NOTA

86 44 14
                                    

Assalamualaikum, semua. Ni bukan sambungan cerita tau. Author just nak bagitahu yang segala jalan cerita dalam ni takde langsung terlibat dengan yang hidup atau yang mati.

Ye, memang author buat fasal idol kpop yang realitinya memang ada tapi author banyak reka fasal kpop. Sejujurnya author ada mencari fasal kpop ni. Dan author sendiri pun pernah minat kpop. Ada maklumat fasal idol kpop tu betul dan banyak yang author reka jadi jangan percaya bulat2 tau.

Kisah Is Nadia ni mula terletus beberapa tahun yang lepas (masa author minat kpop) dan author cuba untuk kembangkannya. Sebenarnya author tak sangka yang author akan menulis di wattpad atau mana-mana aplikasi buku. Selama ni author hanya menulis di dalam buku tebal. Sekarang dah dua buah buku tapi masih belum tamat atas kekurangan idea dan kekurangan masa. Cerita ini sebenarnya gabungan kerja dua beradik. Author dan adik author sendiri. Dialah yang menyumbangkan idea dan author yang akan menghuraikan dan mengembangkannya.

Realitinya dalam dunia kpop, tak pernah lagi ada perempuan berhijab. Sengaja author mencuba untuk mengadakannya. Jadi author harap para pembaca selalu sokong author walaupun cerita ini hanya khayalan saja. Ambillah iktibar dari kisah ini.

Satu lagi author nak bagitahu, nanti akan ada scene yang cakap bahasa korea. author tak pandai berbahasa korea. Yang basic je author tahu. Nadia ni pandai berbahasa korea. Jadi bila scene berbahasa korea, author akan tebalkan tulisan tu. Maknanya tu bahasa korea. Bahasa inggeris atau malay, author tulis macam biasa je. okey, tu je.

Di kesempatan ini, Author nak ucap terima kasih kepada semua yang menyokong author tau. Teruslah bersemangat, semua!!

KPOP GIRL TO BE KPOP IDOL  (OG)Where stories live. Discover now