BAB 57:Evan Aafas

205 6 0
                                    

Aku pelik kenapa Pak ngah chat aku dan berkata ingin berjumpa.Aku parking kereta di depan rumah keluarga Felora.Rindu aku pada Felora membuak-buak.Termasuklah rindu anak kecil di dalam kandungan Felora.Salam aku beri,orang pertama yang menyambut kehadiranku adalah nenek.Aku salam tangan wanita tua itu.Bilik Felora aku tuju.Aku melihat dia sedang melihat ke luar tingkap.

"Baby....mama rindu papa.Baby pun mesti rindu papa kan?" Aku tersenyum kecil melihat telatah isteriku itu.Tidak ingin menuggu lama,aku merapati tubuhnya dan memeluk dia dari belakang. "Assalammualaikum sayang..." Aku berbisik di telinganya lembut.Felora terkaku.Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang. "Abang!!" Dia terus memelukku dengan erat.Aku membalas pelukannya. "I told you.Abang akan datang balik." Aku mengusap manja ubun-ubunnya.Esakan lembut mula kedengaran. "Abang pergi mana? Sayang rindu abang.Baby pun rindu abang..." Felora mengesat air mata dan memuncungkan mulutnya.Aku tergelak kecil dan mencuit bibir dia.Comel sangat!

"Abang work lah sayang....Abang janji,lepasni kita pergi travel dengan baby okay? I wanna spend time with you,Fiore..." Aku menggeselkan hidung mancungku pada hidung kecilnya.Felora tergelak perlahan.Aku turut tersenyum dan mengesat air mata yang masih bersisa pada pipi dia. "Jom! Semua orang dah tunggu kat luar." Aku memimpin tangan dia. "Elok-elok jalan sayang..."

Sampai sahaja kami di ruang tamu,aku dan Felora mendengar dua orang sedang bertikam lidah. "Eleh... Ingat muka kau lawa sangat ke? Nenek aku lagi hot lah! Ada hati nak laki handsome.Pigidah!" Suara Mikael.

"Eh,cik abang! Perempuan tak pandang rupa okey!" Aku menggeleng kepala melihat dua makhluk di depan aku ni.Si Mikael ni kalau bab perang mulut memang tak nak kalah.Walaupun,lawan dia perempuan.Aku lihat Aisyah juga lancang mulut menjawab.Memang brutal betul perempuan ni.Memang ikut perangai bapak dia.

"Ala...nak kelentong pun agak-agaklah.Type macam cik adik ni,bersepah tepi jalan." Hanna dan Hadriel juga pening melayan kedua-duanya. "Woi! Cik abang! Jangan lupa eh.Manusia pertama yang pandang rupa ialah lelaki.Dah lupa kisah Qabil yang sanggup membunuh Habil kerana ingin berkahwin dengan saudari kembar dia yang cantik?" Mikael terdiam seribu bahasa.Felora ketawa mengekek di bahuku.Aku tersenyum.Kalah juga Mikael dengan Aisyah.Memang cemberutlah muka mamat tu.Aku mengambil tempat duduk di sofa berbentuk L begitu juga dengan isteriku.

Aku melihat Hadriel leka bermain dengan anak kecil yang bernama Harris tu.Aku menyiku lengan Felora lembut.Felora memandangku dan bertanya kenapa.Aku memuncungkan mulut ke arah Hadriel dan Hanna. "Emm....Hanna kenal ke dengan Hadriel?" Felora bertanya.Hanna mengangguk. "Macam mana boleh kenal?" Aku pun sibuk bertanya.Mode mak cik bawang terus on.Hadriel tersenyum sambil mengagah anak kecil tu. "Dulu dekat mall,budak comel ni hilang.Aku tanya dia mak mana? Lepastu,Hanna datang.Tu yang boleh kenal." Mudah,ringkas dan padat cerita Hadriel.Aku dan Felora menganguk seperti burung belatuk.

Tiba-tiba,Pak ngah memasuki ruang tamu.Keadaan yang tadi riuh kini bertukar sunyi.Aku memandang Pak ngah yang sedang melangkah ke arahku.Aku berdiri lalu,tiada siapa sangka,Pak ngah melutut di depanku.Bukan setakat aku jer yang terkejut,semua orang lain turut tergamam. "Maafkan Pak ngah Evan...Pak ngah yang bersalah.Disebabkan dendam,Pak ngah hampir musnahkan rumah tangga kamu.Ampunkan Pak ngah Evan.Ampunkan Pak ngah...." Aku melihat Pak ngah yang merayu.Aku tersenyum.Alhamdulillah~

Ti Amo Mr Blind MafiaWhere stories live. Discover now