Dua hari selepas kejadian itu, Cikgu Syakir menghubungi aku dan meminta maaf dengan apa yang berlaku. Cikgu Syakir sendiri tidak pasti daripada manakah datangnya khabar itu hingga ke pengatahuan Cikgu Zaimah.
Aku hanya mendengar apa yang dibicarakan Cikgu Syakir tanpa sebarang balasan.
'' Okeylah cikgu, saya mengantuk lagipun esok saya nak ke sekolah. Nak menggatal.'' terus aku menghempas ganggang telefon.
SPM pun berlalu, aku dengan jiwa yang bercelaru dan perasaan yang tiada rasa. Berkali Cikgu Syakir menghubungi aku, tapi aku tidak mampu menjawabnya. Selang beberapa minggu Cikgu Syakir datang kerumah, ingin berbicara dengan aku dari mata ke mata.
Saat itu mama ada disisi ku.'' Aima sayang, abang minta maaf banyak-banyak bukan abang tak nak memebela Salwana, tapi abang tak tahu nak kata apa dengan tindakan Cikgu Zaimah. Maafkan abang Salwana.'' Bergenang air mata Cikgu Syakir meraih simpati aku.
'' Cukuplah cikgu, menyampah saya tengok muka cikgu. Hubungan kita tak disenangi orang... saya pun dah fikir masak-masak, saya tak rasa cikgu boleh menjadi tuan yang baik untuk bertapak dalam hati saya.'' Tanpa setitis pun air mata aku curahkan pada cinta yang telah merobek hatiku.
'' Jangan macam tu sayang, abang betul-betul cintakan Salwana, esok abang akan mintak mak datang melamar Salwana.'' Cikgu Syakir terus memujuk, langsung dia tidak peduli akan mama yang berada di sisi ku.
'' Cikgu hati saya sudah mati untuk cikgu..''
'' Tolonglah sayang, bukan Salwana saja yang terseksa dengan apa yang terjadi, abang juga terseksa. Hidup abang tak terurus, tolong maafkan abang'' Cikgu Syakir turun dari kerusi tempat duduk dan melutut berhampiran kaki ku. Mama terkejut melihat tindakan Cikgu Syakir.
'' Tak apalah cikgu, cikgu balik dulu. Nanti sejuk hati Salwana kita bincang semula, bangunlah.'' kata mama seakan-akan memujuk.
''Tak mama, cikgu ni dah mati pada Salwana. Setiap kali Salwana tatap wajah dia setiap kali itulah kata-kata Cikgu Zaimah itu SSalwana terdengar.'' Aku dengan lantang bersuara.
''Salwana! Mama tak ajar Salwana kurang ajar..'' Tinggi suara mama. Aku terdiam.
'' Abang balik dulu, nanti abang akan datang lagi bincang pertunangan kita.'' Kata Cikgu Syakir.
''Bertunaglah kau seorang, aku tak ingin kau jadi laki aku!'' Aku menjerit lalu berlari masuk ke bilik. Aku mendengar esakan Cikgu Syakir, aku tak tahu kenapa hatiku begitu keras untuk memberi peluang maaf padanya. Aku masih muda berdarah panas, berkata mengikut amarah, Cikgu Syakir sembilan tahun lebih tua daripada aku. Jadi dia lagi sabar dari aku, perasaan benciku membuak-buak, andai saat ini ada pisau di tanganku ada senjata mahu sahaja aku menikam- nikam Cikgu Zaimah kerana membunuh hatiku.
Memang aku tidak akui berkarung-karung aku maki hamun Cikgu Zaimah kerana dialah aku menjadi kekasih yang berhati batu. Aku juga tidak faham kenapa aku begitu benci dengan kata maaf Cikgu Syakir.
Suatu ketika saat aku berjanji akan menjadi isteri untuk Cikgu Syakir aku pernah membualkan hal-hal cinta dan hidup yang bakal aku lalui nanti dengannya.. Sebelum kejadian itu Cikgu Syakir juga telah membeli sebuah rumah untuk dijadikan tempat tinggal aku bersamanya.
Aku tahu dia sangat cintakan aku. Akulah cinta pertamanya dan dia jatuh cinta dengan aku saat kali bertama aku bertembung di hadapab bilik kemahiran hidup, itulah pengakuannya terhadapku. Dia juga pernah memberi aku diari yang pernah di catat tentang aku saat dia mula-mula jatuh cinta dengan ku, ketika itu usiaku baru 15 tahun.
Cuma yang menjadi kebencianku, kenapa kau tidak membela aku saat aku di hina, di herdik, di pijak-pijak maruah aku dan keluargaku. Aku tak perlu untuk kau menyatakan kau cinta padaku di hadapan Cikgu Zaimah, aku cuma nak kau pertahankan aku, memberi tahu itu fitnah ataupun itu adalah cinta monyet, ataupun itu mungkin sekadar khabar angin untuk rosakkan prestasi aku sebagai pelajar cemerlang, itu sudah cukup bagi aku. Aku tidak minta untuk kau luahkan cintamu yang menggunun untukku.
Sekadar lindunggi aku sudah memadai.
-FAMTIQ-