Seorang gadis kelihatan sedang keluar dari sebuah kedai runcit. Dia berjalan sambil bernyanyi kecil menuju ke rumah nya. Tiba di simpang jalan menuju rumah nya, kelihatan dua remaja lelaki sedang lepak.
Salahsatu dari lelaki itu melihat ke arah gadis tersebut.
" wei, ijam. Awek cun la. Usha nak tak? Body mantap tuh." kata lelaki yang bernama dani sambil tersengih jahat.
" Boleh jugak. Aku dah lama tak rasa lauk ni. " kata ijam juga dengan muka miangnya.
Mereka pun mendekati gadis tersebut.Gadis itu pulak hanya beriak tenang plus menyampah.
" Hai awak, seorang je ke? Boleh abang temankan? " kata ijam sambil ketawa kecil.
'' No, thanks." jawab gadis tersebut sambil senyum menyampah.
" Amboi, sombongnya cik adik manis. Buat abang makin geram tengok adik ni..hahaha." kata dani pulak lalu cuba menyentuh tangan gadis tersebut. Namun gadis tersebut pantas menepis.
"Jangan berani sentuh saya. Baik abang berdua blah sebelum jadi apa-apa yang tak diingini. "gadis itu berkata tegas sambil memberi amaran kepada mereka.
Ijam dan Dani berpandangan sebelum masing-masing tertawa sambil membuat muka mengejek.
" wow.. Ganasnya hmm.. Sebelum jadi apa tu adik? Abang tak sabar nak tahu nie.. Hehe " kata dani lalu melihat gadis tersebut atas bawah dengan pandangan penuh nafsu.
" tch. Buang masa. " gadis itu mendecit lalu berlalu meninggalkan dua lelaki gila nafsu tersebut. Namun, tiba-tiba tangannya di tarik oleh dani. Gadis itu terkejut lalu terus merentap tangannya lalu menghadiahkan pandangan membunuh kepada lelaki tersebut.
" auch. Menusuknya pandangan adik.. Takut abang.. Hahahaa..marilah teman abang berdua. " kata ijam lalu mencuba sekali lagi menarik tangan gadis itu. Namun kali ini gadis itu tidak berdiam diri.
Dia menarik tangannya lalu menendang perut ijam dengan kuat hingga terjatuh. Dani yang melihat itu cuba menahan gadis tersebut dari belakang. Namun belum sempat menyentuh, gadis itu menyiku dagu Dani lalu menarik tangan nya dan menghempaskan Dani ke atas tanah.
"kan dah cakap jangan kacau. Sedap tak? Nak lagi tak? Heh.. Ni qistina Raisya la.. Takde sape berani kacau. So abang-abang berdua sila la ambil duit ni dan pergi klinik sna ye, bye muahh.. " kata gadis tersebut sambil menepuk-nepuk pakaian nya yang berdebu.
Ya. Gadis itu adalah Qistina Raisya. Anak Encik malik dan Puan salmah. Dari kecil lagi dia dan abangnya sudah dilatih oleh ayah mereka seni mempertahankan diri.
Raisya menghulurkan duit rm100 kepada Ijam dan Dani sambil tersenyum manis. Dani dan ijam hanya diam sambil berkerut menahan sakit.
❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️❇️
"Assalamualaikum, yuhuu.. Qis dah balik ni. Mak, abah, abang... "laung Raisya.
Laju kakinya menapak masuk ke rumah mereka. Kelihatan encik Malik, abahnya sedang menonton berita tv di ruang tamu.
" Waalaikumsalam. Balik pun kmu Qis.. Ni kenapa lambat ni? " soal abahnya.
" hehe.. Tadi ada hal kat jalan abah..tu yg Qis lambat tu.. Mak mna abah? " kata Raisya sambil tersengih menggaru keningnya.
" ada tu kat dapur sana. Tengah masak.. " Abahnya menjawab sambil menggelengkan kepala. Ada-ada je anak gadis nya seorang.
" oh. Nak p tolong mak la. Okay abah.. " Raisya tersenyum dan berlalu ke dapur.
![](https://img.wattpad.com/cover/360576130-288-k384529.jpg)
YOU ARE READING
Adisya Love : the perfect heart's combination
RomanceAdam Luiz Nama yang menjadi kegilaan wanita-wanita. Seorang yang beku, dingin, dan sangat anti terhadap wanita kecuali umi dan adik bongsu kesayangannya. Pemilik syarikat Adiz corp. Namun,rahsia terbesar nya adalah sisi gelap yang tiada sesiapa tah...