Bab 25

730 91 7
                                    

"ZAYN!" Seorang wanita berseragam loreng terlihat sedang berlari menuju ke arah konopi di mana keberadaan Zayn. Kedua-dua tangan dilekapkan ke kedua-dua kepala lutut seketika, membongkok. Mengah. Hampir lima saat, badan ditegakkan semula.

"Kau okey?" Tapak tangan lelaki berpangkat pegawai kanan polis itu dilirik.

Zayn hanya sekadar mengangguk sekali, itupun acuh tak acuh sahaja. Tangan kanannya sesekali digoncang kuat menahan pedih.

"Sini, aku tengok."

"Tak apa, Nayla. Aku okey."

"Luka kau bleeding tu, Zayn. Bagi aku tengok." Nayla masih dengan keras kepalanya. Saat tangannya cuba mencapai tangan kanan Zayn, lelaki itu laju mengundur setapak, mengelak daripada disentuh. Sempat telinga Nayla menangkap bunyi decitan daripada mulut Zayn.

"Okey... sorry." Nayla angkat kedua-dua belah tangan tanda mengalah. Jelas yang Zayn memang tidak berminat dengannya.

"I'm happily married, Koperal Nayla. Kalau awak tak boleh hormatkan saya sebagai rakan sepasukan, hormat saya sebagai suami orang. Berhenti mesej saya."

Nayla angguk laju. "Maaf, tuan."

Kepala tunduk memandang rumput. Membahang wajahnya menahan malu. Patutlah dia tidak pernah menerima sebarang balasan mesej daripada Zayn. Kata Qaid, Zayn masih bujang. Rupanya sudah berkahwin. Manalah dia nak letak muka selepas ini.

Cincin di jari manis Zayn dilirik. Bibir bawah digigit perlahan menahan kecewa. Tatkala birai mata terasa hangat, Nayla kerdipkan mata berkali-kali. Pandangan dibuang ke arah Qaid yang masih berdiri di lapangan, di bawah cahaya matahari yang terik.

"Inspektor Qaid masih bujang." Tiada siapa bertanya, Zayn tiba-tiba bersuara.

Nayla tersentak. Wajah Zayn dipandang sebelum senyuman tawarnya terlakar spontan. Ya, memang Qaid masih bujang, tapi bukan Qaid yang dia mahukan...

"Aku boleh tolong ejaskan dia untuk kau," cadang Zayn lagi. Masih bernada beku, tapi niatnya hanya ingin menghiburkan hati Nayla yang dia tahu bahawa gadis yang berada di hadapannya ini sedang dilanda kecewa gara-garanya. Serba salah pula.

Nayla ketawa suka. "Ish, tak naklah! Qaid kuat kentut tahu?!"

Kali ini, tawa Zayn pula terburai. Melihat muka Nayla yang menyeringai jijik itu lagilah membuatkan dia geli hati.

Penat menahan debaran di dada saat melihat lelaki itu tertawa suka. Bukan senang hendak melihat Zayn ketawa. Tapi bila mengingatkan status lelaki itu, Nayla cepat-cepat sedarkan diri. Dia tidak sepatutnya menaruh apa-apa perasaan pada Zayn.

"Um... tuan, saya minta diri dulu," pamit Nayla. Baru saja berura-ura ingin memutarkan tubuh, Zayn bersuara mematikan niatnya.

"Hati dan perasaan itu milik Allah. Perasaan tu datang dengan izin Allah. Aku tak salahkan kau. Tapi kena ingat, boleh jadi kau sukakan sesuatu, sedangkan itu bukan yang terbaik. Dan boleh jadi apa yang kau benci, sedangkan itulah yang terbaik. Ada sebab kenapa aku tak ditemukan dengan kau dan ada sebab kenapa Allah temukan aku dengan isteri aku, bukan dengan kau. Boleh jadi sebab Allah nak uji aku."

Nayla terkaku seketika. Bunyi seperti Zayn seolah tidak bahagia dengan masjid yang dibina. "Tuan—"

"Allah takkan kenalkan kita dengan seseorang tanpa sebab, everything must be a reason. Mawar Nasuha seorang isteri yang taat pada suami."

Mendengarkan itu, laju Nayla mengangguk faham.

"Faham, tuan."

Tidak menunggu balasan daripada suara garau itu, pantas Nayla mengangkat kaki pergi. Makin lama dia bersama lelaki itu, makin lebur hatinya. Beruntung sungguh insan yang bergelar isteri... Mawar Nasuha.

Dia, Zayn RaffaelWhere stories live. Discover now