PART 7

94 45 34
                                    

Beberapa hari kemudian,

"Adoii, mana ni?" Aku mengeluh lagi. Sudah berpuluh kali aku mengeluh namun tak jumpa juga. Yang aku peliknya, aku rasa aku letak dalam laci ni tapi kenapa takde? Semua laci aku dah jenguk. Takkanlah hilang. Herm. Aku berdiri sambil bercekak pinggang. Otak ligat memproses semula ingatan. Tiba-tiba mataku terpaku pada almari pakaian ku yang masih tertutup rapat. Ha, mungkin dalam bilik tu!

Aku pantas menuju ke arah almari itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku pantas menuju ke arah almari itu. Lantas, aku mengalih pakaian-pakaian ku ke tepi. Kini, jelas di hadapanku, sebuah pintu berwarna pink yang bercorak indah. Aku membukanya dan meneroboskan diriku ke dalam. Inilah bilik peribadi aka studio aku. Tiada sesiapa yang pernah masuk dan tiada sesiapa juga tahu dimana terletaknya bilik peribadi ni kecuali aku seorang. Papa dan mama pun tak pernah masuk. Diorang tak peduli pun! Ikut suka hati lah nak buat apa! Sebab itulah diorang tak tahu aku buat bilik ni jadi studio untuk aku asah bakat aku. Semua maid dan mak pun tak pernah masuk sebab inikan privasi aku.

Dalam rumah agam ni, hanya bilik aku dan Bella saja ada bilik peribadi. Bilik orang lain termasuk papa dan mama memang takde. Aku dah menjelajah rumah agam tiga tingkat ni. Kalau bilik peribadi aku disebalik almari, bilik Bella pula disebalik cermin besarnya. Dia tak perlu alihkan apa-apa cuma menolak sisi cermin tu untuk masuk ke dalam bilik peribadinya. Cermin tu memang macam pintu bilik peribadinya. Tapi, bukan setakat bilik peribadi dia je tak boleh masuk, bilik utama dia pun tak boleh masuk kecuali dengan izinnya. Lagipun, dia tak pernah masuk bilik orang lain termasuklah aku.

Eh! Kalau aku tak masuk bilik dia, macam mana aku boleh tahu kedudukan bilik peribadi Bella? Hahaha. Sebenarnya aku pernah curi-curi intai bilik dia masa dia terlupa tutup pintu bilik dia. Aku nampaklah dia tolak sisi cermin besar sebelum masuk ke dalam bilik peribadi dia tu. Aku ingatkan dia tak perasan kehadiran aku masa tu tapi dia perasan rupanya. Alamak! Apa lagi, marahlah anak singa tu! Ye, anak singa sebab bapak singa tu papa!

Sebaik sahaja membuka pintu, jelas di depan mataku benda yang aku cari ada di atas meja kaca. Kamera digital. Aku membuka plastik yang masih membaluti kamera. Dah lama aku beli kamera ni tapi tak guna pun lagi. Hari ni baru aku nak guna untuk rekod video nyanyian aku. Untuk apa? semestilah untuk dihantar kepada agensi kpop Bighit Entertainment. Aku tetap akan sertai uji bakat ni walaupun papa dan mama membantah. Selepas beberapa hari berlatih, barulah aku yakin untuk merekod video ni.

 Selepas beberapa hari berlatih, barulah aku yakin untuk merekod video ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
KPOP GIRL TO BE KPOP IDOL  (OG)Where stories live. Discover now