Take #48

155 18 10
                                        

Day-5

Hospital

Hui balik lambat hari ini, dengan sengaja. Tiga hari berturut Jia menunggunya di luar pintu biliknya sebaik tamat waktu kerja. Jadi hari ini sebelum jam 5, dia sudah pergi ke tingkat 3 di mana letaknya perpustakaan yang hanya boleh diakses oleh staf hospital. Jadi mustahil untuk Jia menjumpainya di situ.

Setelah hari gelap, barulah dia keluar dari situ. Dia yakin Jia terlalu sibuk untuk tunggu dia hingga hari gelap. Hui berjalan menuju ke kereta di tempat parkir.

"I know you tak balik lagi." suara Jia mengejutkan Hui sehingga kunci keretanya jatuh ke jalan tar.

Jia mengambilnya dan memasukkan kunci tersebut di poket seluar Hui. Bau minyak wangi Jia buat Hui tidak boleh bernafas.

"Follow me or I'll scream." Kata Jia dan dia memandang Hui tajam.

Hui perlahan mengangguk setuju.

+++

Night Club

"CHEERS!" jelas kedengaran cawan dilagakan di sudut yang disewa khas untuk malam itu.

Mereka semua ketawa dan bercerita dengan gembira.

"Kenapa Hoon dengan Zakri tak ada?" soal Dani.

"Diorang kat Las Vegas." Jawab Saiful.

"Las Vegas? Damn!" Harith terkejut mendengar keberadaan Hoon dan Zakri.

"Kenapa kau tak minum Hurul? Aku beli khas untuk kau. You love this a lot in high school." kata Jia sambil menghulurkan gelas berisi arak kepada Hui.

Hui menggeleng tidak mahu.

Dari parkir lot hospital, dia dibawa Jia ke kelab malam dan yang lebih mengejutkan, pembulinya turut berada di sini kecuali Hoon dan Zakri.

Mereka semua makan dan minum dengan gembira tanpa memikirkan Hui yang sudah dalam ketakutan. Semua yang berlaku semasa di sekolah menengah datang satu per satu di ingatannya.

Aku nak pergi dari sini!

Hui mahu bangun tapi Jia menggenggam tangannya. Kukunya mencengkam lengan Hui kuat.

"Kau nak pergi mana?" soal Jia dengan mata tajam.

Hui yang ketakutan melihat pandangan Jia kembali duduk.

Aku nak balik!

Aku tak nak duduk sini!

Hui merasakan dadanya makin sempit, dan nafasnya laju.

"Mana nacho yang aku order? Tak sampai lagi ke?" soal Dani apabila melihat masih ada yang belum lengkap di menu yang dipesannya.

"Sorry for the wait!" seorang pelayan masuk ke ruangan mereka bersama satu dulang berisi cawan air dan juga nacho yang dipesan Dani.

Tapi dalam perjalanan dia ke arah meja, dia tersadung sesuatu dan segala yang di atas dulang itu jatuh tepat mengenai Hui.

"WHAT ARE YOU DOING?! MATA TU LETAK KAT MANA?!" Jia teriak memarahi pelayan itu dan segera membersihkan Hui yang sudah basah disimbahi air yang dibawa.

"Hurul, awak okay?" soal Jia lembut sambil membersihkan wajah Hui.

Hui mengangguk dan mengelak dari terus dipegang oleh Jia. Dia rasa jijik.

"Maafkan saya! Let me bring this gentleman to change into a new clothes." Tawar pelayan itu pada Hui.

"Never mind. He don't need it." halang Jia sambil dia mengelap Hui dengan tisu.

Love, Maria Anne ✅Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang