"Kenapa dengan dia tu? macam tu je pergi. Dasar budak....""Budak apa? you jangan nak kutuk adik I, Fuad." Aku memotong percakapan Fuad dengan tegas. Sedap dia je nak kutuk adik aku. Aku bagi sebiji kang, terus jadi lelaki tulen! Aku menjeling tajam ke arahnya yang tersengih-sengih.
"Tak. I geram sangat dengan dia tu. Sombong je."Balas Fuad kembali. Aku hanya diam. Malas bertikam lidah.
"Ha'ah laa.. Aku pun pelik dengan adik kau tu, Nadia. Kenapa dia selalu tutup mata dia? Jalan pun tunduk je. Kalau tersadung kang aku tak mengaku dia tu adik kawan aku!" Luah Nisa pula. Aku merenung mereka berdua.
"Hmm. Dia kata dia jaga pandangan. Sekarang kan ramai sangat orang yang dedah aurat. Lelaki pun ada. Dedah lutut la, perut la. Yang perempuan lagilah teruk. Tak kiralah islam ataupun tak." Terangku perlahan. Ha.. ambik korang! nak sangat tahu kan. Entah betul entah tak jawapan aku ni. Air mocha yang aku pesan tadi, dihirup penuh nikmat. Aku perasan pandangan mereka yang bermaksud 'bila masa dia ni pesan air?' Hahahaha. Aku ketawa jahat dalam hati. Itulah! Nak sibuk fasal adik aku saja.
"Ooo.. alim sangat rupanya." Fuad membalas sebelum memesan minumannya dan Nisa. Ye lah, aku pesan untuk aku seorang je! Haha. Bercakap tentang Bella tiba-tiba membuatkan aku teringat sesuatu yang istimewa pada adik aku tu.
"Ouh, one more thing! Bella ni ada mata yang cantik tau. Mata warna amber. Aku pun tak tahu dia warisi dari siapa warna mata tu sebab semua keluarga aku termasuklah aku sendiri ada mata berwarna hazel je. Dia seorang je ada mata tu." Kata aku. Nisa dan Fuad hanya meng'ouh'kan saja setelah mendengar fakta itu.
"Haa! Aku nak tanya satu soalan lagi tentang adik kau ni..." Aku memandang wajah putih bersih Nisa. Aku ingatkan dah habis.
"Apa?"
"Dia tak ade kawan selain Danish ke? Aku tengok asyik berkepit dengan Danish je." Aku mengeluh perlahan. Badanku disandarkan ke kerusi. Selesakan kedudukan dulu baru aku buka mulut.
"Takde. Danish je satu-satunya kawan dia. Danish yang selalu ada dengan dia tak kira bila dia susah atau senang sekalipun. Dia memang rapat sangat dengan Danish sampaikan apa-apa perkara pun selalu dikongsinya dengan lelaki tu. Malah, aku sendiri pun tak serapat itu dengan dia. Kalau dengan papa dan mama kitorang.....korang tahukan hubungan kami macam mana? aku rasa tak perlu untuk aku terangkan lagi." Ujarku. Aku menundukkan kepala aku saat teringat akan hubungan kami sekeluarga. Sesungguhnya perancangan Allah itu adalah yang terbaik. Pernyataan itu sudah lama terpahat kukuh di sanubari.
Kami berdua memang sejak kecil lagi dijaga rapi oleh ramai bibik di rumah agam papa aku tu. Terutamanya, maid Mak Siti merangkap Leader Maid dalam rumah tu. Hemm.. nak tahu mana parents aku? Di office. Dua-dua sibuk uruskan syarikat. Almaklumlah mereka merupakan pemilik syarikat-syarikat besar. Nama papa aku , Tan Sri Iskandar. CEO di beberapa buah syarikat industri pembangunan terbesar dalam dan luar negara. Mama aku pula bernama Puan Sri Izzara. CEO di beberapa buah pusat dagangan dan pelabuhan terbesar dalam dan luar negara. Papa dan mama ni boleh dikatakan jutawan dan antara yang paling terkaya dalam Malaysia ni. Outstation tak payah cakaplah. Memang itu hobi mereka. Jadi rasa-rasa diorang dapat beri perhatian tak dekat aku dengan Bella? memang tak lah! Tak dapat dinafikan mereka berdua memberikan kami kemewahan dunia tapi itu tidak menjamin kebahagiaan.
Aku merenung kawan-kawan aku merangkap classmate aku yang hanya diam dari tadi. Aku tahu mereka memahami aku sebab itu aku tak segan menceritakan apa-apa kepada mereka. Aku suka cara hidup Nisa dan Fuad. Walaupun diorang dilahirkan dalam keluarga yang bergolongan B40, mak ayah diorang jaga diorang bagai minyak yang penuh dari kecil sampai sekarang. Beruntungnya. Aku pun nak juga. Aku mengalihkan pandangan aku pantas apabila perasan diorang tenung aku. Ah,janganlah diorang perasan mata aku yang dah berkaca ni. Tiba-tiba, aku berasa seperti ada satu tangan yang menggenggam erat tangan kananku.
YOU ARE READING
KPOP GIRL TO BE KPOP IDOL (OG)
De Todo*MY FIRST NOVEL* Is Nadia, seorang gadis yang bercita-cita untuk menjadi seorang idola kpop. Namun ianya bukan mudah untuk dicapai. Ada hati yang terpaksa berkorban. Hati siapa lagi kalau bukan hatinya sendiri kerana cita-citanya ditentang keras ole...