"Amacam, 'mi? Best tak dinner tu?"
Zuhaira tersenyum. Kebetulan tarikh Makan Malam Apresiasi Nina dan jemputannya adalah sama. Jadi, petang tadi, mereka keluar bersama. Cumanya, Nina dijemput oleh rakan-rakannya dan dia pula dijemput oleh Puan Maisarah. Puan Maisarah juga turut dijemput oleh Megat selaku tetamu kehormat untuk majlis itu.
"Bolehlah. Seronok juga. Tengok orang buat persembahan... makanan dia pun sedap."
Nina mengekek. "Ini kali pertama umi pergi event macam ni kan? Nina pun."
Zuhaira mengangguk. Anak patung lembut milik Nina dipeluk kuat. Jarum pendek pada jam dinding tepat pada pukul 12 malam. Dia sampai ke rumah sebelum Nina. Nina pula sampai di rumah tepat pada pukul 11.15 malam. Sekarang, masa inilah untuk mereka berdua berkongsi cerita tentang apa yang jadi ketika majlis tadi.
Senyuman Zuhaira sedikit pudar apabila teringat semula insiden yang terjadi sebelum dia pulang ke rumah. Iaitu di mana Megat melamarnya ketika dia sedang menunggu e-hailing. Should I tell Nina? Macam tak perlu...
"'mi..."
"Hm?" Nina ditatap laju.
"Tadikan... kesian..." Nina buka cerita.
"Apa yang kesian?"
"Bos Nina tadi... dia propose dekat orang suka. Lepas tu kena tolak."
Erk? Apasal macam cerita aku je? "Lepas tu?"
"Nina katalah, sekarang dah single, bolehlah Nina kenalkan dia kat somebody. Dahlah bos Nina tu handsome. Baik lagi tu. Tapi itulah... dia setia. Dia tak nak Nina kenenkan dia dengan siapa-siapa."
Kening Zuhaira jatuh. Pelik dengan perangai anaknya. Kejap tadi dia kata kesian dekat bos dia, lepas tu boleh pula dia nak kenenkan bos tu dengan entah siapa-siapa. Tak sensitif langsung. "Kenapa Nina cakap macam tu? Tadi kesiankan dia, lepas tu terus nak play cupid. Dia tak terasa ke?"
"Taklah. Dia okey je. Siap tersenyum lagi. Dia chill gila, 'mi. Nina rasa dia sesuai sangat dengan umi."
"Ceh... ingatkan nak kenenkan bos tu dengan kawan dia ke. Rupanya nak kenenkan dengan mak sendiri." Zuhaira mengoleng mata. "Umi pun tak berkenan nak dikenenkan dengan siapa-siapa. Nina tak payahlah bazir tenaga tolong umi. Kalau umi nak, umi sendiri cari."
Nina panjang muncung. Uminya direnung lama. "Dia baik..."
"Iye, umi tahu. Nina dah banyak kali cakap."
"Nina suka je kalau dia jadi ayah Nina. Dahlah kaya. Boleh minta macam-macam."
"Eh-eh, ke situ pula dia fikir. Tak elok Nina. Nampak sangat tak ikhlas nak menolong. Rupanya ada udang di sebalik batu."
Nina mengekeh. Betul juga kata umi. Tapi, kalau diikutkan, apa yang dia nak tu cuma alasan sampingan. Alasan betulnya, dia nak umi berkahwin supaya ada yang menjaga umi. Lagi pun aku dah plan nak kahwin awal tahun depan. Tapi kalau umi tahu aku nak kahwin awal, mesti umi tak bagi... Haih...
"Dahlah, Nina. Umi nak tidur. Dah lewat."
"Mkay~ Assalamualaikum umi."
"Waalaikumussalam," jawab Zuhaira seraya merebahkan tubuh ke atas katil. Anaknya yang masih segar mata di sebelahnya dibiarkan. Dia mahu tidur. Biarlah Nina bersendirian termenung termangu.
"'mi..."
"Hm?"
"Bila kita nak duduk rumah besar? Rumah ni kecik. Satu bilik je."
"Tunggu Nina beli rumah besar untuk umi," jawapan selamba terpacul keluar dari mulut dengan mata yang terpejam rapat. Ekor bibir tercoret senyum kecil. "Good night, sayang."
YOU ARE READING
Adagio
RomanceDefinisi: (Muz) lagu yg dimainkan dgn rentak yg perlahan dan lemah gemalai. (Kamus Dewan Edisi Keempat) Cerita hidup Megat Zahiril.