BAM!
Rayyan yang sedang fokus buat kerja terhinjut bahu dek kerana terkejut dengan bunyi dentuman itu. Pandangan yang tadinya tertumpu pada kertas-kertas di dalam fail di tangannya beralih arah. Mencerlung matanya memandang gerangan yang baru masuk ke dalam biliknya itu.
"Boleh tak kalau buka pintu tu elok sikit?" Rayyan menyoal dingin. Geram betul. Apalah salah pintu bilik pejabatnya itu. Asyik jadi mangsa kena hempas je.
Rafiq buat wajah derk saja mendengar soalan Rayyan. Melangkah ke meja kerja lelaki itu, sebuah kerusi ditarik lalu dilabuhkan punggungnya. "Ah, penatnya..."
Rayyan mendengus kecil. Fail di tangannya ditutup kasar lalu dicampak ke hujung meja. "Dah selesai kerja kau?"
Mata Rafiq yang pejam itu celik buat beberapa saat. "Belum."
"Dah tu, yang kau menyemak kat pejabat aku ni dah kenapa?" Lagi soalan daripada Rayyan.
"Alah, rilekslah. Aku penat. Bagilah aku rehat," balas Rafiq. "Bini kau mana?" Tiba-tiba soalan itu keluar daripada mulut Rafiq.
"Dah kenapa cari bini aku?" Kening Rayyan terjongket sebelah. Pelik. Selalunya lelaki itulah paling tak suka nampak muka isterinya. Harimau betina katanya.
"Saja tanya. Tak boleh ke? Cemburu?" soal Rafiq. Buka mata, posisi duduknya di atas kerusi dibetulkan.
"Dia keluar." Ringkas Rayyan menjawab. Komputer riba dibuka.
"Keluar? Pergi mana? Dengan siapa?" Bertalu-talu soalan diajukan oleh Rafiq.
"Tak tahu. Dia kata nak pergi mall sekejap. Jalan-jalan hilangkan stres belajar," jelas Rayyan. Jemarinya lincah menekan papan kekunci komputer riba bersama mata yang fokus memandang skrin.
"Seorang?"
"Dengan Aidan." Ringkas Rayyan menjawab.
"Kau izinkan?" Lagi soalan diajukan Rafiq. Tidak berkelip mata memandang Rayyan.
"Apa hal kau ni? Dia pergi mall je. Apa masalahnya? Dia pun nak ada masa sendiri," ujar Rayyan sambil tergeleng kecil.
"Ray, aku ada benda nak bagitahu kau." Suara Rafiq mula kedengaran serius. Wajahnya juga serius.
Gerak jemari Rayyan terhenti sejenak. Wajah Rafiq dipandang. "Apa?"
"Aku tak pasti dengan apa yang aku nampak. Tapi, aku nak kau berjaga-jaga."
Dahi Rayyan berkerut halus mendengar bicara Rafiq. "Apa maksud kau? Jaga-jaga apa?"
"Diego..."
Mendengar sepatah nama itu, riak wajah Rayyan terus berubah.
"Dua hari lepas, aku nampak dia."
"Kat mana?" Pantas Rayyan ajukan soalan.
"Depan bangunan kau ni. Dalam kereta hitam," jelas Rafiq.
"Kau yakin tu dia?" Lagi soalan daripada Rayyan.
"Sangat yakin. Walaupun aku cuma nampak sipi-sipi je muka dia, tapi aku yakin tu dia. Bila dia perasan aku, dia terus blah."
"Kenapa baru hari ni kau nak bagitahu aku?" soal Rayyan, geram. Dia bingkas bangun daripada duduknya. Meja kerjanya yang berselerak itu dikemas ala kadar.
"Oit hanat, semalam kau tak ada sehari dekat office ni. Aku WhatsApp pun kau tak balas. Macam mana aku nak bagitahu?"
"Merda!" Hambur Rayyan. Dompet dan kunci keretanya di dalam laci meja dicapai. Kemudian, bergegas dia melangkah ke pintu.
YOU ARE READING
BABY GIRL MR ICEBERG 2
Romance"He's married. And he has a son." "Good. I want them." "Who?" "His wife and son." Disangkakan panas berpanjangan. Rupanya hujan di tengahari. Rumahtangga yang terbina hampir dua tahun itu goyah dek kerana munculnya musuh yang entah datang dari man...