"Terima kasih Wawa..tolong tumpangkan Intan ke sana.."ujar Ibu Intan, lembut. Tersenyum manis melihat anak muda itu.
"Takda apa pun Ibu, lagipun Intan kan kawan baik saya, dah dianggap macam kakak dah. Takkan lah saya nak tinggal dia pula."kata Wawa sambil tergelak kecil. Sebelum dia membalas senyuman ibu Intan. Ibu intan juga ketawa kecil memandang Intan dan Wawa silih ganti.
Memang dia tidak kisah kalau Wawa ingin memanggilnya dengan gelaran ibu, dia lebih suka katanya ingin mengeratkan lagi silaturrahim.
"Kalau macam tu, saya balik dulu Ibu, Intan. Hari macam dah nak senja."pamit Wawa. Seusai itu, dia maju ke arah Puan Irlina untuk menyalam tangan wanita itu.
"Iyela, nanti ummie kamu risau pula. Tolong sampaikan salam juga ye..Pada ummie kamu."Wawa mengangguk. Seusai itu dia mengangkat kaki untuk pulang ke ke rumahnya.
"Ibu, babybun Ain macam mane? Ayah dah baiki kan?"
"Dah, tapi nampaknya kena keluarkan banyak modal untuk baiki babybun kamu tu. Jadi lebih baik ambik moto baru."ujar Puan Irlina dengan nada bisik. Dia tahu itu satu-satunya moto kesayangan Intan. Malah moto itu dihadiah oleh suaminya semperna hari jadi Intan.
"Hm..nanti-nantila Ain fikir."Intan membuang wajah sedih.'Babybun..l'm miss you.."
"Iyalah, pergi mandi solat. Nanti ajak Aini turun makan sekali." Intan mengangguk kecil. Apa lah yang kakaknya buat di atas tak turun-turun. Takkan tidur lagi, waktu matahati dah terbenam ni.
Intan Nuraini kakak sulung Intan yang hanya ahli keluarganya sahaja memanggil dengan nama gelaran pendek. Lebih mudah katanya.
"Adik Ain!! Sini kejap!!"jerit Aini dari bilik atas mereka.
"Ha, panjang unur. Sebut je dah dipanggilnya."Intan mengut pelipis, kenapa kakaknya memanggil dia tiba-tiba? Ada sesuatu yang nak ditunjukkan kah? Mula muncul beberapa soalan di ruangan kepala.
"Ye akak, kenapa kau terjerit-jerit panggil aku ni? Ada apa, hah?"
"Kau tengok ni!"ujar Aini sambil menghulur beberapa keping gambar yang terdapat seorang perempuan dan lelaki berbaju uniform sekolah.
Muka Intan sudah kebingungan, bergetar-getar tangannya apabila mencapai beberapa keping gambar yang diberi Aini tadi.
"Ak-akak dapat ma-mana..gambar tu?"balasannya mendapat jelingan maut dari Aini.
"Sampai bila kau nak sorok hubungan kau orang ni? Sampai dah terlanjur berzina baru kau nak beritahu aku dan ibu ayah semua? Hah?!"
"Jawap aku tanya ni! Jawap Intan Nurain!!"jerkah Nuraini sekali gus melempar lagi beberapa gambar yang berada ditangannya.
Dia tak buta! Di gambar itu terdapat seorang gadis bertudung dan berbaju kurung sekolah yang tersenyum manis. Ya, itu adiknya Intan Nurain. Terdapat juga seorang lelaki disebelah adiknya yang berpakaian baju kemeja biru terang dengan tubuhnya yang tinggi lampai cukup dikenali sebagai seorang pengawas sekolah. Terlihat lelaki itu seperti sebaya dengan Intan.
Intan masih terkedu dengan situasinya sekarang. Tidak sangka hanya kerana beberapa keping gambarnya, kak Aini sanggup menjekah tanpa mendengar balasannya dahulu.
"Kenapa? Kau bisu dah ke?" panggilan adik tadi juga sudah berubah kepada aku, kau. Intan mengetap bibir berfikir sama ada dia harus berterus terang atau sebaliknya..
"Aku tanya ni. Intan Nurain binti Azhar Safawi.."
"Ye, tu adik. Adik dengan kawan lelaki dekat sekolah.."lambat lambat dia memberanikan diri untuk berterus terang tentang mereka.
"Kawan lelaki? Kawan kau ke, kenapa nampak mesra sangat. Dah pupus dah kawan perempuan dekat sekolah? Najwa tu bukan kawan kau ke? Ke kawan bila perlu je?"sini Aini lagi. Terdiam Intan menghadam satu satu ayat itu.
"Diam maksudnya betul la kan, apa aku cakap."
"Tak.."
"Tak.. itu Iman. Ammar Iman, dia lelaki yang adik dah jatuh cinta.."
"Jatuh cinta?"tiba muka Aini berubah menunjuk riak teruja.
"Wah, adik aku dah jatuh cinta! Cinta ye? Jadi kau sanggup lah buat apa pun demi lelaki tu?"Aini tersenyum miring, perlahan dia melihat Intan atas bawah.
Tahula intan maksud disebalik kata-kata akaknya itu."Akak! Dia bukan lelaki macam tu! Iman tu baik! Dia je selalu ada bila aku sedih, kau takkan faham aku, kak!"ternaik beberapa oktaf suara Intan, ingin membelahi kekasih hatinya. Tanpa disedari Intan sudah berani meninggikan suara dengan kakaknya.
YOU ARE READING
MR.RED's
Romance𝐵𝑒 𝑦𝑜𝑢𝑟𝑠𝑒𝑙𝑓 𝑓𝑖𝑟𝑠𝑡. Seorang pelajar yang berusia 17 tahun dan seorang jejaka berumur 28 tahun yang digelar sebagai seorang guru kepada 𝐈𝐧𝐭𝐚𝐧 𝐍𝐮𝐫𝐚𝐢𝐧. Pada gadis itu dia tidak dapat menafikan perasaannya tiap kali melihat lela...