangan kau basah sangat ni?" Jisoo berteriak kesal sebelum menolak tubuh Lisa kasar. Lisa hilang keseimbangan lalu jatuh di lantai. Dia mengerang kesakitan sambil memegang pinggangnya yang sakit.

"Kenapa dengan eonnie ni?" tanya Lisa dengan suara tinggi. Dia mula berang bila diperlakukan semena-mena oleh kedua anggota kumpulannya. Dia sudah cukup sabar menahan kemarahan terhadap layanan Jennie padanya. Sekarang Jisoo pula yang memainkan emosinya.

Jisoo menjegilkan matanya setelah mendengar nada suara Lisa. Dia memainkan pipinya dengan lidah sambil bercekak pinggang. Tabiatnya ketika marah.

"Kenapa? Hoi miss Thailand, kau fikir aku hamak sangat nak sentuh badan kau? Tadi tu, aku tahan kau pun sebab terpaksa. Aku kena bina imej baik di depan orang-orang. Kalau bukan sebab dorang sibuk nak tengok drama kau dengan Jennie, dah lama aku join Jennie pukul kau." Jisoo membongkarkan segalanya dengan berapi-api. Lisa tergamam. Jisoo puas melihat wajah Lisa. Dia melangkah mendekati Lisa.

macaroon ; blackpinkWhere stories live. Discover now