Hiruk-pikuk yang datang dari depannya diterima masuk ke dalam telinga tanpa sebarang perhatian. Dia termenung. Riaknya bosan. Menyampah pula bila terpaksa berhadapan dengan situasi begini.
Punggung yang sedang direhatkan pada letak tangan kerusi digerak-gerakkan, mencari posisi yang selesa. Mata yang tadi ralit termenung pada permaidani Persia di kaki naik ke atas, melihat satu-persatu wajah yang sedang bertelagah sesama sendiri.
Spontan tekak berdeham kuat, sengaja mencuri perhatian semua yang membuat bising di tengah ruang tamu rumah agam itu. "Assalamualaikum," selamba Gutt memberi salam.
Semua kepala berpaling ke arah jejaka tinggi yang sedang bersandar punggung pada sofa yang terletak di satu sudut rumah agam itu.
"Lawyer dah sampai," tuturnya selamba.
Seisi rumah terus kunci lidah sambil mata terarah pada peguam arwah mak mereka masuk ke dalam rumah.
"Assalamualaikum," peguam itu memberi salam dengan perlahan. Beg bimbit kulit yang terdapat wasiat dan dokumen-dokumen penting peninggalan arwah kliennya dibawa keluar. "Boleh kita mulakan?"
Yang lain mengangguk.
Gutt hanya berdiam diri, sambil tangan berlipad ke dada, mencuri dengar apa yang akan diberitahu oleh peguam itu kepada ahli keluarganya. Kadang-kadang, keluhan kecil terlepas, apabilas sejurus sahaja perkataan 'pembahagian' dan 'harta' keluar dari mulut peguam itu, rumah agam itu kembali bingit.
Arwah nenek baru meninggal seminggu lepas. Sekarang, semua sibuk mahu menuntut semua harta peninggalan nenek. Dari umi dan abah, sehinggalah ibu dan bapa saudaranya dan juga ipar duai yang langsung tiada ikatan terus dengan arwah nenek.
Kepala menggeleng kecil apabila membayangkan situasi itu. Kecewa dan sedih apabila tiada seorang pun yang peduli tentang nenek ketika nenek masih hidup. Kata nenek, cuma dia dan kakaknya sahaja yang datang menjenguk dia di hospital. Anak-anaknya yang lain tiada seorang pun yang datang menjenguk. Kalau datang pun, mesti dengan membawa satu-satu niat. Iaitu, untuk mengambil hati arwah nenek supaya harta itu akan jatuh ke tangan mereka.
Ekor bibir ternaik kecil apabila keadaan riuh di dalam rumah itu semakin bingit. Lagi-lagi apabila tiada seorang pun nama anak-anak nenek disebut dalam wasiat pembahagian harta. Kecuali namanya.
Eh? Gutt tergamam. Matanya membulat. Nama aku?
"Megat!"
Gutt spontan angkat kepala.
"Macam mana semua harta nenek boleh jatuh dekat kau? Kau paksa dia untuk jatuhkan semua harta dia dekat kau ke, hah?!" gertak salah seorang sepupunya.
Muka Gutt semakin bingung. Kepalanya senget sambil tangan masih memeluk tubuh. "Aku tak pernah paksa nenek dan nenek tak ada pula cakap yang dia nak turunkan semua harta dia dekat aku." Peguam yang sedang berdiam diri itu dipandang. "Tuan, sila sambung," arahnya dengan sopan.
Peguam itu berdeham. Wasiat yang diamanahkan oleh klien kepadanya dibaca.
Keadaan kembali riuh.
Peguam itu kembali senyap.
Gutt kembali mengeluh. Susahlah macam ni... Gutt menarik nafas dalam. Kedua belah tangannya diangkat ke depan, dan menghayun tapak tangan ke depan, menghasilkan satu tepukan yang cukup kuat.
Suasana dalam rumah itu terus mati.
"Bagilah Tuan Peguam tu buat kerja dia dulu. Dengar. Lepas dengar, baru bising. Kesian dekat dia," tegur Gutt tegas. Malas dah nak berhadapan dengan situasi menjengkelkan. "Silakan, Tuan."
Peguam itu mengangguk. Wasiat itu dibaca semula.
Intipati yang dapat dibawa keluar dari surat wasiat itu adalah;
Semua harta Normah binti Jonet yang bernilai dua juta ringgit jatuh ke tangan Megat Zahiril bin Megat Shah, iaitu cucunya. Selain daripada itu, apa yang dinyatakan dalam surat wasiat itu adalah kenyataan arwah nenek tentang kekecewaannya terhadap semua anak-anak yang telah dikandungnya.
