Sedang asyik dilamun cinta, pada bulan November 1997 cintaku berubah menjadi benci yang teramat benci.
Seminggu sebelum SPM aku dipanggil oleh Cikgu Zaimah. Aku agak takut dengan Cikgu Zaimah kerana dia seolah-olah tidak berpuas hati dengan aku. Ada sahaja yang tidak kena tentang aku di mata dia. Aku pernah di tunjal di kepala menggunakan jari telunjuknya dan di herdik di dalam makmal biologi di hadapan kawan-kawan kerana gagal menjawab pertanyaannya dan kesilapan dalam eksperimen yang aku lakukan.
Syaima kawan sekelasku membelaku dan Syaima terpaksa berdepan dengan guru disiplin kerana tindakannya yang tidak beradab dengan Cikgu Zaimah. Dan hal ini sedia maklum oleh Cikgu Syakir. Dia memujuk aku agar kuat, anggaplah itu semua cabaran dalam menuntut ilmu.
Berbalik tentang aku dipanggil oleh Cikgu Zaimah. Apabila aku masuk ke dalam bilik guru panitia, ramai guru panitia berada di dalam termasuklah Cikgu Syakir.
'' Assalamualaikum cikgu, cikgu nak jumpa saya ?'' Tanya aku dengan nada lembut dan sopan.
'' Datang pun awak ye. Saya dengar awak datang ke sekolah nak menggatal'' lancang sekali perkataan itu di lemparkan kepadaku. Rasanya kata-kata itu menikam seluruh jasadku. Aku terdiam dan masih tidak memahami apakah topik yang keluar dari mulut seorang wanita yang busuk hati ini.
Semua guru dalam bilik itu memandang aku, termasuklah Cikgu Syakir.
'' Awak datang sekolah nak menggatal ye? Banyak saya dengar tentang awak'' sekali lagi di ulang kata-kata itu.
''Apa maksud cikgu? Saya tak faham'' aku meminta penjelasan. Sememangnya aku tidak faham apa yang dimaksudkan dengan kata-kata itu.
'' Awak menggatal dengan Cikgu Syakir kan?''
Cikgu Syakir memandang tepat ke wajah Cikgu Zaimah. Aku kaku terdiam seribu bahasa.
'' Awak cermin diri tak? Orang badan kecil je tapi gatal. Awak jangan nak melebih. Cikgu Syakir ambil berat tentang awak sebab awak pelajar dia tak lebih dari itu.'' Cikgu Zaimah menghampiri aku, jari telunjuknya ditunjuk ke wajahku dan sesekali dia menggunakan jarinya untuk menunjal kepala aku.
Satu pembelaan pun tiada untuk aku. Cikgu Zaimah mengungkit tentang mama dan arwah ayah. Hatiku penuh dengan rasa benci, geram dan marah terhadap Cikgu Zaimah dan juga Cikgu Syakir. Cinta yang dulu berbunga-bunga berubah rasa. Kebencian mula mengikis rasa cinta terhadap Cikgu Syakir .
Suasana dalam bilik guru itu sepi hanya kedengaran penghinaan Cikgu Zaimah terhadap diriku. Maruahku dipijak sedangkan yang mengungkapkan cinta adalah Cikgu Syakir sendiri. Aku hanya memendam tanpa di perlihat mahupun diketahui orang.Tuduhan demi tuduhan di lemparkan sedangkan semua itu adalah fitnah semata-mata.
Dalam situasi tersebut tiba- tiba aku mendapat kekuatan dari penghinaan itu. Aku tidak mampu untuk menahan lagi mendengar hinaan dan carcian yang sangat tidak berasas dari seorang guru yang berpendidikan.
'' Okey. Dah habis cikgu menghina saya? '' aku menatap tepat ke dalam mata Cikgu Zaimah.
'' Ooo... menjawab, macam ni rupanya akhlak pelajar yang selama ini di puji berakhlak dan sopan...'' sindir Cikgu Zaimah.
Belum sempat Cikgu Zaimah menyambung ayatnya aku bersuara '' Cikgu nak tau tak? Saya tak pernah dan teringin untuk suka pada Cikgu Syakir apatah lagi mencintai dia......'' aku melihat kearah Cikgu Syakir, terpancar pada wajahnya perasaan kesal dan tidak menyangka baris-baris ayat itu keluar dari mulut aku perempuan yang sangat dia cintai.
'' Kalau cikgu nak ambil Cikgu Syakir jadi anak ikan cikgu pun saya tak kisah, bukan masalah saya. Lagi pun Cikgu Syakir bukan siapa-siapa pada saya.'' dengan lantang aku bersuara.
''pap!'' satu tamparan melekat di pipi aku. Telinga aku berdengung, Cikgu Syakir terkejut akan apa yang berlaku dan terbangun dari kerusinya.
'' Terima kasih cikgu, atas apa yang cikgu hadiahkan kepada saya.'' Aku terus keluar bilik tersebut tanpa berpaling kebelakang. suasana bilik guru itu agak tegang. itu bukan sudah urusan aku lagi. Di situ aku sudah membela diriku.
Seperti remaja perempuan yang lain, aku masuk ke dalam tandas untuk melepaskan perasaan. Aku menangis teresak-esak ingat akan tuduhan yang tidak berasas. Hampir satu jam aku berada di dalam tandas hingga loceng menandakan waktu pulang berbunyi. Aku membiarkan supaya semua orang pulang dari sekolah. Jam ditangan menunjukkan pukul 3.30 petang, suara derap kaki pelajar atau guru tidak lagi kedengaran. Aku dengan perlahan-lahan keluar dari tandas menuju ke kelas untuk mengambil beg.
Langkah kakiku untuk keluar dari pagar sekolah terasa amat berat. Suara dan kata-kata hina oleh Cikgu Zaimah masih terdengar-dengar di telingaku. Aku menunggu di perhentian bas, tanpa mengetahui siapa yang aku tunggu.
-FAMTIQ-