7

34 7 0
                                    

Aini tersenyum sinis lagi. Sehingga terlihat gigi taring tajamnya. "Oh..Nampaknya kau jatuh cinta betul dekat lelaki tu, sampai berkasar dengan kakak kau demi mempertahankan dia ye.."

Intan tertunduk bawah, hampir sahaja dia ingin membalas kata kata Aini. Hatinya berasa sakit, apabila  lelaki pujaan hati dihina dan difitanah bukan bukan. Dia percaya bahawa Ammar Iman bukan ciri-ciri seperti itu.

"Tak salah kau nak jatuh cinta pada sesiapa pun. Malah perasaan yang muncul, kita tak boleh nak halang. Tapi.."

"Sekarang tempat kau untuk mengadu semua  masalah yang berlaku hanya pada Allah. Bukan lelaki sepertinya, lagipun kau dengan dia belum ada hubungan yang halal. Bila bila masa sahaja sesuatu boleh terjadi, dan pada masa tu. Menyesal, menangis air mata darah pun dah tak guna adik.."

"Dengar cakap aku ni. Aku salah satunya kakak kau. Aku pun taknak tengok adik aku sedih-sedih, aku selalu ada bila bila masa je, kau boleh mengadu masalah kau pada aku. Aku tak pernah marah semua tu, tapi ini untuk keselamatan dan maruah diri kau juga.."Aini menarik rapat tubuh kecil adiknya yang masih kaku berdiri. Dia tidak sekejam itu untuk menghukum adiknya.

Esakkan kecil si adik akhirnya terdengar diruangan bilik mereka. Aini membalas dengan menepuk perlahan bahu adiknya sebagai penyemangat. Dia benci melihat adiknya murung, perubahan pada Intan membuat Aini merasa pelik dan ingin mencari tahu apa yang terjadi pada adiknya.

Kadang Intan mengurung dirinya dibilik sehingga larut malam dengan perut terisi kosong. Intan seorang yang kuat, dia akan memberi alasan ketika Aini bertanya tentang keadaanya. Ada sahaja alasan darinya, muka juga tidak kalah memain peranan, hanya senyuman kelat yang terpancar dari bibir pucat adiknya itu.

"Dah jangan sedih-sedih, nanti aku suruh Aiman bawak kau pergi minum cendol esok."

Melihat adiknya hanya diam Aini kerutkan kening. "Kenapa? Kau takut boyfriend kau marah?"

Intan cepat menggeleng laju. Aiman satu-satunya kawan lelaki yang menemannya ketika kak aini tiada dirumah, jadi tiada sebab Ammar hendak cemburu dengan Aiman.

"Tak..Adik dah lama tak contact dia, kak." mendengar luahan Intan, Aini hanya mengangguk.

MR.RED's Where stories live. Discover now