"so, adam suruh tangkap gambar. Yang ni nak tangkap juga ke? Jijik wei" adrian bertanya sambil buat muka geli." ambik jela.. Mana la tahu berguna utk adam satu hari nanti. " kata ashle.
Adrian dengan muka tak rela nya mengambil gambar melinda dengan rafiq yg sangat mengaibkan.
'buta mata aku.. Mak ampun mak' adrian berteriak dalam hati.
Selepas menangkap gambar dua pasangan yang beromen itu, mereka mengambil keputusan utk melakukan pemantauan dalam kereta shj. Tak sanggup mereka menjadi penonton tak berbayar dua manusia itu..
❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️
Keesokan hari - 8.00 am (Adiz's corp)
Seorang gadis berdiri terpegun di hadapan bangunan 10 tingkat itu. Dia berdiri tak percaya betapa megah nya syarikat itu. Terus rasa macam gerun nak kerja kat sana. Mana la tahu bos nya menyeramkan. Tanpa dia sedari memang menyeramkan pun bakal bosnya.. Haha..
Gadis itu berjalan anggun menuju kaunter pertanyaan.
" erm.. Tumpang tanya. Kat mana nak interview utk bahagian engineering? " tanya gadis tersebut kepada pekerja bernama Julia tersebut.
" tingkat 10 " balas julia sambil menjeling gadis tersebut. Dia sedikit tergugat dengan penampilan gadis itu yang sangat cantik tanpa perlu mekap yang tebal. Hanya mengenakan inner tanpa lengan berwarna putih kemudian di lapis dengan blazer singkat berwarna merah hati di padankan dengan seluar slack hitam dan kasut tumit tinggi berwarna merah. Rambutnya yang berwarna keperangan pulak di lepaskan shj. Wajahnya hanya di touch up sedikit bedak berserta lipbalm yang menyerlahkan kecantikan semula jadinya.
'mak aii sombong gila pekerja kat sini' getus hati Raisya. Ya, gadis itu adalah raisya. Dia datang untuk interview menggantikan posisi Jessica. Dia tersenyum kecil kepada julia lalu bergerak menuju ke lift.
Sampai di tingkat 10,dia menuju ke meja yg bertulis PA, Aziera.
"assalamualaikum, kak. Saya nak tanya. Kat mana nak interview bahagia engineering ya? " kata raisya kepada gadis bernama azie tersebut.
" waalaikumsalam. Erm.. Jap saya tanya tuan Adam dulu. " azie yang sedang tekun menaip sesuatu di laptopnya mendongak dan tersenyum sambil menjawab. Sempat dia memuji kecantikan gadis tersebut.
Tok! Tok! Tok!
" masuk... "
" tuan, ada gadis datang nak interview posisi engineer.dia tengah tunggu kat luar. " azie menyatakan tujuan nya masuk ke office adam.
Adam yang fokus menatap laptopnya terus mengangkat wajah apabila mendengar perkara tersebut. Dia menutup laptopnya lalu menyuruh azie utk menyuruh gadis itu masuk.
" let her in.. " kata Adam.
" baik tuan"...
Azie pantas memanggil raisya untuk masuk ke office adam.
"cik boleh masuk.. Silaa.. " kata azie sambil tersenyum manis.
" thanks " ujar raisya sambil membalas senyuman azie. Dengan penuh debaran, raisya mengetuk pintu office C. E. O tersebut.
" come in " terdengar suara dari dalam. Raisya membaca bismillah lalu masuk ke office itu. Kelihatan seorang lelaki sedang duduk membelakangi dirinya.
" ehem.. Assalamualaikum tuan. Saya Qistina Raisya, yang datang untuk interview menggantikan posisi Jessica sebagai engineer.." dengan satu nafas, raisya menyatakan tujuan kedatangannya ke syarikat itu.
YOU ARE READING
Adisya Love : the perfect heart's combination
RomanceAdam Luiz Nama yang menjadi kegilaan wanita-wanita. Seorang yang beku, dingin, dan sangat anti terhadap wanita kecuali umi dan adik bongsu kesayangannya. Pemilik syarikat Adiz corp. Namun,rahsia terbesar nya adalah sisi gelap yang tiada sesiapa tah...