Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
-ˋˏ ༻❁༺ ˎˊ-
SUASANA riuh - rendah memenuhi ruangan kafeteria tersebut. Arwaa dan Haris memandang antara satu sama lain. Mereka berdua dilanda kebuntuan yang penuh beban. Gadis berambut paras bahu itu mencicipi air teh hangat yang dipesan tadi.
"Aku tak fahamlah," ujar Arwaa. Ujaran tersebut menarik perhatian Haris yang sedari tadi memandang sekeliling kafeteria hospital tersebut.
"Tak faham apa?"
Arwaa mendekati Haris sedikit. Kata - katanya mungkin akan menyinggung sebelah pihak, jadi dia perlu berkata dalam nada berbisik.
"Kau..kenal tak Qalesya?" Tanya Arwaa. Haris mengangguk. Mana dia tak kenal, Qalesya itu merupakan pelajar yang mengambil jurusan yang sama dengannya di kampus. Kampir semua orang kenal. boleh dikatakan, Qalesya itu adalah seorang karen di dalam kampus mereka.
"Kenal kenal," balas Haris.
Arwaa memetik jarinya. Dia memandang Haris seakan - akan mahu meletup di situ juga. Uish, ada gossip yang hangat ke?
"Qalesya tu ada adik, seumuran dengan Wafi dan Wafa. Nama dia Irfan. Dia tu lah yang belasah Wafi semalam. Sebagai kakak yang baik, Qalesya sanggup bagi suap seorang polis yang urus kes adik dia, Irfan. Dia tak nak adik dia tu masuk penjara remaja,"
Haris mengerutkan dahinya. Lagi - lagi perasaan bingung mengawal emosinya. aduh, waktu - waktu macam ni pula dia nak bingung. Nak tanya soalan, takut Arwaa fikir yang dia ni terlebih bodoh.
"Suap apa? Suap makaroni cheese?"
"Haah, memang zaman sekarang bagi rasuah ni main suap makaroni cheese," ujar Arwaa berbaur sarkastik. Haris yang terasa hati di situ, mencebik. Dia menyisip air kopi tanpa gulanya yang masih hangat.
"Suap duit la, halahh kau ni," tambah Arwaa lagi. Tak sanggup dia mahu menanggung perangai Haris yang kuat terasa itu. Memang lelaki ini bukan jenis ikut berita semasa ke? Macam manalah bakal isteri dia nanti, Arwaa turut berasa kasihan pada dia. Tak lama selepas itu, Haris kembali fokus pada Arwaa. Dia tertarik untuk mendengar kelanjutan cerita daripada gadis itu.
"Lepas tu, apa jadi dengan Qalesya?" Tanya Haris.
"Apa lagi? Dia buat kerja tak clean, kantoilah. Sekarang ni dua - dua kena soal siasat. Sekali dengan polis terima suap tu pun sama naik je. Haih, bahaya zaman sekarang ni. Orang hati busuk pun boleh dapat kerja nak cari rezeki. Sedangkan orang yang dah berusaha ni pun, tak dapat rezeki lagi."
Haris mengangguk - angguk. Ada betul juga apa yang dikatakan oleh Arwaa itu. Masa inilah sesuai untuk menggunakan peribahasa, disebabkan mulut badan binasa. Irfan itu cari gaduh, orang tak kacau dia pun, dia yang melebih.
"Assalamualaikum sahabat,"
Arwaa dan Haris memandang ke arah sumber suara. Ilham datang sambil membawa kantung plastik yang berisi bekas polistirena. Wajah ceria lelaki itu menjadi sapaan pasangan berlainan jantina tersebut.