BAB 7

189 11 1
                                    

Aku memulakan hari dengan berbaring. Hampir masuk bulan ketiga perkahwinan Cikgu Syakir dan aku perlahan-lahan mula melupakannya.

Tiba-tiba aku menerima panggilan dari seorang wanita. '' Assalamualaikum, boleh saya bercakap dengan Salwana?'' lembut dan begitu sopan suaranya.

'' Ya saya Salwana. Boleh saya tahu siapa ya yang sedang bercakap?'' suaranya tidak asing bagiku.

'' Saya Aqilah'' suaranya terdiam.

''Aqilah? emm, maaf saya tak kenal lah'' aku berbicara jujur.

'' Saya isteri Cikgu Syakir.'' suaranya terhenti lagi.

Darahku berderu, turun hingga ke kaki..

'' Ooo Cikgu Aqilah, apa khabar cikgu?'' aku menanyakan dengan tenang, sebenarnya aku hampir terlepas ganggang di tanganku.

Perkabarannya tidak di jawab, aku dapat merasakan ada sesuatu yang ingin Cikgu Aqilah beritahu kepada aku.

'' Salwana, saya tahu siapa awak di hati suami saya, awak hadir sebelum saya. Sungguhpun saya langsung tidak mengetahui hal ini'' suaranya sayu.

'' Tak, saya yang tinggalkan Cikgu Syakir hampir 4 tahun sebelum cikgu menjadi isteri  Cikgu Syakir. Maafkan saya sekirannya kenangan itu  menggangu perkahwinan cikgu '' kataku seakan kesal.

'' Bukan itu maksud saya Salwana, jika di hati Salwana masih ada ruang untuk Cikgu Syakir saya Aqilah dengan senang hati ingin melamar Salwana sebagai isteri Cikgu Syakir. Kita bermadu'' Bahasanya tersusun dan jelas.

'' Ya Allah, sedikit ruang pun tiada untuk Cikgu Syakir. Saya tinggalkan dia kerana Allah dan saya tidak ada sedikit niat pun untuk menjadi orang ketiga antara cikgu.'' Aku merasakan seolah-olah  duniaku gelap.

'' Salwana betapa dalamnya cinta yang terpendam dalam hati Cikgu Syakir pada Salwana. Saya isterinya tidak mampu untuk berada di hati dia seperti mana Salwana bertahta di hatinya'' suaranya sebak. '' sejak saya menjadi isterinya, tidak pernah sekalipun dia menyentuh saya sebagai seorang isteri''

Di corong telefon itu aku dapat mendengar esakan yang sangat terkilan dari seorang isteri. '' Boleh saya dapatkan no telefon Cikgu Syakir ?'' Tanya ku kerana aku memang tidak ada nombor baharunya.

'' Masih nombor yang sama Salwana, Cikgu Syakir tak pernah ingin menukar nombor telefonnya. Sampai kini dia masih menanti Salwana mengghubunginya.''

'' In sya Allah, esok saya akan hubungi Cikgu Syakir selepas waktu isyak, Assalamualaikum''

'' waalaikumusalam''

Aku meletakkan ganggang telefon. Sekarang baru aku menyedari, bukan seorang yang telah aku lukai, malah hati hati perempuan lain juga. Aku langsung tidak menyangka ini yang akan terjadi pada perkahwinan Cikgu Syakir yang pernah menjadi raja di hatiku.

Seperti yang dijanjikan aku menghubungi Cikgu Syakir. Dengan sekali deringan sahaja sudah di angkat olehnya.
'' Assalamualaikum Salwana, Apa khabar? '' Itulah ucapan yang disuarakan kepada ku.

'' Waalaikumusalam, alhamdulillah saya sihat.''

'' Salwana tau tak, bertahun tau abang menanti Salwana menghubungi abang. Rindu abang pada Salwana sangat menyeksa diri dan jiwa abang'' Dia menangis tersedu-sedu.

Aku rasa amat bersalah dengan apa yang terjadi, kenapa aku terlalu kejam dalam menghukum orang yang benar-benar menyintai aku? Kenapa aku menyeksa orang yang pernah aku cintai. Tetapi aku tidak mampu menipu diriku, aku tidak boleh terima  cintanya lagi.

Di corong telefon, kedengaran suara tangisan  yang tersedu sedan. Aku cuba untuk bersuara  supaya dapat mengubat hatinya.

'' Abang, maafkan saya kerana abang terpaksa derita begini. Saya terlalu pentingkan diri. Maafkan saya.'' kali ini aku sungguh menyesal. Sesalan ini tidak dapat ku padamkan.

'' Tidak, sayang tidak sala. Abang yang salah tidak mempertahankan sayang, kerana abang sungguh tidak menyangka tindakan abang itu tiada maaf buat sayang''

'' Cikgu Syakir biarlah sejarah cinta kita ini menjadi kenangan buat kita. Lupakan saya bina lah hidup baharu dengan isteri abang. Dia tidak bersalah, nikmatilah hidup abang sebagai suami isteri, jalankan tanggungjawab abang sebagai seorang suami'' belum habis ucapan aku terus Cikgu Syakir menyambung.

'' Abang mendekatinya. Abang rasa berdosa kerana abang nampak sayang, bukannya isteri abang. Abang tahu itu juga berdosa sayang''

Dengan kejujuran bicaranya, aku faham dia berusaha untuk melupakan aku dan menjalankan tanggungjawab terhadap isterinya. Tetapi kerana cintanya yang dalam terhadap aku, semua itu menjadi halangan untuk dia melupakan cintanya padaku. Jujur aku menyatakan, sungguh aku memberikan hatiku padanya suatu ketika dulu dengan keikhlasan tidak pun aku memberinya kerana dia memeliki wajah yang tampqn dan dia memeliki pekerjaan yang menjamin masa depan. Seperti mana aku difitnah oleh Cikgu Zaimah suatu ketika dahulu.

Siang dan malam berlalu, rinduku terhadap Cikgu Syakir kembali berputik. Tetapi sudah terlambat. Dia sudah memiliki isteri yang berusaha membuang aku dari hati suaminya. Sejak kebelakangan ini aku sering mimpikan Cikgu Syakir, datang dan menggosok tangan ku, mengucup tangan ku dan pergi dengan senyuman yang menguntum bahagia.

Aku mentafsirkan , yang Cikgu Syakir mungkin telah mengecapi kebahagiaan bersama Cikgu Aqilah. Hari berlalu bulan silih berganti dahan dan ranting
sudah bercabang-cabang rimbunan dedayn silih berganti. Malah di hatiku masih tertanya-tanya apakah khabar bekas kekasihku.

CINTA GILA [COMPLETE]Where stories live. Discover now