5

260 21 1
                                    


Sudah masuk tahun ketiga perasaannya terhadap Zuhaira masih kekal di hati. Sedikit pun tidak pudar. Malahan perasaan itu bercambah dan menjadi semakin kuat terhadap wanita yang telah menjadi penghuni hatinya.

Walaupun sudah bermaca-macam cara yang dia lakukan untuk memenangi hati wanita itu, namun tiada satu pun yang menjadi. Dia mengaku, perjalanannya untuk memenangi hati wanita itu bukan sesuatu yang mudah, malahan ia teramat sukar sehingga Mad sendiri pernah mnenyuruhnya untuk melupakan wanita itu.

"It's not that easy," jawabnya dengan seuara kendur.

"Nothing is easy," balas Mad senada. "Tapi kalau kau tak pernah cuba, tapi kau kata benda tu susah, memang sampai bila-bila dia akan jadi susah."

"Tak pernah sekali pun aku terdetik untuk lupakan dia. Sampai bila-bila dia akan jadi permaisuri dalam hati aku."

Mad tersedak kecil. Entah mengapa, hatinya sedikit tercuit mendengar pengakuan sahabatnya. "It's already three years. Sampai bila?"

Gutt mengoleng mata. "Kan aku cakap tadi sampai bila-bila?"

"Sampai bila-bila tu ada pengakhiran dia."

"Diam."

Tawa Mad meletus besar. Suka pula bila dapat menjengkelkan orang yang jarang sangat marah. "Kidding. So, what's your next plan?"

Gutt tarik muncung. Serupa kanak-kanak yang sedang merajuk. "Cubalah lagi lah. Mana ada plan lain. But somehow, I think there's something that she hides from me. Selalu cakap yang dia ada something yang buatkan aku tak suka dia. Tapi dia tak cakap benda apa. Kalau dia tak cakap, mana aku nak tahu."

Mad mengangguk sambil menyedut penyedut minuman. Melihatkan riak yang terukir di wajah Gutt, dia sedar yang Gutt berada dalam keadaan buntu sekarang. Buntu dengan macam mana hendak mengambil hati Zuhaira. Yelah, cuma Zuhaira saja yang Gutt suka. Kalau perempuan lain, pandang pun dia tak mahu.

"Kau rasa apa yang dia sorokkan tu teruk sangat ke?"

Mad angkat bahu.

"Kau rasa aku boleh terima tak benda buruk tu?"

"Kau rasa?" Sebelah kening terangkat.

"Aku tanya kau, kau pergi tanya aku balik. Tak membantu langsung," omel Gutt dengan riak menyampah.

"What if the thing that she hides from you is benda yang teruk? Teruk daripada apa yang kau sangka? Contoh, dia ada anak luar nikah?" Mad soal selamba.

Gutt terdiam. Kening terangkat tinggi. "Jauhnya kau pergi. Aku tak pernah fikir sampai situ."

"Nah, I'm just sayin'. Tak salah fikirkan benda paling buruk." Mad tayang muka tak hairan sambil bibir bawah menjuih.

"Hm... kalau kau tanya aku... benda tu bukan masalah. Yang masalahnya kalau dia masih teruskan bergaul bebas dengan orang lain. Tapi kalau da dah berhenti buat benda tu, then it should be no problem at all. Kalau kau masih tersangkut dengan zaman silam, kau takkan maju ke depan. Move on."

"Tell that to her." Mad sengih. Bagaikan apa yang Gutt kata tadi langsung tidak memberi kesan kepadanya. Memang tak bagi kesan pun. Haha. Bukan aku yang lalui benda-benda tu. Cakap pasal move on? Aku nombor satu lah. Terpaling laju berlari tinggalkan benda lepas.

Gutt mencebik ganas. Rasa ringan tangan nak campak straw ke muka Mad. "I hate talking to you."

Mad ketawa sengih. "Kau kena berusaha lagi lah tu. Hati perempuan ni lembut. Macam ais. Kalau kena cara, cairlah ais tu."

"Cakap macam ada pengalaman."

"Aku pernah kahwin kot. Cerai pun sudah. Dah kahwin kali kedua dah," tutur Mad dengan tawa kuat. Geli hati pula bila dia bercerita tentang pengalaman hidupnya dengan perempuan pada Gutt.

Sekali lagi Gutt pamer riak menyampah. "Whatever it is, let bygone be bygone. Yang dah lepas, lepaskan. Maju ke depan je."

"Kau sibuk suruh orang maju ke depan, kau pula bila? Sampai ke sudah kerja food delivery service. Patutlah Zuhaira tak nak kat kau," perli Mad selamba.

Kali ni, straw itu dicampak tepat ke muka Mad.

* * *

"Hei yo, Zuhaira!" sapa Gutt selamba. "Assalamualaikum!"

"Waalaikumussalam," jawab Zuhaira perlahan. Masih tidak mengalih pandangan menghadap si pemberi salam. "Puan Maisarah ada dekat dalam. Dia tengah tunggu Encik Megat."

"Tak perlu berencik. Beza umur kita tak jauh pun."

"Bukan pasal umur. Tapi kita kena profesional kat tempat kerja," gumam Zuhaira perlahan, lebih untuk didengari telinganya sahaja. Jejaka yang masih tegak berdiri dihadapan mejanya langsung tidak dipandang. Yang dia tercegat dekat depan meja aku ni kenapa pula?

"Zuhaira, kita keluar makan sama-sama hari ni, nak? Saya belanja. Saya ada good news nak bagitahu awak."

"You can tell me now."

"No, after this. During lunch. Just the two of us."

"I have to decline your invitation. Saya ada meeting dekat luar lepas lunch."

"How about, kita lunch sekali lepas tu saya hantar awak pergi meeting."

Jegilan membunuh Zuhaira muncul. Benci betul dengan perangai 'persistent' Megat. Dia ni tak faham bahasa ke? "Tak nak."

Gutt telan air liur. Gerun pula melihat riak yang bercorak di wajah mulus itu. "Okeylah kalau macam tu, lain kali pun boleh. By the way, the good news is I have a new job. A permanent one." Gutt tayang taringnya. "Meaning that saya ada peluang kan?"

"Good for you," ucap Zuhaira lembut. " Tapi yang last tu, saya tak janji. Saya tak mahu bertaarud dengan awak."

"Why not?"

"Just because."

Gutt mengeluh. Tangan meraup rambutnya ke belakang. "Okeylah. Saya masuk dulu. Ada rezeki, kita keluar sama-sama ye, Zuhaira?"

"InsyaAllah."

AdagioWhere stories live. Discover now