"Baby.. You betul-betul taknak makan ke?kalau you nak makan. I singgah mana mana dulu."soal Ammar perlahan.
"No, I cuma haus je sayangg..p-please...I dahaga air laa."sengaja dilembutkan suaranya dengan nada berbisik bagi kelihatan manja.
Ammar terus menekan butang signal untuk berhenti di belah kanan. Disebelah kanan mereka terdapat pelbagai jenis kedai makan yang tersusun dibahu jalan itu.
Maya yang mendonggak melihat ke luar tingkap kereta tergangga. 'Dia nak berhenti kedai tepi jalan ni ke?'
Perbuatan Ammar sebentar tadi dapat diagak oleh Maya. Dia terus mendengus kasar, sengaja ingin tunjuk protes kerana Ammar tidak membalas balasan manjanya tadi. Susah payah sahaja dia lembutkan suaranya tadi bagi kelihatan manja, terselit niat ingin mengoda lelaki itu.
Dengusan yang terhasil tadi, akhirnya berjaya menarik perhatian Ammar yang sedang fokus memandang cermin sisi kereta untuk berhenti dimana-mana bahu jalan.
"Sekejap baby. I nak berhenti dah ni, kereta banyak pula."ujar Ammar, mata masih tidak dialih melihat Maya yang sudah memandangnya tajam. Matanya dijuling ke atas sambil membuat mimik muka meluat.
"You ni biar betul?! Seriously pakai kereta Mercedes tapi berhenti beli air dekat tepi jalan!Are you kidding me, Ammar?!"lantang gadis itu menjerit menunjukkan dia sangat benci dengan cadangan Ammar tadi. Tanpa disedari dia telah membangun kemarahan lelaki itu.
Nafas Ammar sudah naik turun sahaja menahan marah, pantang ada perempuan berani naik suara dihadapannya. Timbul urat-urat hijau disekitar tangannya akibat mengenggam kuat stereng kereta. Dia bengang, perempuan yang mendekatinya wajib tahu bahawa Ammar Iman seorang lelaki yang redflag! Dengan datangnya perangai mengada Maya Eika ini, rasa rimas pula. Ada sahaja yang tidak kena bagi gadis itu!
"Baby..I kalau boleh nak support peniaga-peniaga tepi jalan. Jadi tak salah kan? Sekali sekala kita beli makanan dari kedai dorang."nafas Ammar masih naik turun. Dia mampu bersabar sahaja kali ini dengan kerenah gadis itu.
"You still tak faham I ni! Kita sekarang naik Mercedes tau! Mercedes! bukan kereta kancil kecil tuh! Jadi kita kena la jaga standard kita juga."sembur Maya lagi. Hina betul kereta kancil dimatanya. Mana tidaknya Maya Eikka selalu dimanjakan dengan kemewahan. Apa yang dia nak, mesti dapat!
Ammar masih mengenggam kuat stereng kereta.'Sabar Ammar..sabar..'
"Lagipun you, bukan sedap pun makanan tepi jalan tu semua! Better kita pergi mall je sayang, please..."Maya kedip matanya beberapa kali bagi terlihat comel, sengaja dikedip-kedipkan matanya agar Ammar terpukau dengan matanya yang bulat itu.
"Fine." Ammar tak banyak cakap terus mengikut permintaan pujaan hatinya. Dia malas ingin bertengka, cukup lah mereka selalu bertengka akibat salah faham yang berlaku.
"Wawa, kita beli air dulu dekat tingkat atas?"tanya Intan dengan riak riangnya.
"Haa."
Mereka berlalu naik mengikut lift ke tingkat atas iaitu tingkat ke tiga yang terdapat dalam First Avenue Mall.
Setibanya di tingkat tiga, Intan tiba-tiba ingin ke tandas. Wawa diminta tunggu diluar sementara Intan masuk ke tandas sebentar.
"Sayang, kita pergi starbuck la. Tekak I rasa nak minum air starbuck aje.."
"Yela, jom I belanja."ujar Ammar dengan nada biasanya. Sebelum ni aku juga yang belanja, kau tak pernah langsung keluarkan duit sendiri.
Maya terus melompat kecil dengan kasut tumit tinggi yang mencecah 3 inci seperti kanak-kanak riang selepas sahaja mendengar ayat terakhir Ammar."Thankyou sayang, i love you.."Maya tersenyum gedik sebelum memeluk tangan Ammar yang berada disebelahnya.
"Hm."balas Ammar dingin, tangan pula mencuba untuk meleraikan pelukan dari tangan Maya. Dia kini tiada langsung mood untuk melayan kekasihnya sekarang. Dia dapat rasa sesuatu yang akan terjadi, sama ada sesuatu yang buruk atau baik.
Dari sisi pula, Wawa memerhati sahaja dua pasangan yang bermesra di tengah ruangan itu. Macam kenal sosok lelaki itu dari belakang, kelihatan lelaki itu cuba untuk meleraikan pegangngan dari kekasihnya.
Wawa cuba mengimbas kembali ingatannya tentang lelaki itu. Nama lelaki itu mula terlintas di fikiran Wawa, namun tiba-tiba Wawa disergah oleh Intan. Ghaib terus nama lelaki itu difikirannya.
"Intan, kenapa kau sergah aku macam ni?" ujar Wawa sambil membuat riak wajah ingin marah.
Lihat sahaja riak wajah Wawa yang sudah memanas memandangnya, takut takut Intan menunduk melihat lantai."Maaf, aku sengaja nak kejutkan kau. Kau nampak kusyuk sangat tengok arah kedai starbuck tu."jelas Intan panjang lebar.
"Ohh, takda apa lah. Jom kita nak pergi mana sekarang ni?"
"Kita turun bawah je la malas pergi beli air. Lepas tu kita balik, sekrang dah pukul 4:50 petang."
"Betul ni kau dah nak balik? Takda barang nak beli dah ke?"
"Betul, takda.."Wawa akhirnya mengalah. Mereka berdua berjalan turun ke tingkat bawah.
YOU ARE READING
MR.RED's
Romance𝐵𝑒 𝑦𝑜𝑢𝑟𝑠𝑒𝑙𝑓 𝑓𝑖𝑟𝑠𝑡. Seorang pelajar yang berusia 17 tahun dan seorang jejaka berumur 28 tahun yang digelar sebagai seorang guru kepada 𝐈𝐧𝐭𝐚𝐧 𝐍𝐮𝐫𝐚𝐢𝐧. Pada gadis itu dia tidak dapat menafikan perasaannya tiap kali melihat lela...