PART 5

86 54 27
                                    

Keesokannya,

Aku tersedar dari mati kecilku. Pantas saja tanganku mengapai telefon di meja sebelah katil. Jam 5:30 pagi. Tanpa berlengah, aku bergerak ke bilik air. Badan direndamkan ke dalam tab mandi yang sememangnya sudah disediakan oleh maid muda. Bahagian penyediaan pakaian, air mandian dan pelbagai lagi keperluan harian disediakan oleh maid yang berumur 20-an. Manakala, bahagian memasak pula diambil alih oleh maid yang lebih tua dan handal memasak. Dua orang maid muda turut diambil sebagai pembantu di dapur.

Selesai sahaja membersihkan diri, aku keluar dari bilik demi menuju ke bilik sebelah. Bilik pakaian. Dengan hanya berkemban, aku masuk. Terlihatlah seorang maid yang sedang menggosok bajuku.

Bilik pakaian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bilik pakaian.

"Selamat pagi, cik Nadia." Sapa gadis yang berumur 22 tahun itu. Aku tersenyum melihatnya.

"Selamat pagi. Baju saya dah siap?" Aku terus bertanya.

"Sudah, cik. Ni dia." Baju seragam pengawas sekolah dihulurkan ke arah ku. Aku menyambut sambil berterima kasih. Tanpa berlengah, aku bergerak ke bilik persalinan yang susah sedia ada di dalam bilik ni. Dalam masa 10 minit, aku dah siap beruniform. Awning tudung dibetulkan. Inilah perempuan. Kalau pakai tudung kenalah awning cantik elok je. Kalau tidak, badmood lah seharian! Macam tu jugak lah aku ni. Sempat aku berpusing-pusing di hadapan cermin. Herm, cantik jugak rupanya aku ni. Setelah berpuas hati dengan penampilan ku, aku keluar dari bilik pakaian dan turun ke tingkat bawah. Ruangan makan menjadi tujuan.

Aku mengeluh kecil sebaik sampai je di ruangan makan. Mana taknya papa dan mama takde. Mesti awal pagi lagi mereka bergerak ke syarikat. Ah! Bisnes memanjang! Tahulah kecil hati dengan aku tapi tunggulah breakfast sama-sama. Haih, perangai tak berubah langsung papa dengan mama ni. Tak pernah pun breakfast bersama! Agaknya tunggu kiamat baru nak spend time dengan anak-anak. Nak kata anak ramai? Aku dengan Bella je. Huh! Ni mesti dua tiga bulan lagi baru balik rumah ni semula.

Eh,jap? Bella? Dia tak pergi sekolah ke hari ni? Tak mandi pun lagi. Aku berkerut kening memandangnya yang makan sambil bermain telefon. Sah lah budak ni akan termasukkan makanan ke dalam hidung nanti. Bukan berdoa tapi perasaan aku rasa macam tu. Hahaha.

"Good morning, Bell!" Sapa aku ceria sambil menarik kerusi di sebelah Bella. Punggungku dilabuhkan. Bella hanya diam. Aku nampak budak ni asyik betul makan nasi goreng kimchi, sarapan hari ni.

"Bell tak pergi sekolah ke hari ni? Tak pakai baju sekolah pun." Tanya aku. Sambil-sambil tu aku menyuap nasi ke dalam mulut. Ermmm. Sedap. Ni mesti mak yang masak.

"Tak. Malas." Balas Bella singkat. Aku tersenyum sinis. Ni mesti sebab Danish takde.

'Dahlah Danish takde, malas lah aku nak pergi sekolah. Lagipun aku ni dah bijak. Aku memang takde kawan selain Danish. Ramai je yang nak kawan dengan aku lagi-lagi perempuan gedik tapi semua takut dengan aku. Ingat aku ni makan orang ke apa? Huh!' desis hati kecil Bella.

KPOP GIRL TO BE KPOP IDOL  (OG)Where stories live. Discover now