BAB 55:Evan Aafas

151 4 0
                                    

Sebenarnya,aku dah dapat agak apa yang dia nak bagitahu.Aisyah memberitahu Aiman dan Aiman memberitahu kepada pasangan kembar dan Rayden memberitahu aku bahawa dalam 9 bulan lagi aku akan menjadi seorang ayah.Masa aku dapat tahu berita gembira tu,bukan main aku melompat tanda bahagia sangat.Tapi,aku tak nak Felora kecil hati.Jadi,aku melayankan kerenah dia.Aku memandang dia dengan pandangan penuh kasih sayang.

"Sayang nak bagitahu apa?"
"I'm pregnant." Aku lihat Felora tersenyum suka tanda dia juga gembira dengan kedatangan bayi kecil itu. "What? Really? Ya Allah...Congratulations to both of us.Tak sabar nak jadi parents dengan Lora.I bet,you gonna be an amazing mommy to our kids.Thanks baby,sebab sudi mengandungkan anak abang." Felora tersenyum kecil dan kembali memelukku.Dia rehatkan kepalanya di atas dada bidangku.Manja betul isteri aku yang seorang ni.

"Abang...Pak ngah tahu ke abang ada kat sini?" Aku terdiam.Sejujurnya,hubungan aku dengan Pak ngah agak keruh sekarang.Dia masih memandang aku sebagai seorang musuh.Felora mencuit daguku apabila aku termenung panjang,tidak menjawab soalannya. "I will talk to him." Felora hanya mengangguk.

"Dah,dah.Sekarang fokus tentang kita.Sayang kena banyak rehat.Rahim sayang tak kuat lagi." Felora menguap perlahan.Aku senyum melihat dia.Aku baringkan dia dan meletakkan kepalanya di atas dadaku.Aku mendodoi dia macam seorang bayi.Yeah,she's my big baby~

"Abang....tentang abang cakap di gudang hari tu,Lora ingat abang betul-betul dah give up.Sayang takut sangat akan hilang abang..." Felora terasa dirinya akan menangis semula.Aku mengusap pipi dia lembut."Remember Fiore,I will never give up on you.On us.Abang akan berusaha pertahankan masjid yang kita dah bina sama-sama." Felora tersenyum dan mencium pipiku.Dia mengusap dadaku lembut dan penuh kasih."Sayang dah baca surah al-mulk?" Dia menggeleng kepala.Matanya juga semakin kuyu.

"Abang bacakan boleh?" Aku mengusap kepala dia penuh rasa sayang.Aku mulakan bacaan bismillah.Merdu dan mendayu suara serak basahku mengalunkan bacaan suci al-quran.Habis ayat ke 30,Felora sudah tidur nyenyak.

"Good night,my Fiore" Aku juga menutup mataku dan tertidur dengan dia di dalam dakapanku.Tidak akan sesekali aku melepaskan dia lagi.She's mine and only mine. You hurt her,means you hurt me too.

Sedang aku nyenyak beradu dengan isteri tercinta,aku terkejut dengan satu hentakan pintu yang kuat.Aku terbangun begitu juga dengan Felora.Aku melihat Pak ngah yang memandang aku dengan pandangan bengis.Dia meluru kepadaku dan tumbukannya hinggap di pipi kananku.Sakit dia tak payah cakaplah wey.... Dalam keadaan aku yang tak bersedia,sudah tentu azab dia tak boleh cerita.

"Abang!!" Pak ngah mengheret aku keluar dari bilik Felora.Felora di belakang cuba menahan Pak ngah.Tetapi,apakan daya kalau nak dibandingkan tenaga isteri aku yang kecil comel tu dengan Pak ngah yang sasa dan tegap. "Pak ngah,jangan buat abang Evan macam tu.Kasihan suami Lora...." Isteriku sudah menangis teresak-esak.Aku tak tahu kenapa ketika ini aku tidak mampu untuk melawan Pak ngah.Sedangkan,kalau nak bandingkan tenaga aku dan dia,sudah tentu aku lebih jauh ke depan.

"Kamu diam Lora! Jangan lupa apa yang dia dah buat pada keluarga kita."
"Pak ngah,jangan menghukum orang sesuka hati.Lora,redha apa yang jadi.Tapi,Lora merayu.Jangan buat abang Evan macam tu.Dia suami Lora." Sedih aku melihat Felora bersungguh-sungguh mempertahankan aku.Demi Allah aku cakap,cinta dan sayang aku makin bertambah pada dia! Tapi,aku tak sanggup melihat isteri aku merayu-rayu begini.Seolah-olah,maruah istri aku dipijak-pijak.

"Sayang...takpa.Sayang duduk sini.Jangan ikut abang." Aku menghalang.Tapi,Felora tetap berdegil.
"Abang....tak nak.Lora nak ikut abang." Aku memejam mata cuba menguatkan diri.
"Sayang...duduk sini" Namun,rengekan dan tangisan Felora makin menjadi-jadi.Jelas pada wajahnya tidak mahu aku meninggalkan dirinya.Aku terpaksa berkeras supaya Lora terus menetap di kampung.
"Abang....Lora nak ikut abang...."
"FELORA ALEENA!" Terkejut dia apabila aku meniggikan suara.Bukan menengking,tapi cukup untuk buat dia dengar dengan cakap aku.
"Abang...." Lirih dia bersuara.Sejujurnya aku sendiri tidak sanggup untuk berpisah dengan dia lagi.Tapi,keadaan sekarang tidak mengizinkan.Aku terpaksa berkeras sedikit kali ni kerana aku yakin kalau aku berlembut Felora tetap ingin ikut aku balik.

"Trust me. Abang akan datang balik sayang.Just stay here.Dengar cakap Pak ngah." Aku mendengar Pak ngah tergelak perlahan. "Kau jangan nak jadi Malaikat kat sini.Kalau atas kepala ada tanduk,tak payah susah-susah nak cover dengan serban atas kepala." Sinis lagi tajam ayat yang keluar dari mulut Pak ngah.Aku lihat Aiman ingin mencelah tapi aku pantas menggelengkan kepala menyuruh dia untuk diam.

"Assalammualaikum sayang~ Tunggu abang,okay?"

Ti Amo Mr Blind MafiaWhere stories live. Discover now