09 ⋆.ೃ࿔*:・

24 8 14
                                    

-ˋˏ ༻❁༺ ˎˊ-

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-ˋˏ ༻❁༺ ˎˊ-

JAM dinding yang ada di dalam bilik tersebut dilihatnya. Masih awal lagi, tapi pengajarnya melepaskan ahli kelab drama lebih awal dari kebiasaannya.

Papan putih yang penuh dengan tulisan yang dibuat profesornya dipandang sekilas. Dia mengambil pemadam papan putih, dia menggunakan masa terluang itu untuk mengemas bilik tersebut.

"Aduh, tahulah aku pendek tapi janganlah seksa aku macam ni," gumam Elang sendirian.

Dia tidak dapat membersihkan tulisan yang ada di bahagian atas. Sejujurnya, ketinggiannya terlalu rendah untuk memadam sisa marker pen yang ada di atas sana.

Tiba - tiba, pemadam papan putih tadi diambil oleh seorang lelaki tinggi lampai. Elang sangkakan lelaki tinggi lampai tersebut merupakan junior di dalam kelab drama. Maklumlah, ketinggiannya membuat Elang insecure selama tujuh keturunan.

Sangkaannya meleset apabila melihat wajah seorang pemuda yang tidak pernah kenal sebelum ini. Pemuda tersebut mengenakan baju kemeja berwarna putih dan sepasang jaket hitam yang tersarung di luar.

 Pemuda tersebut mengenakan baju kemeja berwarna putih dan sepasang jaket hitam yang tersarung di luar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dia menunggu sehinggalah pemuda tadi siap menyelesaikan tugasnya. Seketika itu, fikirannya menerawang ke tempat lain.

"Tercegat apa lagi dekat sini? Aku dah selesai bersihkan papan putih,"

Teguran dari pemuda itu menarik perhatian Elang. Apabila melihat wajah pemuda tersebut, dia terperasan akan sesuatu.

"Nama kau Ilham?" Tanya Elang tiba - tiba. Lelaki tersebut memicingkan matanya. Dia kemudiannya mengangguk.

"Alif Ilham."

Ilham berjalan beriringan bersama Elang untuk keluar dari bilik tersebut. Mereka merupakan pelajar yang berada dalam satu kelab. Iaitu kelab drama.

Mereka sebernarnya sudah kenal sesama sendiri sejak sekolah rendah lagi. Tapi, pertemuan mereka hanyalah dalam waktu yang singkat. Ilham mengikut ibunya yang berjawatan sebagai guru di sekolah rendah mereka dahulu, untuk berpindah ke tempat lain.

✧. ┊ cuba lagi. 𝓗𝑢𝑎𝑛𝑔 𝓡𝑒𝑛𝑗𝑢𝑛 ..Where stories live. Discover now