Pendek kata, konklusi yang dapat dibuat adalah, nenek kecewa dengan anak-anaknya dan mahu membalas dendam dengan memberikan semua hartanya kepada satu-satu cucu yang begitu mengambil berat tentang dirinya, iaitu Megat Zahiril.
"Tuan biar betul, Tuan?" suara bapa kepada Megat kedengaran. "Takkanlah mak saya bagi semua harta dia dekat anak saya? Bila pula dia sempat buat benda tu semua? Dia sakit. Takkan ada masa nak buat wasiat sampai macam tu sekali."
"Maaf Tuan, wasiat ni telah diberikan kepada saya sebelum Puan Normah jatuh sakit lagi dan Tuan Megat Zahiril juga telah tandatangan wasiat itu, bersetuju untuk menerima semua harta yang diberikan arwah Puan Normah kepadanya."
"Hah?!" Gutt terkujat. Terus dia berjalan laju ke arah peguam itu. "Bila saya tandatangan?"
"16 Jun lepas. Di hospital."
Gutt terdiam. Bila? Aku lupa. "Saya.... tak ingat pun?"
"Tuan ada sekali masa Puan Normah tandatangan wasiat ni. Tuan, ingat? Sekejap, saya ada gambar hari tu." Telefon pintar dikeluarkan dari kocek. Gambar yang dikatakan tadi dicari dalam galeri telefonnya. "Ini."
Mata Gutt mengecil, cuba melihat gambar yang ditunjukkan dengan lebih teliti. Riak berubah dari serius ke seriau. Lagi-lagi dalam gambar itu, dia sedang tersenyum lebar sambil mengangkat ibu jari. Aku dah ingat! Time ni nenek suruh aku tandatangan! "Bukan masa ni, nenek suruh tandatangan surat wakil keluar hospital ke?"
Peguam itu tersengih bersalah. "Tak."
Gutt melopong. Apa yang baru didengarinya tadi membuatkan bahunya terasa teramat berat. Berat memikul tanggungjawab yang baru diterima sebentar tadi. Aku nak buat apa dengan harta banyak macam tu?
"Nenek ada kata apa-apa lagi? Contoh macam dia suruh saya sendiri wakafkan harta dia?"
Peguam itu menggeleng. "Arwah Puan Normah cuma kata, harta itu akan menjadi milik Tuan sebaik sahaja dia dikebumikan."
Nenek~ Hati meraung kuat. Kenapa nenek buat cucu nenek macam ni~! Kepala menunduk. Sungguh, dia terasa seperti mahu menangis sekarang. Dia tahu, sebab hartalah yang akan memporak-perandakan satu-satu keluarga. Lagi teruk, hubungan antara anak dan ibubapa.
Perlahan anak mata berkalih, mencari wajah ibubapanya. Tiba-tiba jantung terasa seperti digenggam kuat dan dikunyah rakus apabila melihat corak yang terlukis di wajah kedua orang tuanya. Penuh dengan kekecewaan dan kebencian. "Umi... abah..."
Selebihnya adalah sejarah hitam.
* * *
Aiskrim Malaysia dihabiskan. Kenangan pahit itu kembali bermain dalam kotak memori. Kadang-kadang, sudah dia nak faham kenapa orang sanggupp bergaduh pasal harta. Sebab harta dia dibuang keluarga sendiri. Sebab harta dia hidup tanpa kasih sayang ibubapa. Sebab harta, dia dibenci semua yang mengenali dirinya. Kecuali Mad dan kakak.
Kepala mendongak sambil gigi menggigit plastik aiskrim, memandang langit biru yang tidak berawan. Sementara menunggu pesanan makanan untuk dihantar kepada pelanggannya siap, dapatlah dia berehat buat seketika. Berehat sampai teringat semula kisah pahit payau.
"Aku nak buat apa dengan duit tu semua...? I already have everything I need. I don't need anything I want. Dunia ni sementara. Duit tu sementara. Akhirat selama-lamany..." omel Gutt perlahan, membiarkan plastik aiskrim itu jatuh ke ribanya ketika dia mengomel kecil.
"3051!"
Gutt bangun. Plastik aiskrim tadi dibuang ke dalam tong sampah. Kedai makan dituju untuk mengambil pesanan pelanggannya. Mungkin aku boleh invest dekat company Mad. The rest, nanti-nantilah aku fikir. Or should I be a Batman? Ngeheheh.
______
macam mana Gutt boleh jadi milliunair.
YOU ARE READING
Adagio
RomanceDefinisi: (Muz) lagu yg dimainkan dgn rentak yg perlahan dan lemah gemalai. (Kamus Dewan Edisi Keempat) Cerita hidup Megat Zahiril.