1

64 15 0
                                    

"Banggunn!!Assalamualaikum cikgu."

"Waalaikummusalam, boleh duduk semua dan baca doa belajar."

Sesudah selesai membaca doa, guru tersebut memulakan sesi memperkenalkan dirinya terlebih dahulu.

"Baik.Saya pasti dalam kalangan kamu tidak mengenali saya. Saya guru baharu disekolah SMK DATO ARIFF ini. Nama saya Shahrif Shafizan bin Shayk Hafiz akan mengajar anda semua mulai hari ini dalam mata pelajaran seni. Jadi ada soalan ingin ditanyakan pada saya, sebelum anda memperkenalkan diri masing-masing?"
ujar Shahrif panjang lebar sambil memperkenalkan dirinya selaku guru baharu yang mengajar disekolah SMK DATO ARIFF.

Semua pelajar menggelengkan kepala menandakan tidak ada pertanyaan yang ingin ditanyakan pada guru baharu mereka.

"Baik. Kalau tiada pertanyaan saya nak anda memperkenalkan diri satu persatu."

Seorang pelajar yang berada dibaris paling hadapan mengangkat tangan lalu bangun ditempatnya."Saya Muhammad Akid lman bin Ameer. Cikgu boleh panggil saya akid."

"Saya pula Muhammad Juffry bin Jazlan boleh panggil saya Juff." lalu semua pelajar memperkenalkan diri masing-masing.

Selesai sahaja memperkenalkan diri. Shahrif akhirnya memulakan pelajarannya.

Dia perasan dari tadi, salah sorang pelajar perempuan melihatnya. Namun dia sudah lupa nama pelajar tersebut.

lntan yang dari tadi melihat guru itu dengan cepat mengalihkan muka ke arah tingkap akibat guru itu melihatnya juga. 'adu, kantoi pulak tengah usha. Haih apanie ingat Ammar lntan!'

Intan sebenarnya agak terkejut dan tidak percaya bahawa guru yang secara tidak sengaja terpegang tanganya pagi tadi kini berada dikelas ini untuk mengajar mata pelajaran seni visual.

Wawa yang dari tadi menahan diri ingin membuang air kecil menampar tangan lntan."lntan! jom pergi tandas, aku taktahan dah ni."

Tanpa buang masa, lntan mengangguk setuju. Dia terus berlalu ke meja shahrif untuk memberitahu ingin ke tandas.

"Cikgu, izinkan kami ke tandas sebentar."

"Baik."

Mereka berdua berlalu ingin ketandas yang berada di block C.

Sesampai ditandas, Wawa terus bergegas ke tandas untuk membuang. Manakala lntan hanya menunggu sambil membetulkan tudung dihadapan cermin berhampiran tandas.

MR.RED's Where stories live. Discover now