BAB 56:Hadriel Akashah

198 4 0
                                    

Buat pertama kali aku muncul di kampung ini.Ada satu perkara yang aku ingin selesaikan.Aku menarik nafas dalam-dalam dan menghembuskannya dengan perlahan.Aku memaling ke sebelah.Encik Kasim.Peguam kepada keluarga ini dan merupakan bekas mentor peguam aku dulu.Selama kes ini berlansung,aku sentiasa berhubung dengan Encik Kasim dalam diam.Seluruh isi rumah termasuklah Evan dan Felora tidak tahu perkara ini.Rahsia ini hanya antara aku dan Encik Kasim.

"Assalammualaikum." Encik Kasim memberi salam.Kemudian aku melihat Karl Bernard a.k.a Pak ngah muncul di depan muka pintu. "Waalaikummussalam,Encik Kasim.Masuk,masuk.Ini siapa pula?" Alamak! Pak cik ni bertanya pula.Kalau aku cakap aku kawan Evan memang aku akan makan senapang gajah dia. "Dia anak buah saya." Pak ngah hanya mengangguk.Fuhh~ Nasib baik Encik Kasim tolong cover.

Aku duduk di sebelah Encik Kasim.Isteri Pak ngah ramah menjamu air.Aku hanya tersenyum kepada wanita dalam lingkungan 40 an itu. " Ada apa Encik Kasim datang ni?" Pak ngah bertanya.

"Begini tuan.Saya dah jumpa siapa dalang di sebalik kematian abang tuan.Ternyata selama ni kita tersilap orang." Encik Kasim tenang menuturkan kata-katanya.Aku melihat Pak ngah mengerutkan dahinya. "What do you mean?"

"It's The King." Jelas sekali Pak ngah terkedu. "What?! Bukan Alessandro Livio? Bapak Evan?" Encik Kasim menggeleng perlahan.Pak ngah meraup wajah dia dengan kesal. "Ya Allah... What have I done??" Encik Kasim menenangkan Pak ngah. "Pak cik...sebenarnya saya kawan kepada Evan.Nama saya Hadriel Akashah.Ini bukti yang kumpulan King adalah dalang di sebalik semua perkara ni berlaku." Aku menghulurkan mikrocip kepada Pak ngah. "Evan dah tahu semua ni?" Aku menggeleng .

"Belum.Saya rasa elok kalau keluarga Pak cik berkumpul dan bincang perkara ni elok-elok." Sopan nadaku.Pak ngah bersetuju dan menaip sesuatu di telefonnya. "Kalau Pak cik minta Hadriel turut serta sekali boleh? Sekurang-kurangnya kamu boleh berbincang dengan Evan juga." Aku tersenyum dan mengangguk perlahan. "Boleh Pak cik." Aku menetap untuk sementara waktu di rumah kampung itu.Damai dan tenang rasanya.

"Hadriel.... Kalau kamu nak berehat,pergilah bilik hujung sekali tu.Anak mak cik takde.Dia keluar dengan anak dia.Tapi,bilik tu,bilik perempuan lah eh." Aku tersenyum.Rasanya,ni bukan isteri Pak ngah.Mungkin adik dia? "Terima kasih mak cik..." Aku berlalu ke bilik yang dikatakan.Kemas dan teratur serta ada katil baby di sebelah katil size queen.Bilik ni pun bau wangian lavender.Bestnya duduk kat sini! Aku melihat jam.Lagi 10 minit azan zuhur.Baik aku solat dulu.Lepastu,boleh baring-baring kejap hilangkan penat.

Selesai solat,aku melipat semula sejadah yang aku pinjam.Anak rambut yang berjuntai kerana masih basah dengan air wuduk aku sebak ke belakang.Pintu bilik aku tuju.Baru aku teringat yang aku tertinggal briefcase di ruang tamu.Aku buka jer pintu....

"Aaargghhhh!!!!" Aku menutup telinga apabila gadis di depanku ini menjerit terkejut. "Encik.Encik buat apa kat sini? Ni bilik saya." Aku mengamati wajah redup di depanku ini. "Hanna right? Remember me?" Hanna memandang aku. "Encik Hadriel?" Haih...dia ni.Berapa kali aku nak cakap jangan panggil encik.Harris yang berada dalam dukungan dia mula merengek kerana tidur dia terganggu.Aku mengambil Harris darinya.Rindu aku pada budak comel ni! Hanna hanya membiarkan.

"Encik tak jawab lagi soalan saya." Aku menepuk perlahan belakang Harris dan mendodoikan dia. "Shh~ Your son is sleep." Dalam nada suaraku berbisik perlahan kepadanya.Perlahan-lahan aku letakkan Harris di dalam katil baby. "Kejap eh.I nak ambil briefcase jap." Tak berapa lama kemudian,aku muncul semula.Hanna seperti menuggu jawapan aku.

"I kawan Evan.Felora's husband.I datang sini untuk settlekan masalah yang melanda." Senyuman lembut aku hadiahkan kepada dia.Dapatku lihat Hanna berpaling ke arah lain.Aku menggeleng perlahan. "Hanna.." Aku panggil dia.Dia mendongak memandang aku. "Kalau I pinjam sekejap bilik you boleh? I penat drive dari KL.I boleh tengokkan Harris juga." Aku meminta izin.Badan tak usah cakap lah.Memang aku letih.

Hanna mengangguk. "Boleh.Encik buatlah macam rumah sendiri." Hanna tidak berani menentang mataku.Aku tersenyum kecil kagum dengan adab dan santun wanita muda ini.Sebelum dia keluar bilik...

"Hanna.Remember.It's Riel.Drop the 'encik' word please?" Wajah Hanna sudah berbahang dan dengan laju dia menutup pintu.Aku tergelak perlahan mengenangkan betapa malunya dia.Aku mengusap lembut wajah Harris dan mencium pipi tembam itu.Aku membaringkan diri di atas tilam yang empuk dan tidak sedar bila aku terlelap.

Uishhhh!!!! Author dah bagi hint ni! Kalau korang nak tahu,check highlight dekat IG Author.🫣 @author_shifa.Jangan lupa follow tau! Boleh kita borak-borak.Kenal-kenal. Lahhhh...tiberr! See you next chapter Lovie. Muahhhh~ Lagi satu,Author dah tukar nama Lucca kepada Hadriel.Barulah lain sikit. Okay tu jer....bye!!!!

Ti Amo Mr Blind MafiaWhere stories live. Discover now