05 ⋆.ೃ࿔*:・

32 11 19
                                    

-ˋˏ ༻❁༺ ˎˊ-

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-ˋˏ ༻❁༺ ˎˊ-

DIA menyandarkan badannya ke atas kerusi tersebut. rasa penat menyelubungi dirinya. Walaupun dia hanya bersenang - senang di kedai buku tersebut, rasa penat asyik menyinggah pada dirinya. Bahkan tidak melakukan apa - apa pun memenatkan dirinya.

sehelai kertas yang penuh dengan tulisan milik Wasim dilihat sebentar. Dia berselisih sebentar dengan Wasim di luar perpustakaan tadi. Ternyata izinnya untuk ke tandas hanyalah sebuah alasan. Pemuda itu tak mahu bertembung dengan Kirana.

Asalnya mereka berdua sudah janji untuk meminta maaf dengan tulus pada hari ini. dari semalam lagi mereka memutuskan untuk memberi surat yang berisi dengan permohonan maaf buat satu sama lain. Waktu mereka membantu Nek Yusra jugalah mereka memutuskan untuk menulis surat di esok hari.

Jujur Kirana cakap, dia terharu dengan segala permohonan maaf dari Wasim. Dia tak sangka langsung yang lelaki itu pandai dalam bab - bab menulis macam seorang penulis puisi. Dari hujung rambut sampai hujung kaki, lelaki itu memohon maaf. Memang betul - betul insaf ya. Ini kalau perangai setan dia datang menyinggah lagi memang kepala si Wasim tu dia sleding siap - siap.

Terselit juga permohonan maaf buat Kirana, di mana Wasim terambil aiskrim kon berperisa vanilla kegemaran Kirana semalam.

"Er..akak, ada komik Boboiboy tak dekat sini?" Tegur satu suara. Suara seorang lelaki. Kirana memandang ke arah wajah remaja lelaki itu sekilas. Sekali pandang, wajahnya mirip dengan Wasim, tapi bukan dia.

"Komik eh? Habis stok lah, dik. Sorry," tegur satu suara. Anis menayangkan senyum pendek buat si pelanggan. Remaja lelaki tersebut mengangguk - angguk sebelum menghayunkan kakinya untuk ke tempat lain.

Nampaknya kedai buku tersebut sudah menarik perhatiannya sepenuhnya. Lagipun, dia datang ke sini semata - mata untuk datang ke kedai buku yang menjual pelbagai jenis buku di situ. Alat tulis pun ada. Mentang - mentanglah dia mahu menduduki peperiksaan besar pada bulan ini.

"Kak Anis, kak Anis tak rasa ke muka dia macam familiar dekat Sungai Petani haritu?"

Anis menyengetkan kepalanya. Dia belum pernah menjejakkan kaki ke Sungai Petani dalam 27 tahun dia hidup. Wajah remaja lelaki tadi diimbas kembali dalam mindanya. Dilihatnya Kirana sedang mencari - cari sesuatu di dalam galeri di dalam telefon bimbitnya.

"Ni, muka dia nak sama dengan kenalan saya dekat kampus,"

Kirana akhirnya memutuskan untuk menyoal kepada remaja lelaki tadi, sama ada dia mempunyai saudara lelaki yang lain atau tidak. Dapat jugalah dia berkenalan dengan lelaki tersebut. Ternyata dia berasal dari Sungai Petani juga. Sama tempat rupanya. Kecil sahaja dunia ini.

"Oh, jadinya kak Ana kenal abang saya eh? Satu kampus sekali? Coursemate ke?" Ujar Wafi petah berkata - kata. Setelah sekian lama dia akhirnya dapat berjumpa dengan seorang rakan abang sulungnya dari kampus yang sama. Selama ini, dia hanya mengenal Haris sahaja. Yang lain tu, belum pernah dia bertembung.

✧. ┊ cuba lagi. 𝓗𝑢𝑎𝑛𝑔 𝓡𝑒𝑛𝑗𝑢𝑛 ..Where stories live. Discover now