-ˋˏ ༻❁༺ ˎˊ-
BUNYI enjin motor sekilas memenuhi setiap pelusuk ruangan rumah sederhana tersebut. Haris mengeluarkan kantung plastik berwarna merah jambu yang berisikan aiskrim berperisa vanilla dan coklat.
Itu untuk Kirana dan Wasim. Mereka berdua sudah dirawat oleh Nek Yusra yang tinggal sekali di dalam rumah bersaiz sederhana itu. Oh, Haris dan Kirana adalah pasangan sepupu. Jadi, dengan kehadiran cuti semester tersebut, mereka memutuskan untuk berada di rumah Nek Yusra.
Mereka lebih memilih untuk menemani sosok Nek Yusra yang berada di halaman kampung tersebut. Tidak jauh pun lokasinya, hanya di perdalaman kampung Kubang Jawi sahaja.
"Yay, aku menang lagi!"
Kedengaran suara sorakan nyaring dari dalam rumah mengejutkan Haris yang baru sahaja menaiki anak tangga satu persatu. Dia menjenguk ke dalam rumah.
Ada sosok tubuh Ilham dan Kirana yang sedang bermain congkak. televisyen masih menyala. Baru sahaja dia mahu membebel persis ibu ibu, tapi lihat saja sosok Wasim yang baru mengambil tempat di sofa berhadapan dengan televisyen, niat tersebut hilang begitu sahaja.
Haris menyerahkan plastik aiskrim tersebut kepada Wasim. Pemuda itu seakan - akan sudah tahu. Haris membelikannya aiskrim kon. Dia mencapai aiskrim kon berperisa vanilla.
Secara kebetulan Kirana bangun dari duduknya setelah habis habisan dikutuk Ilham kerana asyik kalah ketika bermain congkak bersamanya. Dia mendekati keberadaan Wasim untuk mengambil aiskrim.
Pemuda polos yang tidak tahu erti apa gadis berambut pendek itu mendekatinya, dia mengundur kebelakang sambil gagahkan dirinya untuk menikmati aiskrim yang tersisa sambil menonton tayangan kegemarannya.
Habis plastik aiskrim tersebut direntap dari lengan kanan Wasim. Gadis tersebut menjeling Wasim tak suka. Menyampah betul nampak muka dia sahaja di sini.
"Eh, mana aiskrim vanilla aku?" Tanya Kirana. Wajahnya ditoleh, memandang ke arah Haris yang baru sahaja keluar dari bilik tidurnya. Secara teknikal, bilik tersebut memuatkan tiga orang. Iaitu Haris, Wasim dan Ilham. Maknanya, bilik tersebut mungkin ada menjadi salah satu hutan rimba yang dihuni pelbagai jenis spesis haiwan.
"Aih, aku beli sudah. Kau tak nampak ke?"
Wasim sudah menunduk. Dia yang mengambil aiskrim vanilla gadis itu. Tak tahu pula ada orang lain yang menyukai aiskrim vanilla selainnya.
Kirana pun berfikiran yang sama. Fikirnya, tiada orang lain yang menyukai aiskrim berperisa vanilla dari dirinya.
"S-sorry, aku terambil aiskrim kau," ujar Wasim. Dalam senyap dia sudah mengutuk dirinya sendiri akibat melakukan sesuatu tanpa berfikir.
"Hm, tak apalah,"
Wasim mengeluh lega. Tak ada beban yang terasa di bahunya lagi. Kirana boleh menerima kesalahan yang dibuatnya. Seketika minda dua insan berlainan jantina tersebut menyinggah tepat di mana hari yang mereka tertukar minuman air kopi susu tersebut.
YOU ARE READING
✧. ┊ cuba lagi. 𝓗𝑢𝑎𝑛𝑔 𝓡𝑒𝑛𝑗𝑢𝑛 ..
Fanfiction❀ - 𝓣api aku tak suka kau, ༊*·˚ 𝓞riginally 𝓑y sarangaths 𝓢equel 𝓞f 𝓟elangi 𝓟elangi 𝓢eries 𝓢tart : 220124 𝓔nd : 250324 𝓐 𝓗𝑢𝑎𝑛𝑔 𝓡𝑒𝑛𝑗𝑢𝑛 𝓐u, 2024