10:40 pagi
Kring..... Kring.....
Aku menggeliat malas. Ah, malasnya nak keluar kelas! Aku hanya merenung sepi kawan-kawan sekelas yang sudah berpusu-pusu untuk menuju ke kantin sekolah.
"Nadia, jom lah rehat!" Nisa mengajak aku seperti selalu. Matanya tajam merenung ku yang masih elok duduk. Fuad sentiasa di sisinya.
"Ye lah. Ye lah." Aku bangun dengan malas dan keluar dari kelas pertama tingkatan 5, 5 Elit. Kelas kitorang.
Sebaik sahaja aku keluar, sekumpulan junior terus menyerbu ku. Haa, ni yang aku malas ni! Dapat dilihat, Nisa dan Fuad ditolaknya dengan kasar.
'Kurang ajar punya budak!' Nisa dan Fuad mengutuk dalam hati.
Tanpa berkata apa-apa, Nisa dan Fuad terus berlalu meninggalkan aku sendirian. Aku dah membuntangkan mata hazel ku. Sampai hati diorang.
"Kak, nak sign!!"
"Saya nak nombor akak, boleh tak?"
"Ah, biar saya dulu!! Nak selfie dengan akak, boleh??"
"Kak Nadia, belanja saya makan ,please... Boleh lah, akak.. Akak kan banyak duit!"
Aku dah pening lalat ni. Mana taknya, diorang bising sangat. Semua tinggikan suara sebab nakkan perhatian aku. Huwaa, aku rasa nak nangis!
Siapa nak tahu kenapa diorang serbu aku? Sebab aku ni dah macam queenka kat sekolah ni. Almaklumlah, aku ni berbakat dalam nyanyian dan merupakan anak orang ternama. Ada yang kata aku ni bijak. Alhamdulillah. Tapi aku tetap tak boleh lawan Fuad punya otak bergeliga dia tu. Ada juga yang kata aku ni cantik. Ye, cantik memang lawa sangat lah. Bukan aku nak masuk bakul angkat sendiri tapi itu adalah kata-kata peminat aku sendiri. Syukurlah kalau betul cantik, kalau tak mesti ada yang kata aku ni perasan lawa. Sebenarnya muka aku ni ikut mama aku. 60% original Malay! 40% tu aku tak pasti ada campuran mana sebab kulit kitorang sekeluarga putih melepak dan mempunyai mata hazel kecuali Bella. Herm, takpe. Janji aku cantik semula jadi. Hehe. So, memang setiap hari aku akan diserang oleh peminat-peminat aku ni. Lain lah kalau Bella.
Bella pun cantik sangat. Cantik dia tahap hot gitu tau. Well, tengoklah siapa kakak dia. Tapi dia langsung takde iras aku. Orang lain takkan percaya yang kitorang ni adik beradik. Muka dia takde ikut mama, papa atau saudara kitorang langsung. Dia sesat barat kot. Tengok sahajalah mata dia tu. Mata amber tau. Bella ni popular sangat sebab ramai terjatuh hati dengan kecantikan, kedinginan dan kecerdikannya. Tapi itulah, ramai suka tapi tiada seorang pun berani dekat dengan dia. Takut lah katakan. Sebab itulah Danish seorang je kawan dia.
Aku memandang junior-junior di sekeliling aku sambil tersengih. Aku bukan sombong. Okey je diorang minat kat aku tapi sekarang aku nak makan dulu. Lapar lah pulak.
"Err.... Nanti waktu balik yer. Sekarang....CAU LUH, Byeee!" Aku berkata seraya berlari sepantas kilat. Telinga ku dapat menangkap suara jeritan mereka tanda tidak berpuas hati. Ini baru sikit peminat, nanti bila aku jadi idol kpop macam manalah aku. Eh? Belum apa-apa dah berangan.
Aku berhenti di sebalik sebatang tiang. Kepala menjenguk ke belakang. Fuh! Alhamdulillah. Pandangan ku dihadapkan ke hadapan semula sebelum menunduk lemah. Nafas yang tersekat distabilkan semula.
"Nasib baik takde yang kejar aku kalau tak naya lah aku. Dah lah aku lapar kebulur ni. Kang ada jugak aku makan orang." Aku berkata-kata seorang diri.
"Akak cantik ni dah buang tabiat ke? Cakap sorang-sorang. Tak padan betul. Muka cantik tapi otak mereng."
Aku tergamam dan terus mendongak demi memandang gerangan dihadapan ku. Seorang budak lelaki. Budak lelaki yang berwajah dingin itu hanya beredar setelah mengeluarkan kata-kata 'indah' khas buat ku itu. Tak guna punya budak! Dia kutuk aku! Dengan hati yang membara, aku melangkah ke kantin. Takpe kau. Nanti bila aku jumpa kau lagi, aku bagi kau kat Bella! Biar padan muka kau! Huh!
YOU ARE READING
KPOP GIRL TO BE KPOP IDOL (OG)
Casuale*MY FIRST NOVEL* Is Nadia, seorang gadis yang bercita-cita untuk menjadi seorang idola kpop. Namun ianya bukan mudah untuk dicapai. Ada hati yang terpaksa berkorban. Hati siapa lagi kalau bukan hatinya sendiri kerana cita-citanya ditentang keras ole...