AIR di dalam mulut Zaryan terus tersembur sebaik ayat Rayyan menerpa sistem pendengarannya. Wajah Rayyan dipandang dengan mata yang terkebil-kebil.
"Apa kau cakap tadi?" soal Zaryan, inginkan kepastian. Manalah tahu dia tersalah dengar.
Rayyan hela nafas perlahan mendengar soalan Zaryan. "Aku cakap, aku nak kau jaga anak bini aku."
Zaryan senyap. Caramel latte miliknya disedut perlahan bersama mata tidak lari daripada merenung wajah Rayyan.
"Boleh ke tidak?" soal Rayyan, jongket kening memandang lelaki yang duduk di hadapannya itu.
"Kenapa aku kena jaga anak bini kau?" soal Zaryan setelah hampir dua minit dia mendiamkan diri.
"Sebab kau je yang menganggur sekarang ni." Rafiq yang entah datang dari mana tiba-tiba mencelah. Kerusi di sebelah Daniel ditarik lalu dilabuhkan punggungnya.
"Hello, cakap elok sikit. Bila masa aku menganggur? Aku ada bisnes online okay," ujar Zaryan, memberi satu jelingan tajam kepada Rafiq.
"Macamlah laku sangat bisnes kau tu," kutuk Rafiq.
"Lakulah! Kalau tak, takkan aku boleh beli motor besar aku tu. Cash tahu tak aku beli!" Tegas Zaryan.
"Tak tahu dan tak nak tahu," balas Rafiq selamba.
Zaryan berdecit kecil.
"Jadi, kau nak ke tak kerja aku bagi ni?" soal Rayyan, menarik Zaryan ke topik asal perbualan mereka.
"Kenapa kau nak suruh aku? Budak-budak kau ramai kan? Suruh jelah diorang jaga," balas Zaryan. Sekeping nuget ikan diambil daripada pinggan Daniel, lalu dibawa ke mulut.
"Aku tak yakin pada diorang." Tenang Rayyan menjawab.
"Kenapa pula kau boleh tak yakin dengan anak buah kau sendiri? Tak cukup hebat ke diorang?"
Rayyan hela nafas perlahan mendengar soalan Zaryan. "Aku nak jawapan kau je sekarang ni."
Zaryan tenung wajah Rayyan sebelum dia lepaskan satu keluhan kecil. "Aku bukan tak nak. Tapi... Kalau kau suruh aku jaga yang anak dara, aku tak kisahlah. Ni kau suruh aku jaga anak bini kau. Kau tahu tak betapa rimaunya bini kau tu? Tak pasal-pasal nanti aku kena dengar dia bebel marah segala. Aku ni bukan penyabar macam KG tau. Mamat tu kena bebel dengan bini kau pun boleh rileks. Tak naklah."
"Aik, dengan bini Ray pun takut ke?" Sinis Rafiq menyoal.
"Bukan takut. Tapi aku ni baran. Dia bebel karang, aku mengamuk. Siapa yang susah? Akulah yang susah sebab kena hadap dia ni," bidas Zaryan, menunjuk ke arah Rayyan.
"Ceh, alasan. Takut tu cakap jelah!" Rafiq tergelak besar. Dengan bini Rayyan, siapa je tak takut. Mereka semua sudah merasa kena marah dengan wanita itu. Lagi-lagi ketika bulan puasa dan raya di kampung wanita itu masa tu.
"Aku bukan suruh kau berkepit dengan dia. Cuma perhatikan dia je lagi-lagi macam masa dia kat rumah dan aku kat tempat kerja. Tengok-tengok dan maklumkan kat aku kalau apa-apa jadi. Tu je," ujar Rayyan. Cawan berisi hot mocha dicapainya dan dihirup perlahan.
"Tak naklah aku." Zaryan masih menolak.
"Aku bayar, sebulan 10k untuk sepasang mata kau tu. Setuju?"
Zaryan terus terdiam mendengar apa yang dikatakan oleh Rayyan. Sepuluh ribu? Boleh tahan...
Melihat Zaryan dengan wajah yang sedang berkira-kira itu, Rayyan tersenyum sinis. Dia yakin dan pasti Zaryan akan setuju. Dia tahu sangat sahabatnya yang seorang itu mata duitan.
YOU ARE READING
BABY GIRL MR ICEBERG 2
Romance"He's married. And he has a son." "Good. I want them." "Who?" "His wife and son." Disangkakan panas berpanjangan. Rupanya hujan di tengahari. Rumahtangga yang terbina hampir dua tahun itu goyah dek kerana munculnya musuh yang entah datang dari man...