BAB 3

194 10 0
                                    

Selepas dari peristiwa itu, Cikgu Syakir semakin rapat dengan aku. Tapi kejadian tersebut tiada siapa yang tahu termasuklah Ejah.

Apa yang aku sedari, aku menjadi rindu apabila tidak berjumpa dengannya. Apa yang terjadi antara aku dan Cikgu Syakir menjadi rahsia kami.

           Pada tarikh empat belas bulan April tahun seribu sembilan ratus sembilan puluh tujuh. Ayah menghembuskan nafas terakhirnya di Mekah semasa menunaikan haji, tetapi ayah tidak sempat untuk wukuf di arafah. Mama ada bersama dengan ayah saat pemergian. Kami adik beradik sangat terasa kehilangan ayah, perasaan ini tidak dapat dinafikan dengan kata-kata. Setiap malam ku menitiskan air mata mengenang penghibur hari ku. Sejak daripada itu aku seolah-olah hilang arah, mata pelajaran merosot dan aku terkadang rasa tidak mampu untuk meneruskan kehidupan.

Aina adik bongsuku selalu demam dan sakit, kerap kali berulang ke hospital. Mama memberi penih perhatian terhadap Aina, aku agak berseorangan melalui kesedihan. Along sudahpun bekerja sebagai seorang guru di Sandakan, Angah masih lagi berada di Madinah. Kak Teh di UM ( Universiti Malaya ). Manakala achik belajar di Brunei dan Aiman di asrama MRSM.

Aku selalu ponteng sekolah. Emosi aku sangat terganggu. Cikgu Syakir kerap menghubungi aku, kadang-kadang aku biarkan sahaja Cikgu Syakir sendiri di telefon. Aku menjadi hati batu dan keras kepala. Aku terpaksa berjumpa Cikgu Kaunselor dan mengambil masa dalam 1 bulan barulah semangat aku kembali. Tapi saat itu aku sudah tidak memiliki seorang kawan, Ejah telah bertukar ke sekolah lain kerana ibu bapanya bertugas di Perak.

Aku membawa diri cuba untuk bangkit dari kejatuhan dalam perasaan yang sangat lemah.

Pada ulang tahun kelahiran aku yang ke tujuh belas pada bulan Ogos, aku mendapat sekeping kad dari Cikgu Syakir.

'' Emm ada kad lah..'' dia mengambil kad tersebut yang di salut oleh sampul putih di sebalik celah-celah buku yang dibawanya.

'' Nampaknya kad ini istimewa, milik siapa ye?'' Cikgu Syakir membelek-belek kad tersebut. Aku buat tak endah sebab aku berasa kosong..

Kawan-kawan dalam kelas semua berteriak mengaku kad itu untuk mereka. Cikgu Syarif memang ramai peminat di kalangan pelajar perempuan. Ada yang mengaku dia adalah kekasih Cikgu Syakir. Orang itu termasuk aku, tetapi aku tidak seperti orang lain sebarkan tentang diri mereka, aku hanya mengangap untuk diri aku sahaja. Tapi aku tak tahu sejauh mana aku kekasihnya.

Saaat aku mengelamun Cikgu Syakir mendekati aku, dan mengeluarkan kad bersalut sampul putih itu kepada aku. Wajah aku bersahaja  memandang kedalam matanya yang berkaca.

Aku mengambil kad tersebut lalu meletakkan ke dalam buku teks Addmath, langsung aku tidak mengendahkannya apa isi di dalamnya. Dalam senyuman Cikgu Syakir berlalu dan pelajar kelasku bersorak.

Rohana pelajar yang mengaku dia kekasih  Cikgu Syakir cuba mencari di mana kad tersebut dengan aku. Aku buat tidak endah. Aku menyusun buku lalu meletakkan ke dalam beg.

'' Salwana mana kad tu, apa yang kekasih aku tulis dalam tu...'' tanpa segan silu Rohana berkata dengan selamba.

'' Kau tanyalah kekasih kau apa yang dia tulis dalam kad tu'' kataku bersahaja dan terus berlalu meninggalkan kelas.

Malam kelahiranku Cikgu Syakir menghubungi aku melalui telefon rumahnya. Dia berbicara lembut sekali dengan aku mengucapkan hari lahir dan menyanyikan lagu birthday untuk aku. Hatiku rasa terhibur setelah berbulan aku derita.

Aku masih ingat kata-katanya padaku. ''Salwana , sebelum Salwana jadi pelajar cikgu, Salwana telah mencuri hati saya. Kesopanan dan keayuan Salwana Sekiranya hati Salwana belum bertuan, bolehkah cikgu menjadi tuan untuk mengisi ruang hati Salwana.'' suaranya terdiam seketika. Aku jua terdiam seribu bahasa, rasanya selama ini aku tidak bertepuk sebelah tangan. Patutlah tiap kali aku menatap matanya, matanya bersinar bahagia.

Bermula saat itu aku kembali lebih bertenaga belajar dan terus belajar. Hubungan kami tiada siapa yang tahu. Di sekolah aku menjadi pelajarnya. Di telefon aku adalah kesayangannya. Hatiku berbunga-bunga rindu dan kami tidak pernah berduaan di ruang sekolah mahupun luar sekolah.

-FAMTIQ-

CINTA GILA [COMPLETE]Where stories live. Discover now