"Jannah pengantin lelaki dah lama tunggu dalam masjid tu" tegur Mak Atih iaitu mak sedaranya.
"Mak Atih betul ke apa Jannah buat ni?" tanya Hajannah. Dia tiba-tiba ragu dengan keputusannya. Harini ialah hari pernikahannya dan Il-haq Setelah seminggu dia menguruskan hal penting dan tibalah hari ini dia akan mengubah status dirinya..
"Gwenchana Jannah jangan risau, kalau dia apa-apakan jannah mak Atih taekwondo dia okeyh?" pujuk mak Atih. Photographer sudah tunggu di pintu masjid untuk snap moment indah.
"Humm mak Atih duduk sebelah Jannah je tau jangan lari mana."arah Hajannah lalu dia mengangkat jari kelingking untuk membuat perjanjian.
"Iya sayang dah jom kesian dekat Haq tunggu kamu" Ajak mak Atih. Dia memimpin tangan Hajannah masuk ke dalam masjid.
"Alhamdulillah ingatkan dah lari. Astagfirullahaladzim tunggu la kau precious." ujar IL-haq dalam hati. Dia tersenyum melihat Hajannah yang baru masuk ke dalam masjid diiringi oleh mak Atih.
"Pengantin perempuan pun dah sampai, boleh kita mulakan?" tanya tok kadi yang berada di antara Hugo Mika dan Il-haq.
"Bismillahirrahmanirrahim ya boleh tok" balas Il-haq. Dia menjawab kesemua soalan tok kadi dengan betul.
Hugo Mika menyua tangannya lalu Il-haq menyambut tangan bakal ayah mertuanya. Terasa gementar apabila tangannya berpaut dengan Hugo Mika.
"IL-Haq bin Mohamad IL-Ham. Aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku Nur Hajannah binti Hugo Mika dengan emas kahwinnya RM 200 tunai" lafaz Hugo Mika sambil merenung anak mata Il-haq.
"Aku terima dermanya Nur Hajannah....EHH" terkejut Il-haq dengan ayatnya sendiri. kepala yang bersongkok di garu. Menahan malu.
"lagi sekali boleh"."Sejak bila aku derma adik aku?" bisik Hirash Mika yang berada disebelah Il-haq.
"Hang tidoq luaq malam ni" ujar Hajannah perlahan tetapi masih dapat didengari oleh mak Atih. Dia merenung tajam kearah Il-haq.
"Jangan macamtu Jannah nanti lambatlah mak Atih nak dukung baby" balas mak Atih sambil tergelak kecil melihat muka garang Hajannah.
"IL-Haq bin Mohamad IL-Ham. Aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku Nur Hajannah binti Hugo Mika dengan emas kahwinnya RM 200 tunai" lafaz Hugo Mika sambil merenung anak mata Il-haq. Dia berharap kali ini menantunya buat dengan lancar.
"Aku terima nikahnya Nur Hajannah binti Hugo Mika dengan emas kahwinnya RM200 tunai" alhamdulillah dengan dua kali lafaz Hajannah telah menjadi milik dia sepenuhnya. 'Ya Allah terima kasih kerna telah mendengar doa-doa aku selama ini, Aku bersyukur ya Allah ' ujar IL-haq di dalam hati. Lalu dia bangun untuk membuat solat Sunat.
"Alhamdulillah" ujar Hajannah perlahan. Air matanya tidak dapat di tahan lagi. Sebak apabila dia sudah menjadi isteri orang yang sah. 'Ibu baby dah kahwin ' kata Hajannah dalam hati. Dia merenung Il-haq yang sedang sembahyang diam-diam dia mengukir senyuman.
"Haish bila lah nak merasa majlis kahwin anak sendiri" ujar mak Atih sambil memain hujung lengan baju Hajannah.
"Mak Atih Haikal tu baru 5 tahun.. HAHAHA" kata Hajannah lalu dia tertawa kecil. Dia menampar lembut tangan Mak Atih.
"Asalamualaikum isteri abang" sapa Il-haq apabila berada di depan Hajannah. Dia merenung setiap inci muka manis isterinya.
"Uhm waalaikumussalam a..abang" balas Hajannah. Dia tak pernah panggil Il-haq dengan gelaran 'abang' membuatkan dia sedikit gagap. Pipi mula memerah. Baru sahaja dia ingin memegang tangan mak Atih. Wanita itu sudah menjauhkan dirinya terlebih dahulu bagi memberi ruang kepada pasangan suami isteri membatalkan air wudhu.Setelah kedua-dua cincin disarung ke tangan Il-haq dan Hajannah lalu dia tunduk mencium tangan Il-haq buat kali pertama.
YOU ARE READING
DALAM JAGAAN MR.HAQ
RomanceZaman persekolahan ialah satu kisah silam yang perit bagi Hajannah. Selepas kejadian itu, Hugo mika bertindak untuk memadam kesemua kisah silam yang menimpa puterinya sehingga hubungan Hajannah dan Il-haq terhampus begitu sahaja. Demi melihat gadis...