BAB 59:Evan Aafas

199 8 0
                                    

Kali pertama aku menjejakkan kaki di markas Hunter.Kagum aku dibuatnya.Seni bina yang moden dan esklusif.Di hujung bilik ini,terdapat sebuah potret besar sebuah keluarga.Aku tersenyum.Tidak perlu bertanya gambar siapa.Seorang lelaki maskulin dan hampir separuh abad tersenyum gagah.Di sampingnya,wanita beragama islam anggun dan manis menutup aurat serta seorang bayi perempuan pipi kemerah-merahan lingkungan beberapa bulan berada dalam dakapannya.

Felora~
Comel betul isteri aku masa kecil. "So,markas terbesar King adalah terletak di Brazil.Koordinat kita dah jumpa.Tinggal serang jer." Rayden menunjukkan ipad dan hologram pada kami semua. "Semua dah ready ke?" Mikael bertanya dan mendapat anggukan daripada Rayyan. "Jadi,maknanya.Kita fly ke Brazil,tembak dia.Humban dalam hutan amazon,settle?"

Wahhh...Kemain si Mikael ni nak campak member tu ke hutan Amazon.Senang betul buat kerja. "Kepala kau lah! Kalau kerajaan Brazil dapat tahu,kau nak jawab apa? Guni beras?" Terang-terangan Rayyan menolak cadangan Mikael mentah-mentah. "Aku gurau jer..." Jawab Mikael meleret. "Cancel plan." Aku beri kata putus.

"What?!!" Masing-masing terkejut.Aku tersenyum sinis. "Benda yang paling King sayang adalah kuasa dia.Empire dia.So.Why not? We take them down,one by one."Aku mengambil marker merah dan menandakan 'X' pada setiap pelusuk dunia yang menjadi tempat King beroperasi. "Aku tahu benda ni makan masa.Tapi,aku nak buat dia sengsara sampai sakit mental.Macam mana dia bunuh keluarga isteri aku.Macam mana dia rosakkan family aku dan Hatta.Aku akan buat perkara yang sama.Rampas benda dia paling sayang." Bagi aku darah,biar balas dengan darah.Nyawa biar dibalas dengan nyawa.Tangan mula menggigil perlahan.Aku cuba untuk mengawal perasaan sendiri.

"Kau yakin?" Hadriel menepuk bahuku.Aku mengangguk sekilas. "Kalau dah leader cakap macam tu.Kita proceed dengan step dan stratergi." Rayden memberi idea dan yang lain setuju.Sedang leka kami semua perah otak,aku mendapat panggilan dari salah seorang anak buahku. "Hello?"

"Boss! Code red! Puan Felora hilang!!" Aku terus bangun dari duduk.Terkejut mereka semua.
"WHAT?!! Macam mana isteri aku boleh hilang?!! Damn it! Mikael,check semua CCTV!" Aku menumbuk meja dengan kuat.Ingin pecah dada aku bila dapat khabar ni. "All clear,Evan." Tidak berpuas hati dengan jawapan Mikael aku mengarahkan anak buah aku mencari Felora.Telefon bimbit aku kembali tekapkan pada telinga. "Kau dengar sini.Aku nak kau suruh budak-budak turun dan cari bini aku sampai jumpa.Kalau korang gagal,aku pancung semua kepala!" Aku matikan telefon dan bergegas keluar dari bilik itu.

Kereta lamborghini berwarna hitam aku pecut laju membelah jalan.Pada masa yang sama,aku cuba telefon Felora.Tapi,kesemuanya masuk terus ke peti suara. 'Ya Allah,sayang... Mana awak ni?' Sampai sahaja ke perkarangan rumah.Mata aku menjamah kesemua anak buah aku yang mencari Felora seperti orang gila.Aku menghampiri salah seorang dengan muka bengis.Mamat yang call aku tadi terus kecut perut melihat aku.Ketinggian aku mendominasi antara kami.Beberapa kali juga aku melihat dia meneguk air liur. Heh! Tahu kau takut!

"Mana bini aku?" Aku tanya mendatar. "Ma...maaf tu...."
"AKU TAK SURUH KAU MINTA MAAF! Bini aku yang kecil tu pun kau tak reti nak jaga?! Selama ni kau makan gaji buta ke?" Dia melutut depan aku. "Tuan! Saya minta maaf sangat-sangat." Aku mendengus kasar.Aku meliarkan mata helangku kepada yang lain.Cepat-cepat mereka menunduk mengelak bertembung mata. "Baik.Aku maafkan.Tapi,kalau aku kira sampai 10,takda bayang isteri aku lagi....Semua kena dengan aku.SATU!" Semua lari bertempiaran sebelum sempat aku habis kira.Aku call Felora lagi sekali tetapi tetap hampa.

"Boss! Saya dah jumpa isteri boss.Tapi..." Aku memandang lelaki tadi. "Mana?" Aku mengikut dia ke laman belakang.Di sana,ada lima orang lagi anak buah aku mengelilingi satu pohon pokok.Sampai sahaja aku di sana,semua memberi laluan. "Kitorang jumpa atas pokok." Ujar salah seorang dari mereka.

"TOLONG LORA ABANG!" Aku menepuk dahi.Isteri siapa yang nakal sangat ni? "Err...boss nak kitorang tolong ke? Bawa tangga ke?" Aku menggeleng kepala dan mengarahkan mereka pergi tinggalkan kami berdua.Aku menghela nafas lega melihat isteri aku baik sahaja. Aku memandang ke atas dan tersenyum hampir tergelak.

"Abang janganlah gelak! Abang jahat!" Felora memeluk erat dahan pokok yang lebih besar dari tubuhnya. "Hah! Dah pandai panjat,pandailah turun.Naughty sangat.Siapa suruh panjat pokok tu." Aku tergelak melihat mukanya yang pucat lesi.Alahaii..bini aku ni. "Lora nak selamatkan anak kucing ni." Aku melihat seekor anak kucing berwarna putih berada dalam dakapannya. "Dah...dah...terjun jer.Abang sambut." Aku menyuruh dia turun.

"Hah! Abang ni agak-agaklah.Takkan nak terjun.Lora takutlah!" Aduh lahai,mak buyung seorang ni.Kandungan dia tu baru lagi.Bukannya kuat sangat pun. "Abang promise sayang....I will catch you and never let go.." Aku yakinkan dia. "Abang tipu.Abang suka prank.... Aarghhhh!!!"
"Felora!" Sepantas kilat aku menyambut Felora yang tergelincir dari dahan pokok tu.Nasib baik aku sempat sambut.Kalau tak,memang menyesal seumur hidup aku jika terjadi apa-apa pada bayi dan isteri aku. "Open your eyes sayang.Iron Man awak ni dah selamatkan sayang." Aku menyakat dia.

Perlahan-lahan dia membuka kelopak mata.Aku tersenyum manis memandang wajahnya.Tapi,tak semena-mena aku terkena tamparan tangan comel dia di dada bidangku.Adoii! "Abang ni!" Aik! Kita pula yang dimarahnya.Biasalah kan,pembawakan budak.Emosi tak stabil! "Yelah... Marahlah abang.Abang salah." Aku membawa dia masuk ke dalam rumah ditemani dengan bebelan si isteri.

Note:
Hi semua~ Assalammualaikum.How was your day,sunshines? Seperti yang dijanjikan author dah update chapter baru.YEAY!!!!! Ini hadiah untuk korang yang sabar menunggu.Happy reading semua! Jangan lupa comment okay? 👌 Sayang semua.Muahhh!!! 😊

Ti Amo Mr Blind MafiaWhere stories live. Discover now