BAB 9

267 11 0
                                    

Pada Ogos dua puluh satu haribulan aku menamatkan zaman bujangku dengan cinta pertamaku pada tahun dua ribu empat, Begitu dalam nilai cinta yang terpahat di hati Cikgu Syakir terhadap aku. Kegilaan cintanyan padaku tidak dapat di terima akal. Aku menjadi permaisurinya ketika dia berusia tiga puluh tiga tahun dan aku dua puluh empat tahun.

Sekarang usia perkahwinan ku telah mencapai sembilan belas tahun dan dikurniakan dua orang cahaya mata yang sangat cantik dan kacak seperti ayahnya yang handsome, Cikgu Syakir atau nama lain. Suamiku.

Bermula saat itu, aku menyambung semula hubungan yang aku putuskan. Rupanya begitu kuat cinta yang aku tinggalkan pada Cikgu Syakir. Sehinggakan tiada siapa yang dapat membuka ruang di hatinya untuk menyingkir aku keluar dari segenap tapak cinta di hatinya.

FLASHBACK

Semasa minggu akhir semester kelima, aku melamgsungkan pertunangan di rumah Kak Teh di Kuala Lumpur. Majlis kami kecil-kecilan sahaja memandangkan ahli keluarga Cikgu Syakir ramai yang menetap di Kuala Lumpur. Sebelah aku hanya di hadiri oleh ahli keluarga dan pak long sebelumya abang kepada arwah ayah.

Selama aku berpisah dan meninggalkan Cikgu Syakir tidak pernah lagi aku menatap wajahnya yang asli, dan pada malam sabtu itu aku melihat dengan jelas wajah Cikgu Syakir yang berseri-seri, gembira dan ceria. Senyumannya membuatkan jantungku berdegup kencang, rindu aku padanya kembali merimbun berbunga dan mengharum menyerap di setiap urat sarafku. Sungguh aku mula menyintainya lagi seperti zaman remajaku

END FLASHBACK

Aku masih ingat saat aku di ijab kabulkan.Selesai majlis akad nikah, Cikgu Syakir menangis teresak-esak sambil memeluk ibunya, kucupan pertama yang diberikan di dahiku terasa begitu syahdu, ikhlas dan rasa syukur yang tidak terhingga.

Di pelamin matanya selalu melirik  wajahku, mulutnya tidak berhenti memuji kejelitaan ku seolah-olah berzikir. " Sayang abang yang tercinta, terima kasih kerana sudi menjadi isteri abang. Cinta abang tak pernah berakhir untuk sayang, saat abang pijak pelamin ini bersama sayang, abang berjanji tidak akan membawamu ke dalam penderitaan dan penyesalan dengan penyatuan ini... Abang sangat mencintaimu." Itulah ucapan yang diungkapkan Cikgu Syakir di hadapan khalayak ramai yang membuatkan aku mengalirkan air mata.

Mama turut menangis saat mendengar kata-kata cinta yang tulus ikhlas dari menantunya, Ahmad Syakir .

Ini Nurkilan yang disimpan Cikgu Syakir dan merupakan hadiah perkahwinan aku dan dia.

" Isteriku tercinta.

Akhlakmu mengikat hatiku untuk
terus setia padamu,
warna wajahmu membangkitkan
cahaya cintaku yang paling dalam untukmu.

Senyumanmu mempamerkan kerinduan
buat jiwaku yang ketandusan.

Tiada ungkapan yang paling
bernilai.

Cintaku tidak pernah mati untukmu
namun ia merimbun dan
tidak pernah keguguran
kaulah nyawa dan jasadku "

TAMAT

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA CERITA YANG TIDAKLAH SEBERAPA INI. MOHON MAAF SEKIRANYA ADA KESILAPAN EJAAN DAN PENGGUNAAN BAHASA. SEKIAN DARIPADA SAYA.

JUMPA DALAM CERITA YANG LAIN PULA.   FAMTIQ

CINTA GILA [COMPLETE]Where stories live. Discover now