17

246 21 11
                                    

"Assalamualaikum, habibti," sapa Gutt sebaik sahaja mata isterinya celik dari lena. Senyuman lebar diberikan. "Do you have a good sleep?"

Senyuman Megat berjangkit pada Zuhaira apabila ekor bibirnya turut meleret ke atas. Tubuh menggeliat. Dia mengangguk. "Very."

"Jom, kita mandi." Tangan dihulur, menunggu Zuhaira untuk menyambut tangannya. "Lepas mandi, kita pergi sarapan. Kawan masjid abang kata kat medan selera ada nasi kerabu sedap. Kita cuba situ, nak?"

"Boleh juga. Saya pun tak sabar nak berjalan guna Happy Feet," seloroh Zuhaira dengan sengihan lebar. Dia hampir ketawa setiap kali menyebut nama yang Megat berikan kepada kaki prostetiknya. Kelakar. Sangat menghiburkan hati.

"Happy Feet Juju abang alter sikit. Sebab malam tadi abang tengok ada part yang longgar. But it's not that serious. Selamat dipakai. Waranti dia masih ada." Tubuh Zuhaira terus diangkat dengan mudah dan dibawa ke bilik air sebaik sahaja Zuhaira bingkas dari pembaringannya.

Dengan berhati-hati, Zuhaira diletakkan ke atas mangkuk tandas. Kain basahan diberikan kepada Zuhaira. "Juju nak mandi sendiri atau abang mandikan?"

"Saya mandi sendiri," balas Zuhaira lembut. Dia sedar, Megat cuma mahu menyenangkan dirinya. Tapi dia juga perlu biasakan diri dengan keadaannya sekarang. Sampai bila dia mahu bergantung pada suaminya? Kalau Megat tak ada, siapa yang dia boleh minta tolong?

"Seperti biasa, kalau nak abang tolong, tekan loceng. Nanti abang datang." Suis yang terletak bersebelahan dengan cermin ditekan. Suis yang diletakkan khas untuk Zuhaira memanggilnya. Setiap pelusuk rumah, suis loceng itu diletakkan.

"Baik, baik. Abang pergilah siap dulu. Nanti saya dah selesai mandi, saya panggil abang."

"Roger and out. Nanti abang datang balik," tutur Megat seraya menutup pintu bilik air.

Zuhaira tersengih. Lepas sahaja dia membersihkan diri tadi, Megat terus datang semula ke bilik air tanpa perlu dia menekan loceng. Sekarang, dia berada di atas katil dengan Megat bertelut di atas lantai, ralit memasangkan kaki prostetiknya pada bahagian lutut.

"Done!" Kaki kanan Zuhaira dipegang kuat sebelum lutut isterinya dikucup. "Let's go! Sebelum orang makin ramai."

"Jom."

* * *

"Abang nak lagi?" Pelawa Zuhaira lembut. "Nasi saya banyak lagi ni. Saya tak habis."

"Kenapa? Tak sedap ke?"

"Bukan tak sedap. Saya memang tak makan banyak."

"Betul ni?" Kening sengaja diangkat tinggi, turut menyoal isterinya dengan riak wajah. "Nanti abang habiskan, jangan tiba-tiba kata lapar. Ke Juju nak makan makanan lain?"

"Betul. Saya nak kuih je. Tadi saya nampak popia basah." Zuhaira tayang gigi. Rasa seronok pula bila dapat meminta dari suami. Seronoknya dapat mengada-ngada macam ni~!

"Okey." Megat berdiri. "Popia basah it is. Tunggu kejap. Abang ambilkan Juju punya popia basah, lepas tu abang nak bayar terus."

Nasi kerabu dikaut sedikit dengan sudu sebelum disuapkan ke mulut. Mata termenung kosong sambil menunggu suaminya pulang dari membayar makanan.

"Kemain panggil Juju. Seronok betul hidup kau sekarang, Zuhaira?"

Zuhaira kejung. Suara tu. Suara yang cukup dikenali mencecah gegandang telinga. Mata beralih kepada si pemunya suara.

Lelaki berseringai besar yang menakutkan duduk tepat berhadapan dengannya.

"Apa khabar, Juju? Sihat?"

AdagioWhere stories live. Discover now