Bab 3

1.8K 130 3
                                    

SEBAIK sahaja menjejakkan kaki ke dapur, terlihat ayah dan Naufal yang baru saja menarik kerusi meja makan hendak duduk. Namun matanya lebih tertarik pada sosok tubuh tegap yang sedang berjalan membawa dulang yang berisi jug air bersama beberapa biji cawan di atasnya. Mawar melangkah menuju ke meja sebelum sepasang mata itu beralih bertembung dengan anak mata Mawar.

Laju Mawar larikan pandangan. Lengan yang terdedah diusap-usap. Segan. Kekok. Itulah yang dirasakannya ketika ini bila lelaki yang tidak dikenali tiba-tiba saja menjadi penghuni di dalam rumah yang tidak seberapa ini.

"Mawar?"

Dulang diletak perlahan sebelum langkahnya besar dibuka menuju ke arah si isteri yang pegun berdiri. "Makan? Abang buatkan air teh o special untuk isteri abang."

Mawar mengerutkan dahi. Air teh o special? Apa yang Zayn taruk selain uncang teh dan gula?

Melihat riak wajah Mawar yang berkerut, Zayn lepas gelak. Perlahan. Namun cukup menggetarkan jiwa Mawar mendengarnya. Riak dikawal sehabis boleh. Fuh, tak tenteram jantungnya.

"Abang bancuh bersama kasih sayang yang tak pernah mana-mana wanita rasa sebelum ni. Mawar beruntung." Zayn kenyit mata.

Mendengar Zayn memuji diri sendiri, Mawar hampir olengkan bola mata. Dada bidang milik Zayn ditolak perlahan ke tepi sebelum dia membawa langkah menuju ke meja makan. Kerusi bertentangan Naufal ditarik. Sempat dijeling pada abangnya sambil tangan bergerak mencedok nasi goreng ke dalam pinggan.

"Zayn, pukul berapa nak bertolak?" tanya ayah.

Mawar toleh ke sebelah bila lelaki itu tidak terus menjawab pertanyaan ayah. Mungkin sedang menghabiskan kunyahan dan sisa makanan di dalam mulut terlebih dahulu.

Zayn berdeham kecil. "Lepas makan ni, lepastu kemas baju sikit-sikit, kami geraklah."

"Kenapa awal sangat?" sampuk Mawar. Nadanya sedikit meninggi, menunjukkan ketidakpuashatian di dalam ton suaranya itu.

"Tak... maksud abang, kalau Mawar dah sedia."

"Saya tak pernah bersedia untuk ikut awak. Saya tak nak ikut."

"Mawar...!" Naufal menekankan suara. Apa yang keras kepala sangat budak ni. Dia fikir bila dah dapat suami tegap sempurna seperti itu, Mawar akan mudahlah lembut hati. Nyata, tanggapannya meleset. Mawar seperti langsung tidak kisah.

"Apa? Apa lagi Naufal? Bukan kau tak tahu, bukannya aku nak sangat pun dia ni. Kau yang kahwinkan aku dengan dia! Aku punya sukalah nak ikut dia ataupun tak." Mudah Mawar berkata. Langsung tidak fikir kata-katanya itu bakal mengguris hati suami.

Naufal menggeleng kesal. Wajah tenang Zayn dipandang sekilas. Mawar memang langsung tak cuba nak menjaga hati suami.

"Mawar Nasuha, anak ayah. Kelibat seorang isteri adalah di sisi seorang suami. Ikut Zayn balik rumah mama dia, dengar cakap ayah." Kali ini ayah tidak berdiam diri lagi. Perlu tegas demi mendidik Mawar. Tak mahulah Mawar jadi naik kepala di kemudian hari.

"Naufal, ayah, tak apa... saya boleh tunggu Mawar. Saya takkan balik lagi harini kalau itu yang Mawar nak."

"Saya tak pernah halang awak balik? Cuma saya yang tak nak ikut awak. Takkan itu pun tak faham?"

"Memang Mawar tak halang abang balik, tapi kalau abang balik, abang perlu bawa isteri abang. Kalau Mawar masih nak duduk sini, abang pun akan tunggu Mawar dekat sini."

"Tak payah. Kau angkut aje Zayn bini kau ni! Kau pikul atas bahu nanti dia reti lah diam," cadang Naufal selamba.

Mawar yang sudah membulatkan mata, bertindak menyepak kaki Naufal di bawah meja. Gila ke Si Nopal ni? Badan Zayn tu sudahlah besar, memang mudah saja kalau hendak diangkat tubuh dia yang kurus itu. Buatnya Zayn benar-benar ikut kata Naufal, memang betul lah, dia memang tak boleh kata apa.

Dia, Zayn RaffaelWhere stories live. Discover now