9

202 20 1
                                    

Nina termenung kosong pada segenggam gula-gula yang baru sahaja diletakkan di atas mejanya tanpa sedar. Entah bila gula-gula tu wujud, dia pun tak tahu. Nina angkat muka, terus memandang sekeliling. Apa yang dia nampak cumalah belakang Encik Megat yag baru sahaja jalan memasuki bilik pejabatnya.

"Siapa bagi gula-gula ni?" soalnya kuat.

"Encik Megat," jawab kawan sebelah mejanya dengan tawa. "Kau tak perasan ke? Leka sangat buat kerja tu."

"Bila dia bagi? Kenapa dia bagi? Kau orang dapat tak gula-gula tu?"

Spontan semua yang duduk berdekatan dengan mejanya menarik laci mereka. Sengaja menayangkan gula-gula yang bersepah dalam laci mereka. Masing-masing tersengih.

"Bapak ah. Tu semua Encik Megat bagi ke?"

Semua angguk sambil tersengih.

"Tapi dia bagi tu bukan setakat bagi. Ada ubdang di sebalik mi. Kau tunggu je elah nanti," kata rakan sekerjanya lagi.

Nina telan air liur. Kerja apa pula kali ni Encik Megat. Kerja hari tu pun aku tak siap lagi. Janganlah dia bagi kerja baru lagi.

Trettt! Telefon berbunyi.

"Kan dah cakap?" kawan sebelahnya ketawa.

Gagang telefon dicapai. Panggilan dijawab.

"Nina, datang bilik saya kejap."

Nina hampir mengeluh. "Baik." Gagang diletakkan semula ke tempatnya. Tubuh dibangunkan dari kerusi dan bilik bosnya terus dituju tanpa lengah. Pinu kaca diketuk dengan buku telunjuk sebelum dia masuk ke dalam.

"Meh, duduk."

"Ada kerja lagi ke Encik Megat? Kerja semalam yang Encik Megat bagi saya tak siap lagi."

Gutt terus ketawa. Faham benar dengan apa yang sedang dirasai anak muda itu. "Ada. Tapi kerja ni senang je. Tolong buatkan minit mesyuarat. Yang ni lambat tak apa. Sebab tak urgent. Petang ni saya ada meeting dekat luar. Awak kena ikut saya."

Bahu Nina spontan jatuh ke bawah. Sekali dengan pakej mengeluh. "Encik bawalah Yani. Saya ada banyak kerja pending ni."

"Semalam saya dah bawa Yani. Kelmarin saya bawa Faizul. Hari ni saya bawa awak pulalah. So that each one of you ada different project to handle. Tak adaah carca marba sangat work progress kau orang," seloroh Gutt sambil tersengih-sengih.

Sengih, sengih. Aku tumbuk karang muka tu. Kalau umi nampak Encik Megat tersengih-sengih macam ni, mesti umi dah jeling mata. "Meeting tu tak habis lewat, kan?"

"InsyaAllah sebelum enam. Nanti saya drop awak dekat nearest train station. Tapi kalai lambat sangat, saya hantar awak balik rumah terus."

"Okey. Saya kena inform umi saya dulu. Takut dia risau."

"Okay, go ahead. You can go now. Thank you, Nina."

Nina hanya menundukkan tubuhnya sedikit sebelum berlalu pergi ke tempatnya semula. Jujur, Encik Megat, kalau dia sebagai seorang lelaki yang tidak berjawatan, perawakannya sangat disenangi oleh orang sekeliling termasuk dirinya. Tapi bila sisi 'bekerja' Encik Megat kelihatan, aura tenang dan selamba itu terus lesap. Yang ketara, cuma perawakan tegas dan matangnya.

"Nina."

Nina berhenti. Dia menoleh ke belakang. Kening terangkat tinggi.

"Meh sini kejap. Ada lagi satu hal saya nak minta tolong."

Nina masuk semula ke pejabat bosnya. "Apa dia, bos?"

Gutt menghalakan telefon pintarnya kepada Nina. Telunjuk tangan kanan mengoles permukaan skrin itu, menukar gambar yang tertera. "Yang mana cantik? Kiri ke kanan?"

AdagioWhere stories live. Discover now