Bab 16

851 76 6
                                    

USAI ke bilik menyimpan makanan yang dibeli oleh Zayn, Mawar turun semula ke halaman. Sangkar kucing didekati lalu dia duduk mencangkung di situ, mengutip sisa tumpahan kibles lalu memasukkan kembali ke dalam bekas.

"Meow!"

"Ya sayang..."

"Meow..."

"Apa? Nak keluar? Okey jom!" Pintu sangkar dibuka sebelum si comel dipegang dan dibawa ke meja batu yang terletak di halaman.

"Gila betina ni, dengan binatang pun boleh bawak bersembang," gumam Fara yang sedari tadi sedang asyik memerhatikan Mawar dari dalam rumah. Menggeleng-geleng kepalanya melihat gelagat si adik ipar.

Kedua-dua tangan Mawar bergerak-gerak membelai badan si comel. Dalam sangkar bukan main bising. Bawa keluar saja, terus diam melainkan getaran yang berbunyi bila jari-jemari runcing Mawar bermain-main di bawah dagu. Kata Zayn, ini kucing jalanan sahaja. Kucing yang sentiasa mengekori setiap kali suaminya berada di luar kawasan berhampiran ibu pejabat.

"Kita nak panggil awak apa ya?"

Mawar tongkat pipi. Ekor panjang yang melibas-libas itu dipandang. "Awak lelaki ke perempuan ni? Panggil Zayn boleh?" Baru saja kepala menjenguk ingin memastikan jantina si comel, iphone yang berada di dalam kocek seluar track berbunyi tanda ada panggilan masuk.

Lekas-lekas tangannya menyeluk ke dalam kocek.

"Raff..." Perlahan nama itu meniti di bibir. Buat seketika, nama di layar skrin itu direnung. Menimang, hendak menjawab atau dibiarkan saja.

Butang hijau akhirnya digeser ke atas. Tidak memulakan bicara, sebaliknya menanti suara di talian terlebih dahulu.

"Sayang..." Meleret suara garau yang sudah sekian lama tidak didengari itu. Panggilan yang dia sangat rindu.

"Raff..."

"Esok you free, sayang? Kita jumpa, ya?" pinta Raffael.

Mawar diam. Terkelu dengan permintaan itu. Benar, dia rindukan Raffael. Tapi...

"Rose, kita jumpa ya?"

"I-I... minta maaf Raff, tapi tak boleh..."

"Kenapa? Ala, cakap jelah you nak keluar dengan kawan. Dengan Syu? Confirm husband you bagi," cadang Raffael.

Mawar diam lagi. Kepala tunduk memandang jemari di riba yang dimainkan sesama sendiri.

"You tak rindukan I ke? I rindu sangat nak bertentang mata dengan you, sayang. Semalam waktu I nampak you dengan dia, hati I sakit Rose. Sakit sangat!"

Bila bicaranya dibalas dengan kejedaan, Raffael lantas bersuara sedikit sinis. "Ke... you dah jatuh sayang dengan lelaki tu? Rose?"

Mendengar soalan itu buatkan Mawar menelan ludah sendiri. Kuat cengkamannya pada hujung baju di atas riba.

"Nampaknya betullah kan? You kahwin dengan dia sebab you memang sukakan dia. Betul kan telahan I selamani? Jawab soalan I Rose!"

"T-tak!"

"Apa yang tak?

"I tak kenal pun dia, Raff. Naufal tipu I, sumpah!"

"I tahu abang you tak sukakan I kan? Tapi dia kena tahu yang dia tak berhak nak tipu you macam ni. Macam nilah Rose, apa kata you minta cerai je dengan Zayn? You pun tak cintakan dia kan? Lepas you cerai, kita kahwin," cadang Raffael lagi.

Setiap cadangan yang keluar daripada mulut si bekas kekasih buatkan Mawar semakin hilang kosa kata. Gigi diketap menahan perasaan. Sekejap mulutnya terbuka ingin membalas cadangan Raffael, dan selepas itu tertutup semula. Bila mulut hendak mengiyakan, tapi hati laju pula berkata tidak. Keliru dengan perasaan sendiri.

Dia, Zayn RaffaelWhere stories live. Discover now