RAYYAN berhentikan keretanya benar-benar di hadapan bus stop yang menjadi tempat biasa isterinya menunggu. Wajah-wajah setiap manusia yang ada di bus stop itu diperhati. Tiada isterinya. Jam tangannya ditilik. Takkan isterinya tak keluar lagi. Dia datang ni pun dah terlewat lima minit.
Dia memandang semula ke luar. Sekali lagi melihat wajah-wajah manusia yang ada di bus stop itu. Rayyan mengeluh perlahan. Telefon bimbit di atas dashboard dicapai lalu nombor isterinya didail. Sambil itu, dia memandang lagi ke arah bus stop.
"This is the voicemail box for the number..."
Dahi Rayyan berkerut. Telefon dijarakkan daripada telinga. Aik, kenapa pula voicemail. Buka aplikasi WhatsApp, dia hantar chat pula ke nombor isterinya.
One tick.
Semakin berkerut dahi Rayyan dibuatnya. Mana pula isterinya? Hendak telefon sahabat-sahabat wanita itu, dia tidak tahu nombor mereka. Sedang dia termenung, tiba-tiba dia teringatkan seseorang. Izham! Nombor lelaki itu dicari di dalam senarai kenalan. Call! Tidak sampai sepuluh saat, panggilannya dijawab.
"Hello." Suara garau Izham kedengaran di talian.
"Yo. Ganggu ke?" soal Rayyan. Perlahan-lahan keretanya bergerak menjauhi bus stop tadi. Risau akan mengganggu teksi atau bas yang nak berhenti di situ.
"Tak. Aku baru habis kelas. Asal? Tak pernah-pernah kau nak call aku," ujar Izham lalu tergelak kecil.
"Ada nampak bini aku tak? Dia ada kat dalam lagi ke? Aku datang kat bus stop ni, dia tak ada," ujar Rayyan, terus ke tujuan asal dia menelefon lelaki itu.
"Tak ada? Bukan dia dah keluar. Kelas dia habis awal kalau tak silap aku," jelas Izham.
Kening Rayyan berkerut. "Pukul berapa dia keluar?"
"Dua lebih tadi."
Rayyan termenung sejenak. Dua lebih? Oh, tu sebab ada beberapa panggilan masuk daripada nombor isterinya.
"Hello? Hoi, kau tidur ke?"
Suara Izham menyentakkan Rayyan. Dia berdeham kecil. "Okaylah. Aku nak tanya tu je. Thanks." Tidak menunggu balasan daripada Izham, dia terus matikan panggilan. Kereta tidak dipandu terus meninggalkan kawasan itu. Dia merenung jalan raya di hadapannya itu bagai mahu tembus. Memikirkan di mana isterinya.
Telefon yang sudah dicampak ke atas dashboard dicapai semula. Nombor Daniel didail.
"Hello abang..." Suara Daniel serak-serak basah menyahut panggilannya.
"Kau kat office kan?"
"Hmm... Tengah tidur tadi."
Rayyan hela nafas mendengar kata-kata Daniel. Memang dia dah agak Daniel sedang tidur ketika dia call tadi. Sebab tu suaranya agak lain. Mudah betul hidup adiknya itu. Datang pejabat, bukannya buat kerja. Tetapi tidur. Tak tidur, main game. Tu jelah.
"Kenapa bang?" Daniel menyoal.
"Kau tengok kat pantri, ada Arya tak. Tak pun tengok kat bilik dalam office aku tu," arah Rayyan.
"Aik, kakak tak ada kat U ke?"
"Kalau dia ada kat sini tak adanya aku suruh kau cari dia kat office tu. Cepatlah!" desak Rayyan.
"Yalah yalah. Dan nak carilah ni. Sabar."
Rayyan mendengus kecil. Telefon masih lagi melekap elok di telinga.
"Kat pantri tak ada. Kat bilik abang pun tak ada. Dan turun sekejap tengok kat kafe."
Rayyan menyahut dengan deheman pendek. Bersandar pada kerusi keretanya, tali leher dilonggarkan.
YOU ARE READING
BABY GIRL MR ICEBERG 2
Romance"He's married. And he has a son." "Good. I want them." "Who?" "His wife and son." Disangkakan panas berpanjangan. Rupanya hujan di tengahari. Rumahtangga yang terbina hampir dua tahun itu goyah dek kerana munculnya musuh yang entah datang dari man...