"Sorry la menghilang tadi, aku terserempak dengan awek aku tadi." Aiman gelak hamba di hujung ayatnya.
"Ee...menyempat." Aini hanya menjeling Aiman menyampah. Ini awek mana satu pula dia jumpa ni? Macam tak kenal Aiman. Playboy sungguh!
"Tapi sayang.." Aiman bernada sedih pula.
"Kenapa?" Intan menyoal.
"Aku nampak dia tengah bermesra dengan seorang lelaki ni. Tapi aku tak kenal lelaki tu. Aku rasa.. Dia curang dengan aku.." Panjang lebar Aiman meluah. Sakit sangat..mungkin bergini caranya dia kena kifarah kerana selalu mempermainkan perasaan wanita.
"I already told you Aiman. Zaman sekarang lelaki perempuan tiada beza, dua dua boleh curang. Curang tu pilihan!" panjang lebar Intan berkata-kata.
Intan melepaskan keluhan, salah sepupunya juga selalu mempermainkan perasaan perempuan. Kini dia pula rasa bagaimana dipermainkan.
Baru adil.
"Halah, buat macam tak biasa pulak kau ni Aiman. Cari jela awek baru setakat awek tudung singkat, baju tak cukup kain berlambak dekat luar tu."Kak Aini menyampuk. Dia sudah tahu taste Aiman bagaimana.
"Dahla, malas aku nak fikir."
"Kalau dah malas nak berfikir boleh dahla kau hantar kitorang balik. Aku dah rindu katil ni. Tak sabar nak tidur." Intan tersenyum penuh makna.
.
"Bangun!!"
"Assalamualaikum ya ustaz."
Semua terdiam apabila akid iaitu ketua kelas selesai memberi salam.
"Cikgu tu ustaz ke ?"bisik Aisyah perlahan kepada Iris yang duduk di meja bersebelahanya.
"Waaalaikummusalam, boleh duduk."
"Saya faham bila semua nampak pelik bila saya di panggil ustaz, tapi tak mengapa. Saya memang dah tukar bidang bagi mana yang belum tahu."
Shafizan berterus terang memandangkan hampir setiap kelas masih tidak tahu dengan pertukaran bidangnya."Sebelum ni saya ada mengajar kelas kamu kan? Seingat saya mengajar pendidikkan seni, tapi sebenarnya saya ganti Puan Nurli masa tu kebetulan beliau cuti bersalin 6 bulan."sambung Shafizan panjang lebar.
Semua murid hanya mengangguk faham. Setahu mereka teacher Nurli selalu ambil cuti bersalin, bagaimana mereka semua tahu ? Maklumlah setiap kali bersalin pasti berita tersebut di hebohkan sampai yang tak tahu jasi tahu.
"Jadi saya ganti subject apa ya ?"tanya Shafizan berbasa-basi sambil menilik senarai nama murid yang tersusun cantik di papan kenyataan.
"Subject Sains, ustaz."jawap Aril.
"Oh ya..Kalau cikgu sains ada tinggalkan kerja sekolah ke boleh la buat."ujar Shafizan, mata tak lepas membaca nama-nama murid kelas ini.
Mata shafizan tiba-tiba terpaku pada salah satu nama disitu. Macam kenal..
"Intan Nur Ain.."ujarnya perlahan. Nama ini terlihat tidak asing, ia seperti pernah disebut olehnya. Dimana ya ? Ada baiknya jika dia bertanya sahaja.
"Intan Nur Ain..Kamu ada kakak ?"
tanyanya lantang tepat sambil memandang murid mana yang bernama Intan.Intan yang sedang bergelak ketawa mendengar cerita Aisyah tergenjala seketika. Lekas dia mendongak apabila namanya dipanggil oleh ustaz itu.
"Ya..Kenapa ustaz ?" soal Intan apabila melihat Ustaz Shafizan tiba-tiba diam sambil merenungnya lama.
"Kamu adik Nuraini ya..Patutlah nama kamu lebih kurang dengan kakak kamu. Dia macam mana sekarang. Dah dapat kerja ?"soal Shafizan alang-alang sudah bertanya.
"Ada je dekat rumah, tengah tunggu dipanggil jadi cikgu tadika."
Shafizan mengangguk berpuas hati dengan balasan Intan.
Pada mulanya Shafizan terkedu apabila melihat muka Intan mengingatkannya pada seorang murid yang pernah mencipta masa silam lamanya.
"Asal ustaz Shafizan tu macam banyak cakap eh ? Dulu nampak introvert je, kan ?"setelah lama berdiam Sakinah menyoal mereka, kembali kepada rutin menggosip yang tergenjala tadi.
"Itulatu, sejak sejak jadi ustaz ni perangai dia macam lain sikit..."balas Alina sambil mengigit kuku, memang habitnya Alina setiap masa.
"Kan.. Tapi aku suka side dia yang ni, nampak attractive dahla baca yassin setiap pagi jumaat lepastu ceramah dia pun tak pernah buat aku terlelap we."
tambah Iris.Mereka yang lain mengangguk setuju, kadang ceramahnya juga seperti motivasi percuma. Semuanya ada pengajaran dan hikmahnya.
"Hampa ni kalau bab gini laju jaa. Kut ya pun nak mengata tunggu la dia keluar dari kelas ni dulu."Intan sudah geleng kepala. Keluar habis bahasa baku.
"Elehh.. Tengah backup ustaz la tu. Kantoi la Intan tercrush dekat ustaz."kata Aisyah sambil menjeling Intan.
"
Yo! Makin sunyi story ni.
YOU ARE READING
MR.RED's
Romance𝐵𝑒 𝑦𝑜𝑢𝑟𝑠𝑒𝑙𝑓 𝑓𝑖𝑟𝑠𝑡. Seorang pelajar yang berusia 17 tahun dan seorang jejaka berumur 28 tahun yang digelar sebagai seorang guru kepada 𝐈𝐧𝐭𝐚𝐧 𝐍𝐮𝐫𝐚𝐢𝐧. Pada gadis itu dia tidak dapat menafikan perasaannya tiap kali melihat lela...