Honda CBR 250rr berhenti di sebuah kedai mamak. Helmet full face di bawa masuk ke dalam bersama. Kalau tinggal luar ni Habislah balik ni kepala telur je. Il-haq mengambil tempat di hadapan Hirash Mika.
"Kau ada bagitahu Hajannah identiti kau yang sebenar?"tanya Hirash Mika. Semalam tindakan Hajannah menarik lengan Il-haq menjadi perhatiannya.
"I just told her we are friends"ujar Il-haq selamba. Hirash Mika di hadapannya yang sudah seperti kucing tertelan cili di hiraukan sahaja. " Nasi minyak satu" IL-haq memesan makanan dahulu sebelum dia memberi perhatian sepenuhnya kepada Hirash Mika.
"Kau ni asyik makan nasi minyak mamak je bila nak merasa makan nasi minyak sendiri pulak?" perli Hirash Mika. Air ais kosong di teguk sekali. Dia dengan Il-haq dari zaman sekolah lagi kalau lepak mesti tak boleh serius.
"Kau keluar dulu baru aku so kau la dulu" balas Il-haq. Air Hirash mika di rampas lalu diminum sehingga habis. "sorry bro aku dahaga sangat"ujar Il-haq sambil tersenyum seperti kera busuk.
"Kau ni memang suka main rampas-rampas ye? haritu rampas novel adik aku..kau tahu dia menangis-nangis suruh aku carikan"kata Hirash Mika tidak berpuas hati dengan sikap Il-haq. Dahi lincin Il-haq di jentik. sudahlah semalam Hajannah minta dia mencari di mana ada stok novel ace yang diimpikan.
"Sampai nangis? HAHAHA adik abang sama je" balas Il-haq selamba. Novel ace yang berada di dalam beg galas miliknya di keluarkan lalu di hulurkan ke Hirash Mika. "Give it to my precious" ujar IL-haq sambil tersenyum sinis.
"Sejak bila aku menangis kalau tak dapat barang?? sorry i'm Hirash Mika okeyh Hajannah tu yang lemah." kata Hirash Mika sambil menepuk dada tegapnya.
"Haritu kau tak dapat bergambar dengan Neymar pun bahu aku jugak jadi tadahan air mata kau." ujar IL-haq sambil tersenyum nakal. Muka Hirash Mika yang sudah berubah itu membuatkan dia tergelak kecil.
"Ituu..itu dah namanya idola bro kau kena faham"balas Hirash Mika tidak mahu kalah.
Rancak berbual dengan Il-haq sehingga lupa untuk menanyakan hal Hajannah. Hirash Mika merenung wajah kawan baiknya yang sedang leka menikmati nasi minyak yang dipesan.
"Bro kau still sayangkan adik aku?" tanya Hirash Mika tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba perasaan ingin tahu muncul.
"Sayang tapi aku sd" balas Il-haq lalu dia menyuap lagi satu suapan ke dirinya. Suap sendiri jelakan.
"Sd? kau ada kanser ka Haq?? fake friend siaa kau ni selalu sangat berahsia ni kenapa??" tanya Hirash Mika. Sejak bila kawannya yang selalu sihat walafiat ini boleh ditimpa kanser.
Tersedak nasi yang di makan. Il-haq menepuk-nepuk dadanya yang terasa pedih.
"EHH ASTAGA CALL AMBULANCE CALL AMBULANCE CEPAT " jerkah Hirash Mika kepada semua pelanggan yang sedang menikmati makanan masing-masing. sesetengah orang bangun ingin menolong apa yang patut.
"NI PU KHEY MARK AKU TERSEDAK LA BANGLA ha tak pasal-pasal aku maki dah" balas Il-haq. Dia menjeling ke arah Hirash Mika. orang yang bangun tadi kembali duduk apabila mendengar kenyataan dari Il-haq.
"Mana la aku tahu, aku ingatkan kau nak mampos dah." kata Hirash Mika selamba.
"Aku sihat walafiat je"ujar IL-haq. Ada masa perangai si bahenol ni boleh Buat naik darah sahaja.
"Habistu SD tu apa?" tanya Hirash Mika sahaja perkataan Sd di tekankan.
"Sedar diri" balas Il-haq. Air neslo ais di teguk sekali sebelum pinggan yang sudah kosong di letakkan ketepi.
YOU ARE READING
DALAM JAGAAN MR.HAQ
RomanceZaman persekolahan ialah satu kisah silam yang perit bagi Hajannah. Selepas kejadian itu, Hugo mika bertindak untuk memadam kesemua kisah silam yang menimpa puterinya sehingga hubungan Hajannah dan Il-haq terhampus begitu sahaja. Demi melihat gadis...