꧁༺ BAB 4༻꧂

23 5 0
                                    

SUDAH hampir 3 jam dia meluangkan masa dengan membaca novel. Akhirnya dia turun juga ke ruangan makan untuk mengisi perutnya yang kosong.

"Muzaffar tu baik orangnya. Tahu la kau tu terpaksa tapi janganlah sampai fitnah dia dayus." Ujar Kylie yang sedang santai minum teh di meja makan. Sedikit pun dia tidak pandang gadis itu.

"Dia pukul baby. Mummy tahu apa? mummy tak ada dengan baby waktu tu."kata Hajannah bagi membela diri sendiri. Air mata sudah bertakung di birai mata apabila mendengar panggilannya sudah berubah.

"Dia takkan pukul kalau kau tu tak kurang ajar. Itula cara nak didik untuk patuh kepada suami" ujar Kylie. Teh panas di hadapannya dihirup sedikit demi sedikit.

"Ajaran sesat mana mummy belajar? mummy pun tak patuh dengan daddy, selalu tengking daddy, buat macam daddy tu tak ada pangkat ketua keluarga." balas Hajannah dia sudah tidak tahan lagi dengan sikap Kylie.

"BIADAP KAU" jerkah Kylie. Teh panas itu di simbahkan pada muka Hajannah. Naik turun dadanya menahan marah apabila di perli begitu.

"WOII" jerkah Heydden Mika apabila ternampak akan tindakan Kylie yang menyimbah air ke muka Hajannah. Dia melangkah laju ke Kylie lalu satu tamparan naik hinggap ke muka Kylie.

Hajannah yang melihat tindakan abang sulungnya yang menampar kuat muka Kylie cepat-cepat menahan abangnya dari perbuatan yang seterusnya.

"KAU JANGAN INGAT AKU DIAM TANDA AKU SOKONG KAU YA PEREMPUAN" jerkah Heydden Mika lagi. Sakit hati apabila melihat adik kandungnya di perlakukan seperti tiada maruah. "Baby masuk bilik" arah Heydden. Dia meleraikan tangan Hajannah yang sedang melingkar di pinggangnya.

"Tapi abang.." baru sahaja Hajannah ingin menyambungkan ayatnya.

"ABANG KATA MASUK BILIK" jerkah Heydden Mika sehingga membuatkan Hajannah terdiam dan ingin menangis. Inilah satu kelemahan dalam dirinya, tidak boleh kawal emosi ketika sedang marah.

Hajannah berlari ke bilik tidurnya. Air mata yang laju membasahi pipi di biarkan sahaja. Hirash Mika yang baru sahaja balik dari kerja dan mahu mengikuti Hajannah yang sedang berlari ke bilik itu terhenti apabila mendengar bunyi kaca pecah dari dapur dan jeritan seorang perempuan lantas dia berlari ke ruang makan untuk memeriksa apa yang terjadi.

"Sekali kau sentuh adik aku lagi kaca ni akan masuk dalam setiap lubang yang ada pada diri kau" ujar Heydden Mika dengan nada rendah. Serpihan kaca itu di toreh sedikit di pipi Kylie. Dia cuba untuk berhenti tetapi syaitan dalam badannya yang ajak bermain setelah sekian lama mendiamkan diri.

Hirash Mika yang baru sahaja sampai di ruang makan terdiam apabila melihat sikap abangnya. Selama ini dia anggap Heydden berpihak pada kylie.

"Hirash tolong mummy" rayu Kylie dengan nafas yang tersekat-sekat apabila Heydden bertindak untuk mencekiknya.

Hirash Mika tersedar dari lamunannya cepat-cepat dia menarik Heydden dari belakang dan membawa abangnya menjauhi Kylie.
"Wake up bro" tegur Hirash Mika apabila sudah masuk ke ruangan gym. Dia mencampak Heydden sehingga terjatuh ke lantai.

"HAHAHAHAHA" tawa Heydden Mika dengan tiba-tiba. Dia berdiri lalu berpusing menghadap adiknya. "Dia sakitkan Jannah Hirash dia orang yang tak layak hidup dalam dunia ni. Bagi aku, bagi aku bunuh dia sial" kata Heydden Mika lagi. dia ingin keluar dari ruangan tetapi di tahan oleh Hirash Mika.

"Wake up bro, marah mana pun kau jangan sampai membunuh" ujar Hirash Mika lalu satu tumbukan hinggap pada muka Heydden. Namun Heydden Mika hanya tertawa seperti orang gila.

DALAM JAGAAN MR.HAQWhere stories live. Discover now