cuba lagi ⋆.ೃ࿔*:・

170 23 55
                                    

-ˋˏ ༻❁༺ ˎˊ-

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-ˋˏ ༻❁༺ ˎˊ-

── ⋆⋅ 𝓟𝑟𝑜𝑙𝑜𝑔 : cuba lagi. ⋅⋆ ──

🌼

❀ — 𝓓igalakkan untuk mengguna latar belakang putih untuk pengalaman yang lebih baik.

❀ — 𝓒erita ini merupakan fiksi semata - mata, nama, tempat serta kejadian di dalam cerita ini tidak melibatkan mana - mana pihak. Sama ada yang hidup, ataupun sudah tiada.

❀ — 𝓓isyorkan untuk membaca buku ✧. ┊ pelangi . 𝓗𝑢𝑎𝑛𝑔 𝓡𝑒𝑛𝑗𝑢𝑛 .. terlebih dahulu sebelum membaca buku ini. Jalan cerita mungkin akan bersambung di dalam buku ini, tapi kalau tak nak pun tak apa.

❀ — 𝓢egala kesalahan tatabahasa, typo dan seangkatan dengannya mohon dimaafkan. Penulisan di dalam cerita ini berdasarkan imaginasi penulisnya sendiri. Tidak digalakkan untuk meniru setiap bait penulisan di dalam buku ini.

❀ — 𝓢elamat membaca <3

🐢. sarangaths, 2024

˚ ༘♡ ⋆。˚ ❀

LANGIT cerah menjadi sapaan dua insan tersebut di pagi hari. Langit pun cerah, tapi masa depannya gelap.

Ini semua akibat tingkah ibunya yang membawa dirinya datang bertandang ke sekolah pada waktu cuti sekolah.

"Umi, nanti Wasim nak pergi solat Jumaat. Buat apa datang sini waktu cuti sekolah?"

Puan Syifa, umi, hanya tersenyum sambil menatap wajah anaknya yang cemberut berat itu. Dari menapak masuk kawasan sekolah ini, mukanya tiada seri langsung.

"Alah, hari ini umi nak jumpa dengan cikgu pengawas tu. Umi nak Wasim jadi pengawas. Umi kenalah berbincang dengan cikgu kamu dulu."

Wasim memandang ke arah ibunya yang berbadan dua. Sudah mengandung hampir sembilan bulan pun makin giat berjalan uminya ni. Tak pernah dia melihat ibunya mengeluh berat.

Apapun, dia berharap yang rancangan ibunya membuahkan hasil yang bagus. Sejujurnya, dia malas mahu menjadi pengawas sekolah. Pengawas disiplin.

Menurutnya warna baju pengawas disiplin itu teramatlah pelik. Meskipun dia seorang sahaja pelajar lelaki yang mendapat peluang untuk menjadi pengawas dari kelasnya, dia masih mahu menolak jawatan tersebut.

Sudah beberapa minit dia berjalan bersama umi, akhirnya tiba di satu tempat yang tak asing baginya.

Kelas Tingkatan 2 Arif.

✧. ┊ cuba lagi. 𝓗𝑢𝑎𝑛𝑔 𝓡𝑒𝑛𝑗𝑢𝑛 ..Where stories live. Discover now