Pada tahun 2003 di bulan Jun aku pergi ke Kuala Lumpur untuk bercuti dengan kawan-kawan. Sesampai aku di Bangsar, aku bertemu dengan Kak Teh yang mana sekarang telah menjadi seorang peguam di Agensi Swasta di Bangsar, Kuala Lumpur.
Pertemuan yang tak dirancang ini menyebabkan aku dan dua orang sahabat aku bermalam di rumah Kak Teh yang agak tidak jauh dari Mid Velly pusat membeli belah yang besar. Pada waktu petang Ahad, aku berjalan-jalan di sekitar taman bersama Kak Teh dan sahabat-sahabatku, Tina dan Salina.
Sesampai di rumah kami mengganti pakaian dan bergerak pergi ke Mid Velly untuk membeli sedikit keperluan dan memanjakan diri. Dalam situasi yang riuh rendah, tiba-tiba datang seorang perempuan bertudung labuh menyapa ku.
'' Assalamualaikum, Salwana kan?'' sambil menghulurkan tangan bersalaman dengan ku. Aku teragak-agak kerana aku seperti mengenali wanita yang berada di hadapan ku tetapi aku tidak ingat.
'' Saya Cikgu Aqilah'' senyuman dilemparkan kepadaku ikhlas dan mesra.
'' Maaf cikgu, saya tak perasan'' Aku menyambut mesra, dia memelukku erat.
'' Jauh cikgu, sampai di sini. Sorang aje ke"?
"Saya sekarang ditukarkan ke Kuala Lumpur. Saya datang dua orang je"
Aku terdiam seketika, mahu ditanya Cikgu Syakir nanti tentu rasanya menyibuk suami orang. " Tahniah cikgu kerana dapat ditukarkan disini" ucapku ikhlas.
" Salwana... Saya dan Cikgu Syakir dah berpisah. Kami berkahwin selama lapan bulan je, selepas itu kami membawa haluan masing-masing''
Aku menutup mulutku, sangatlah terkejut dengan apa yang aku dengar. Bermakna hampir setahun lebih Cikgu Syakir menduda.
'' Ya Allah, saya tak tahu. Maafkan saya cikgu'' Aku rasa bersalah.
" Kami berpisah dengan cara baik, lagipun saya terima ketentuan Allah untuk hidup saya. Alhamdulillah saya sekarang sudah pun menjadi seorang isteri.'' senyuman Cikgu Aqilah menguntum untuku.
''Tahniah cikgu'' Aku membalas senyuman Cikgu Aqilah.
Sejak pertemuan itu, hati aku sentiasa berdebar-debar mengingati Cikgu Syakir. Cinta pertamaku yang aku tinggal kerana salah mereka yang zalim, aku menghukum kekasih ku. Aku menghubungi mama dan menceritakan tentang hal itu setelah menemui Kak Teh di Kuala Lumpur.
Mama meminta supaya aku jujur adakah masih tersisa cinta di hati aku untuk Cikgu Syakir. Aku malu untuk menyatakan hal itu, aku terdiam. Aku hanya berdoa supaya dia sentiasa sihat dan bahagia dengan caranya sendiri. Seandainya dia adalah jodohku pasti dia akan datang mencariku.
**
Sekarang dunia semakin canggih. Ramai yang menggunakan telefon bimbit dan boleh dikatakan keperluan dalam kehidupan seharian. Sudah semestinya Cikgu Syakir juga memiliki telefon bimbit.Pada malam kelahiranku, iaitu lima haribulan Ogos aku menggunakan telefon bimbit ku lalu menghubungi Cikgu Syakir. Aku sudah tahu akan sia-sia aku menghubungi dia kerana sudah pasti Cikgu Syakir menukar nombor telefon rumahnya. Tetapi, tidak ku sangka, nombor rumah masih di gunakan. Beberapa kali bunyi deringan aku pun mendengar suara kanak-kanak yang mengangkatnya. Aku mula berbicara dan bertanya. " Cikgu Syakir ada?"
'' Oh! Nak cakap dengan Ayah Ngah ye, kejap ye"
"Assalamualaikum" kali ini bukan suara Cikgu Syakir tetapi suara seorang wanita yang agak berumur.
" Waalaikumusalam, Cikgu Syakir ada tak puan?" pertanyaanku ringkas.
" Cikgu Syakir dah tidur ni, dia tak sihat. Awak ni siapa? Ad anak tinggalkan apa-apa pesanan? Nanti makcik sampaikan pada Cikgu Syakir ye." Nadanya bersahaja.
" Tak apalah makcik, esok saya call semula. Saja je saya telefon nak tanya khabar.. Saya bekas pelajar Cikgu Syakir."
" Salwanaaaa?"
Tiba-tiba soalan itu menyerap ke hatiku. Aku terdiam seribu bahasa, serba salah aku di buat dengan persoalan itu.
" Yaa... makcik, saya Salwana." Jawapku tergagap-gagap.
" Tak pe nak, mak cik kejutkan Cikgu Syakir, dah lama dia tunggu Salwana call dia, Tiap hari dia tanya mak cik ada tak Salwana call. Kejap ye makcik kejutkan dia"
Hatiku berdegup kencang. Tak sampai beberapa minit aku mendengar suara yang sangat aku rindui begitu garau. " Assalamualaikum Salwana! Ya allah rindunya abang dekat sayang. Selamat hari lahir sayang, abang tak pernah lupa setiap kali tibanya hari lahir sayang..." suaranya ada tersekat-sekat menahan esakan.
" Waalaikumussalam abang. Terima kasih masih ingat hari kelahiran Salwana!" Aku terasa syahdu dengan caranya yang tidak pernah berubah melayan kerenah ku yang keras kepala.
Abang.. Salwana sayang abang.
-FAMTIQ-