"ARYA?"
Arya yang berada di sebelah Daniel memandang ke arah gerangan yang menyebut namanya. Ulas bibirnya terus mengukir senyum. "Hubby..." Melangkah ke arah Rayyan, terus dipeluk tubuh tegap itu tanpa menghiraukan manusia lain yang ada di situ.
"Kau okay tak?" Rayyan longgarkan pelukan. Tubuh isterinya dipandang atas bawah. Begitu juga dengan Aidan yang didukung wanita itu.
"Saya okay. Kenapa?" Arya kerut dahi dengan tingkah suaminya. Dia pandang dirinya sendiri. Ada yang pelik ke?
"Kau dari mana? Kenapa aku pergi kampus kau tak ada?" soal Rayyan, merenung ke dalam anak mata isterinya.
"Saya pergi makan tadi dengan Aidan. Saya balik awal hari ni. Saya ada call hubby nak minta datang ambil, tapi hubby tak angkat. Tapi lepas tu, ada seorang lelaki ni datang. Dia kata, dia kawan hubby. Hubby suruh dia ambil saya sebab hubby busy. Kebetulan dia ada kerja area situ. Dia nampak saya kat bus stop, so dia ambil saya terus," jelas Arya panjang lebar.
Rayyan tersentak apabila isterinya berkata sebegitu. Kawan? Lelaki? "KK?" tebaknya.
"Taklah. Takkan saya tak kenal KK pula. Ni lain. Saya pun tak pernah nampak dia kalau time hubby ada bawa kawan-kawan hubby ke rumah."
"Siapa nama dia?" Lagi soalan diajukan oleh Rayyan.
"Err, saya lupa tanyalah. Dia ambil saya, lepastu pergi taska ambil Aidan. Lepastu dia bawa kami pergi makan."
"Kenapa aku call kau tak dapat?" soal Rayyan.
"Eh, kenapa tak dapat?" Arya kerut dahi. Poket blousenya diseluk. Lalu telefon bimbit dikeluarkan. "Lah, fon saya termati. Bateri habis kot. Sorry."
Rayyan mengeluh kecil. Tubuh Arya kembali dipeluknya. Ubun-ubun isterinya itu dikucup lembut. Aidan turut dikucup sayang. Mujur tidak berlaku apa-apa yang buruk kepada isteri dan anaknya itu.
"Kenapa hubby? Hubby nampak risau," ujar Arya, mendongak memandang suaminya.
Rayyan geleng kepalanya perlahan. Buat kesekian kalinya, dia kucup ubun-ubun Arya sebelum pelukan dileraikan. "Pergi masuk bilik sana. Rehat dengan Aidan."
Arya angguk, akur. Dia terus mengatur langkah menuju ke arah bilik yang berada di dalam bilik pejabat suaminya itu.
Rayyan hantar pemergian isteri dan anaknya itu dengan pandangan. Sebaik pintu bilik yang dituju dua beranak itu tertutup semula, dia terus memandang Rafiq, Zaryan dan Daniel bergilir.
"Apa benda ni?" soal Rafiq. Keliru dengan apa yang sedang berlaku.
"Kau ada suruh orang ambil bini kau?" Zaryan pula menyoal.
Rayyan geleng menjawab soalan Zaryan. "Aku tak pernah suruh sesiapa ambil anak bini aku. Lagipun, kawan aku siapa je selain korang? Dan Arya kenal korang semua. Ni, dia sendiri tak tahu siapa nama lelaki yang ambil dia. Tak pernah jumpa."
"Dan, kau boleh check CCTV area kampus Arya?" Rafiq menyoal Daniel.
"Err, aku tak berapa pandailah sangat kalau bab tu."
"Cuba," arah Rafiq. Bahu Daniel ditepuk lembut.
Daniel tarik nafas panjang sebelum dihela perlahan. Komputer riba di atas meja kopi ditarik ke arahnya. "Kalau tak boleh macam mana?" soalnya, memandang Rafiq dengan wajah serba salah.
"Aku yakin kau boleh," balas Rafiq, memberi semangat.
Daniel angguk kecil. Jemarinya mula bergerak di atas papan kekunci komputer riba, melakukan kerjanya. Rafiq, Rayyan dan Zaryan hanya menjadi pemerhati.
YOU ARE READING
BABY GIRL MR ICEBERG 2
Romance"He's married. And he has a son." "Good. I want them." "Who?" "His wife and son." Disangkakan panas berpanjangan. Rupanya hujan di tengahari. Rumahtangga yang terbina hampir dua tahun itu goyah dek kerana munculnya musuh yang entah datang dari man...