BAB 58:Felora Aleena

268 7 4
                                    

Pagi menjelang....
Aku rasa bersemangat sangat pada pagi ni kerana keseluruh ahli keluargaku ada.Cuma,Hadriel sahaja yang pulang semalam kerana katanya ada kes yang perlu dia bahaskan di mahkamah.Tak sangka betul yang dia tu seorang peguam.Aku menyidai baju di luar.Cahaya matahari yang lembut mula memancar.Tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk.Aku tersenyum.

Sedang aku leka menyidai baju,dapat aku dengar siulan nakal budak-budak batch tak ambil UPSR sebab dimansuhkan dari kampung sebelah.Amboi,gatalnya! Aku cili mulut sorang-sorang nanti,baru tahu! Aku buat tak tahu jer.Budak mentah kan...

"Akak! Lawa dow!"
"Awek single! Nombor-nombor?" Eh,budak ni! Aku bagi nombor ekor nanti baru kau tahu.Aku menjeling tajam budak tak cukup matang tu. "Uuuuuu.....garangnya.Roar!" Belum sempat bakul baju ni terbang ke arah budak-budak tu,Evan pulang dengan Aiman yang baru balik dari kedai.

"Eh budak! Bini orang pun nak try ke? Ni dah sunat ke belum? Balik!" Marah Along.Siap gaya halau nyamuk lagi.Evan berjalan ke arahku. "Kenapa sayang tak guna mesin dryer dekat dalam rumah? Kan lagi senang." Jelas muka Evan yang tak berapa puas hati.Muka cemburu pun ada jugak! "Alaaa....sayang kan membesar dekat kampung.Dah biasa sidai baju dekat luar."

"Abang tak suka."

Tercengang aku diuatnya.Aik,selama ni okay jer.Takda pula dia nak complain.Asal hari ni tiba-tiba datang angin ribut dia? "Kenapa?" Aku bertanya.Baju di tangan aku lepaskan ke dalam bakul.Muka aku mula masam.Dia mengeluh, "Sayang....tak payahlah sidai baju kat luar,guna jer mesin pengering tu." Evan memujuk aku lembut.

"Tak nak! Tak biasa.Rasa macam tak puas tau.Sidai kat luar kan ada matahari.Boleh jimatkan elektrik." Aku menjawab.Suamiku mengeluh perlahan. "Abang tak nak lelaki kat luar sana senang-senang nampak isteri abang yang comel lagi hot ni." Ehek.Tiba-tiba hati aku rasa berbunga-bunga apabila dia cakap begitu.Tapi,aku tetap tak puas hati. "Kenapa? Ish..dulu okay jer.Asal nak jadi king control pula ni?" Mendengarkan bebelan dariku,Evan mendekati diriku dan memeluk erat.Apa lagi,memang membulatlah mataku.Dia boleh pula buat drama hindustan tengah-tengah laman rumah ni.

"Hei....Abang buat apa ni,hah? Jangan macam-macam eh." Aku menolak dada bidang dia.Namun,dirinya lansung tidak berganjak.Dengan sengaja,dia memundukkan mukanya pada telingaku.Bulu roma mula berdiri tegak.Jantung automatik bekerja keras. "Abang control,sebab abang sayang.Abang tak suka lelaki lain tengok apa milik abang." Dia meniup perlahan telingaku yang dilapisi dengan tudung.Dia lepaskan pelukan.

"Tak kira! Nak jugak sdai kat luar.Felora dah terbiasa...Nak buat macam mana?" Aku buat muka merayu plus comel kepadanya.Evan merenung aku lama.Aku melihat halkum dia bergerak perlahan dan memaling dari wajahku.

'Damn it.' Dia berbisik pada diri sendiri. "Okay,fine.Kalau macam tu,kita sidai sama-sama." Evan mengambil baju di dalam bakul dan menyidainya.Aku tersenyum.Yeay! Aku menang. "Thanks abang.I love you." Evan tidak menjawab tapi aku dapat menangkap lesung pipit di pipi dia.

Dah lama author tak update apa-apa kan? Sorry lah awak.... Kitonyo busy.Baru habis final exam.Otak pun masih jem denga soalan-soalan maut. Btw,how my writing going? Need improvement or more ideas that bombastic? Korang boleh comment and share-share.And In Shaa Allah...habis jer cerita ni,akan ada sambungan cerita baru.Hint ada di highlight ig story author.Jumpa korang di next chapter. Jaga diri okay? Muuuuuaaaaahhhh!!!!!

Ti Amo Mr Blind MafiaWhere stories live. Discover now