TOK TOK TOK!
Bunyi ketukan pintu menyentakkan dia yang sedang termenung. Angkat kepala, pintu bilik yang tertutup rapat itu dipandang seperti mahu tembus. “Come in!” Suara garaunya bergema di dalam bilik itu.
Beberapa saat kemudian, pintu dikuak daripada luar. Susuk tubuh dua lelaki berpakaian serba hitam masuk ke dalam bilik itu.
“Any good news?” Gerangan yang sedang duduk di atas sofa sambil bersilang kaki itu mengajukan soalan. Bebola matanya tepat memandang dua lelaki di hadapannya itu. Rokok paip dibawa ke mulut, disedut dalam lalu dihembuskan asap putih ke udara.
“Yes. About Rayyan Alberto Louise.” Salah seorang daripada dua lelaki itu menjawab.
“Really? What is it?” Teruja riak wajahnya. Memang itu berita yang dia nantikan. Tentang seorang lelaki bernama Rayyan Louise.
“I got information, Rayyan came here last month.”
“Okay. Then?” Letak rokok paip ke atas meja, dia capai pula gelas yang masih berbaki separuh minuman keras itu. Diminum air di dalamnya sehingga habis.
“He's not alone.” Seorang lagi lelaki menjelaskan.
"What do you mean?”
“He's with his family.”
“Daniel?”
“No. His wife. He's married. And already has a son.”
Keningnya terjongket sedikit. Cuba hadam kata-kata daripada anak buahnya itu. Beberapa saat kemudian, dia lepaskan tawa halus. “Good...”
“What do you want us to do, sir?”
“I want them.” Arahan dikeluarkan.
“Who?”
“His wife. And his son.”
Dua lelaki berpakaian hitam itu berpandangan sesama sendiri. Kemudian, mereka memandang kembali ke wajah si ketua.
“Alright sir. We will take his wife and son to you.” Serentak dua lelaki itu berkata.
“Good. Go.”
Dua lelaki itu mengangguk. Pusing tubuh, keduanya berlalu ke arah pintu dan melangkah keluar meninggalkan si ketua seorang diri.
Sebaik kelibat dua orang suruhannya itu hilang, dia bingkas bangun daripada duduknya dan melangkah ke arah sebuah kabinet di penjuru bilik itu. Sebuah bingkai gambar dicapai. Direnung. Automatik, matanya terasa hangat. Terbayang peristiwa hitam itu di ruang fikirannya. Peristiwa yang telah meragut nyawa insan yang paling dia sayang.
Dia keluar daripada sebuah kafe bersama senyuman di bibir. Di tangan kanannya ada sebuah kotak bersaiz sederhana, berisi kek. Manakala di tangan kiri menjinjit beg plastik berisi makanan lain. Hari ini adalah hari ulang tahun perkahwinan dia dan isterinya. Juga merupakan hari lahir anak perempuan kesayangannya. Maka dia ingin memberi kejutan untuk keduanya.
Sambil bersiul girang, dia melangkah ke kereta yang diparkir di bawah sepohon pokok. Pintu bahagian penumpang belakang dibuka lalu kotak kek dan plastik berisi makanan yang dibawanya diletakkan di atas tempat duduk. Kemudian, dia bergerak ke bahagian pemandu. Masuk ke dalam kereta, enjin dihidupkan. Dia tidak terus memulakan pemanduan. Telefon bimbit di dalam poket seluar dikeluarkan. Lalu nombor si isteri kesayangan didail.
Panggilan pertama, tidak disambut. Dia mencuba sekali lagi. Beberapa saat menunggu, panggilannya itu juga tidak bersambut. Dahinya mula berkerut halus. Mana pula isterinya. Jarang wanita itu tidak menyambut panggilannya. Hela nafas perlahan, telefon bimbit diletakkan di atas dashboard. Tidak mahu membuang masa, dia memulakan pemanduan untuk pulang ke rumah.
Ketika dia hanya berjarak beberapa ratus meter dari rumahnya, kelihatan di matanya kepulan-kepulan asap hitam naik ke udara. Jika diamati, asap itu datangnya dari bukit yang menempatkan rumahnya. Entah kenapa, dia mula rasa lain macam. Pedal minyak ditekan kuat, sekaligus membuat keretanya bergerak semakin laju.
Tiba saja di rumahnya, dia terkedu. Kelopak mata terus tidak berkelip, melihat rumah banglo dua tingkatnya itu marak dengan api. Orang ramai mula berkerumun di kawasan rumahnya itu.
"Belenda! Arabell!" Sebut dua nama itu, dia bergegas buka pintu kereta dan keluar. Berlari ke arah rumahnya, dia mencari-cari kelibat dua insan kesayangannya itu.
"Belenda! Arabell!" Dia menjerit bagai nak keluar anak tekak memanggil isteri dan anaknya itu. Sekejap dia ke hadapan, ke belakang, ke kiri dan kanan bahagian rumahnya itu. Cari cara untuk masuk ke dalam rumah itu. Semua pintu di rumah itu sudah marak dengan api.
"Belenda! Arabell!" Buat kesekian kalinya, dia menjerit lagi. Buntu, dia jatuh terduduk di atas rumput di halaman rumah banglo itu. Mata tidak lari daripada memandang rumah yang sedang terbakar itu.
Tidak lama kemudian, bunyi siren bomba kuat kedengaran. Sebuah lori bomba berhenti tidak jauh dengan kereta miliknya. Beberapa orang anggota bomba keluar dan terus memulakan kerja-kerja untuk memadamkan api. Dia yang masih duduk di atas rumput hanya memerhati. Air mata yang mengalir di pipi dibiarkan begitu saja. Hari yang sepatutnya gembira untuknya, berubah duka.
Titisan air mata yang jatuh ke pipi menyedarkan dia daripada lamunan. Pipi dilap kasar dengan belakang tapak tangan. Bingkai gambar yang dipegang diletakkan di tempat asalnya. Kemudian, salah satu laci pada kabinet itu ditarik. Sekeping gambar dicapai. Api kemarahan kelihatan di matanya tatkala melihat seraut wajah lelaki di dalam gambar itu. Gambar rakaman CCTV yang dia dapat daripada pihak polis. Yang menunjukkan dalang di sebalik kejadian lima tahun lepas.
“Rayyan Louise... Aku akan balas semula apa yang telah kau buat pada aku. Hutang nyawa, harus dibalas nyawa!”
YOU ARE READING
BABY GIRL MR ICEBERG 2
Romance"He's married. And he has a son." "Good. I want them." "Who?" "His wife and son." Disangkakan panas berpanjangan. Rupanya hujan di tengahari. Rumahtangga yang terbina hampir dua tahun itu goyah dek kerana munculnya musuh yang entah datang dari man...