BAB 17:Felora Aleena

232 8 2
                                    

Aku tumpang gembira apabila melihat Evan yang tidak putus-putus mengucakpan syukur.Aku gembira kerana dapat menolong dia.Setelah semua selesai,aku meminta diri untuk menyambung kerja lain.

Di rumah nenek,
"MANA KAU SOROK BUDAK TU? BAGI AKU LORA,SEKARANG!!!!!" Mak tiri aku ni memang gila! Sampai ke rumah nenek dia cari aku.Mak ngah dari tadi menghalang aku supaya tidak keluar dari rumah ni,biar Pak ngah sahaja yang settlekan!

"Kalau aku tak nak serahkan Lora,kau nak buat apa Ainon? Kau jangan lupa yang aku pun ada hak jagaan ke atas dia." Kata Pak ngah tegas.Aku yang tak tahan dengan keadaan yang semakin panas tu terus turun dari rumah nenek.

"Ya.Lora ada kat sini.Lora ikut mak balik." Aku bukannya nak ikut dia sangat,cuma aku tak larat nak dengar orang bising-bising.Kalau jiran nampak,tak pasal-pasal keluargaku menanggung malu!

"Lora! Apa yang kamu buat ni? Masuk dalam balik!" Kata Pak ngah.
"Takpa,Pak ngah.Lain kali,Lora balik sini semula.Okay? Don't worry." Aku memberi senyuman manis kepada Pak ngahku sambil menyalam tangannya.Aku pulang mengikut ibu tiriku balik ke neraka tu semula!

Di rumah,
"Kau ni memang suka naikkan darah aku kan?!! Hidup kau ni suka mengemis simpati orang ke,hah? Jawablah sundal!" Mak menarik kuat rambutku.

"Mak....jangan mak....sakit..." Lirihku.Tetapi,tidak diendahkan olehnya.Sedaya-upaya aku cuba untuk tidak melawan.Aku tak nak menjadi anak derhaka dan aku juga taknak meletakkan dosa ke atas dirnya.Setelah puas membelasah diriku,dia berlalu pergi masuk ke dalam biliknya,Mesti dia nak 'minum' lagi.

Ya Allah...Aku tak kuat,Ya Allah.AKU TAK KUAT....Tolong aku,Ya Allah.

Setelah lama....
Aku terjaga dari tidurku.Aku membuka mata dan melihat aku masih lagi di atas lantai ruang tanu.Aku tertidur rupanya....Aku cuba untuk bangun,tapi aku tidak ada daya.Aku cuba lagi,tetapi hampa....

Tiba-tiba,pintu bilik terbuka,yang aku terkejut ialah...bukan mak yang muncul tetapi seorang lelaki berumur 30-an tanpa memakai baju keluar dari bilik mak tiriku! Dia bawa masuk jantan dalam rumah ni! Sial betul!!!!

Ti Amo Mr Blind MafiaWhere stories live. Discover now