Bab 1

5.6K 215 9
                                    

MAWAR panggung dagu sambil memerhati ayah yang sedang sibuk dengan anak-anak ayam kesayangannya. Walau mata tidak lari dari memandang ayah, namun fikirannya jauh menerawang memikirkan Raffael, kekasih hatinya yang sudah hampir tujuh tahun menjalinkan hubungan. Sejak kebelakangan ini, dia rasakan seperti lelaki itu semakin menjauhkan diri daripadanya. Setiap kali diajak berjumpa, bermacam alasan yang dicipta. Entah apalah yang tidak kena.

Raffael seorang pensyarah di universiti. Sesibuk apalah lelaki itu sehingga tiada waktu terluang langsung untuknya. Lainlah kalau dia bercinta dengan lelaki milik negara, ada juga logiknya.

"Haih, Mawar? Jauh termenung?" sapa ayah.

Serta-merta tubuh Mawar menegak bila suara garau ayah menyapa gegendang telinga, mematikan lamunannya. Hujung selendang yang jatuh ke dada diangkat semula ke atas bahu.

"Esok dah nak balik KL, nanti mesti Mawar rindukan ayah."

Ayah mencebik. Ada senyuman mengusik di wajah tuanya.

"Iyelah tu. Pahadal tak sabar nak jumpa Raffael kan?"

Serta-merta merah mukanya bila diusik ayah begitu. Sedaya-upaya Mawar tahan daripada tersenyum. Tak mahu rasa sebenar hatinya terbongkar. Memang dia rindukan Raffael.

Sangat!

"Mana adalah ayah! Betul lah... kat sini siapa nak jaga ayah nanti?" Mawar mengendurkan suara.

"Aku ni apa guna? Selama ni kau tak ada, bukan aku yang tengokkan ayah? Aku tampar jongang jugak kau nanti karang Mawar," sampuk Naufal yang muncul dari belakang rumah. Duduk dilabuhkan di anak tangga. Tadi, sempat telinganya menangkap bicara Mawar dan ayah.

Mawar berpaling memandang Naufal yang sedang duduk di tangga rumah. "Diamlah, ceplos!" Sejurus bola mata diputar ke atas menjeling Naufal. Sibuk saja!

Membulat mata Naufal. Mukanya yang sikit punya kacak ni, Mawar samakan dia dengan hantu ceplos?

"Kurang asam... Kau sebenarnya tak sabar kan nak balik KL tu? Bukannya sedih sangat pun nak tinggalkan kampung ni." Naufal mencebik.

"Eleh... Aku taulah kau tu single bang, tak laku. Mesti kau dengki dengan aku kan? Eee tak malu!"

Naufal tertawa lalu menggelengkan kepalanya dengan gerak perlahan. "Aku? Dengki?" Jari telunjuk disentuh ke dada sendiri.

"Aku nak dengki dengan kau? Eh, tak kuasalah aku nak dengki dengan kau, Mawar. Aku ni dah pernah merasa pahit manisnya bercinta. Aku dah lalui banyak benda dan akhirnya, aku tetap aku, yang dijadikan rumah hanya sebagai tempat persinggahan. Buang masa, kau tau? Raffael tu serius ke dengan kau? Jangan nanti kau balik menangis tepi bucu katil sudahlah," bidas Naufal, buatkan Mawar sedikit tersentap.

Gigi diketap kuat sambil tangan menggenggam kemas iphone yang berada di dalam genggaman tangan. Sedikit sebanyak dia cuba menerima kata-kata Naufal.

"Kenapa? Tak boleh terima? Betul lah aku cakap kan, buang masa." Naufal seperti sengaja ingin memprovokasinya lagi. Dan Mawar? Hilang kosa kata. Kerana dia tahu dalam hal ini, Naufal betul.

"Sudah-sudahlah tu. Kamu Naufal, daripada duduk bertekak dengan adik kamu tu, baik tolong ayah bersihkan reban ayam tu." Ayah menyampuk meredakan keadaan. Kepala digelengkan perlahan mempamerkan riak sedikit kesal dengan perangai Mawar dan Naufal yang asyik bertengkar.

"Diam? Sentaplah tu," bidas Naufal tak habis habis. Hujung bibirnya naik menyungging senyum senget.

Mawar menjeling abang sulungnya yang sedang berjalan ke arah reban ayam. Sempat lagi mengatanya. Biarlah dia diam, sekurang-kurangnya dia tak mengganggu Naufal bernafas. Kalau dia buka mulut, risau Naufal pula yang tak cukup nafas nak berdebat dengannya nanti.

Dia, Zayn RaffaelWhere stories live. Discover now